Jumaat, 12 Jun 2009

Seketul Daging

Hadis nabi ada menyebut " Didalam diri manusia terdapat seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah manusia itu. Jika busuk daging itu maka busuklah manusia itu. Daging itu ialah Qalb" terdapat penafsiran yang mengatakan daging itu (qalb) adalah otak.
Didalam kajian perihal otak manusia terdapat dua istilah bagi bahagian otak iaitu, Akal reptilia dan Titik tuhan. Akal reptilia ini merupakan bahagian luar sedar manusia yang akan mengambil alih fikiran rasional manusia dalam keadaan terdesak. Titik tuhan pula adalah satu bahagian didalam otak yang manusia akan temui dengan sifat tenang dan terkawal.
Oleh itu jika kita melakukan sesuatu tanpa menggunakan akal fikiran yang waras, kita akan dikuasai oleh akal reptilia dan layak digelar binatang. Jika kita lebih tenang dan bertawakkal kita akan mendapat hidayat dari Allah dan jadilah kita seorang Manusia.
Didalam kitab Hakikat ****n ada menyatakan Adam itu bererti Allah Didalam Muhammad, maka bagi mengakui diri kita keturunan Adam (Manusia) terlebih dahulu kita mesti menemui titik ini.

Sabtu, 6 Jun 2009

Hikayat penuh Ranjau


Tangki A diatas adalah tangki simpanan sementara bahan yang terhasil dari Reaktor. Sudah menjadi kelaziman pada setiap kali selepas start-up, bahan A akan menjadi sedikit likat kerana perubahan komposisinya. Masalah ini menyebabkan aras tangki A turun dengan perlahan dan kadangkala tidak dapat menampung outlet dari Reaktor. Bagi mengelakan masalah ini, injap pengasingan (Isolation Valve) bagi Recycle telah dikecilkan sedikit. Apabila tangki A tidak mampu lagi menampung kemasukan dari reaktor, Isolation Valve telah ditutup sepenuhnya.

Oleh kerana injap kawalan (Control Valve)berada dalam keadaan Auto, apabila aras tangki A telah berada pada tahap yang diingini, Control Valve kemudian tertutup sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan Pump berada dalam keadaan tanpa Outlet/Discharge dan akhirnya menyebabkan kegagalan Seal.

Apabila aras kembali melebihi aras yang diingini, Control Valve terbuka penuh (Control Valve yang digunakan adalah dari jenis Globe). Keadaan kini agak berbeza dari sebelumnya kerana Pump berada dalam keadaan kegagalan seal dan sifat Globe Valve yang mempunyai kejatuhan tekanan yang tinggi apabila merentasinya menyumbang kepada Pocketing (bahagian yang tidak mengalir) didalam paip dan akhirnya berlakulah bahagian yang beku dan paip tersumbat.

Selepas bahagian tersumbat dibersihkan (terutamanya Control Valve) dan Gland Follower dikemaskan, Control Valve telah ditetapkan dalam keadaan Manual dan terbuka 100%. Aras tangki A dikawal secara manual iaitu Isolation Valve dibuka apabila aras yang melebihi had yang diingini (kerana menyangkakan masalah paip tersumbat adalah sumbangan pergerakan Control Valve yang perlahan).

Kawalan secara Manual menimbulkan masalah baru iaitu memerlukan pemerhatian sepenuhnya. Adakalanya Isolation Valve ditutup selepas aras tangki A berada dalam keadaan NPSA lebih rendah dari NPHR sebagai hasilnya Pump telah pun berada dalam keadaan Cavitate. Pump yang telah Cavitate akan menyebabkab gegaran (Vibration) dan akhir sekali Bearing akan gagal dan Pump akan kerap mati dengan sendiri (Trip) kerana mengunakan tenaga elektrik secara berlebihan (Amp tinggi).

Apa yang berlaku seterusnya....HOD Mechanical dan Elektrikal akan saling menyalahkan sesama sendiri akan punca Pump trip dan HOD Proses dan Intrumentasi akan saling membela diri.

Pengajaran bagi cerita diatas adalah: satu masalah boleh menyebabkan pelbagai masalah lain jika tidak ditangani dengan bijak. Pengetahuan tentang alatan yang kita tangani adalah amat penting untuk mengelakan kegagalan besar didalam loji.

Ahad, 10 Mei 2009

Jet Flood

Pada pos aku yang lepas aku ada ceritakan pasal Flooding dan Dumping. Kali ini aku nak bagi tahu pulak satu istilah dalam Distillation Column ini, iaitu Jet Flood. Aku memula dengar istilah ini semasa menerima PDS bagi distillation Column, bos aku masa tu merangkap projek manager agak keliru bagi istilah ini. Jadi kami sama2 cari makna dia kat buku rujukan.
Jet Flood adalah keadaan dimana Foam (istilah bagi bahagian cecair didalam Distillation Column) yang terlalu tinggi pada mana2 bahagian trays atau bahagian bawah column. Bagi keadaan normal bahagian atas Foam ini akan terdapat spray atau entraiment cecair hasil pergerakan wap keatas. Apabila berlaku keadaan level Foam yang terlalu tinggi daya gerakan wap dan entraimentnya akan menyebabkan foam pada bahagian atas tidak boleh mengalir kebawah dan membanjiri tray tersebut (Flooding).
Aku dah tahu maksud istilah ini tapi masih tak faham sehinggalah:

Ada satu Column kat loji aku (rujuk gambar kat atas), kawalan bagi aras, aliran stim dan vakuum adalah dalam keadaan automatik. Suatu hari alat mengukur tekanan telah tersumbat sedikit dan menyebabkan vakuum telah merosot (Breaking?) . Pengukuran aras biasanya menggunakan parameter vakuum ini didalam kiraannya (Pbottom - Ptop; sila rujuk pos aku sebelum ini untuk contoh pengiraan) aras menunjukan bacaan yang rendah sehingga Control Valve LIC menunjukan bukaan 100% bagi memastikan aras column seperti yang dikehendaki. keadaan ini berlaku tanpa disedari sehingga tray pertama telah mengaktifkan alarm Low (rendah). Apabila alarm teraktif, operator yang menyangkakan keadaan berlaku kerana aras yang rendah mengambil kawalan LIC kepada manual dan menetapkan bukaan 100%. Apabila vakuum telah bertambah baik (pulling) dan aras seperti yang dikehendaki, kawalan LIC ditutup sepenuhnya (0%) kemudiannya kembali diletakkan pada kawalan Auto. Apabila LIC berada dalam keadaan tertutup, vakuum kembali merosot dan aras kembali berada dalam keadaan rendah membuatkan LIC kembali terbuka. Keadaan ini berulang beberapa kali, pelbagai andaian dibuat dan antara kesimpulannya adalan suapan (feeding) ke Column telah didominasi oleh bahan yang rendah takat didihnya.

Pada pandangan aku Column bukannya mengalami keadaan suapan yang komposisinya bertukar tetapi kawalan Auto telah menyebabkan Column telah dumping dan akhirnya menyebabkannya mengalami Jet Flood. Rasional kepada kepada pendapat aku adalah:
  1. PIC yang separa tersumbat memberikan bacaan yang kurang tepat kepada aras Column sekali gus memaksa LIC memberikan suapan yang berlebihan. Ini menyebabkan Column berada dalam keadaan dumping.
  2. Apabila suapan memasuki Column, wap yang mengalir keatas akan terhalang seketika dan memberikan beban (load) yang rendah kepada Ejector dan memberikan kesan peningkatan vakuum dan aras (kerana pengiraan).
  3. Apabila LIC ditutup sepenuhnya, wap kembali mengalir keatas dengan sedikit penambahan dan memberikan beban kepada Ejector dan vakuum kembali merosot bersama aras.
  4. Keadaan dumping dapat dikesan dengan penunjuk aras yang tinggi apabila vakuum meningkat kepada keadaan yang diingini, aras menunjukkan bacaan yang tinggi. Jet Flood pula diwakili oleh tray pertama yang mengalami kejatuhan suhu.
  5. keadaan ini boleh diselesaikan dengan mengambil LIC pada keadaan manual dan tutup sepenuhnya. PIC manual dan pada bukaan yang sewajarnya. Jika suhu pada bahagian bawah Column masih elok (bahan takat didih tinggi mendominasi), buang sedikit isi column sehingga suhu tray pertama meningkat. Apabila keadaan terkawal letakkan kembali LIC dan PIC dalam keadaan auto.
  6. Untuk mementukan samada pengukur tekanan tersumbat atau vakuum didalam sistem benar2 merosot. Lihat suhu didalam column suhu akan meningkat seiring dengan peningkatan tekanan. Jika tekanan meningkat tetapi suhu sama...pengukur tekanan telah tersumbat.

Rabu, 6 Mei 2009

Iskandar Zulqarnain

Bebaru ini aku beli sebuah buku dengan tajuk Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain. Buku ini adalah antara buku2 terbaik aku pernah baca berkenaan pengolahan isinya. Ada antara buku yang pernah aku baca bersifat anti Klimaks, menarik pada permulaan kemudian hambar pada bab2 terakhir. Perkara ini tidak berlaku pada buku ini, mukaddimahnya pun telah menaikan ghairah untuk membaca sehingga 90 darjah. Setiap bab dan isinya penuh kehangatan dengan takat keghairahan untuk menghabiskannya sentiasa berada pada tahap maksima.
Sebelum tiba pada makam utama tajuk, pengolahan pengenalan begitu menarik. Rentetan peristiwa dan sejarah nabi diceritakan dengan jelas sehingga kita akan mengerti siapa Zulqarnain itu dan apa buktinya. Peristiwa Zulqarnain membina tembok dan fakta dimana peristiwa berlaku juga dicatat dengan jelas. Yakjuj dan Makjuj juga dikupas identitinya dan pemahaman kita selama ini akan sedikit terbuka berkenaan siapa makhluk ini dan adakah ia masih mengorek dinding. Bab akhirnya memberikan klimaks yang sebenar, bergetar2 menikmati kepuasan minda yang hakiki.
Buku yang bagus untuk santapan minda.

Selasa, 28 April 2009

Distillation


Maha suci Allah, hanya dengan berfirman "Jadi" maka jadilah setiap sesuatu lengkap dengan segala keindahan saling melengkapi antara satu sama lain. Manusia sebaik2 kejadian yang berjumlah berjuta2 dengan perbezaan paras rupa cop jari dan DNA. Begitu juga dengan unsur lain, berbeza antara satu sama lain sifat fizikal dan kimianya. Takat lebur, didih ketumpatan dan warna yang berbeza meskipun pada kadar 0.0001. Sebagai Khalifah kita dikurniakan akal bagi memanipulasi sifat ini untuk kepentingan diri, semoga kita sentiasa bersyukur.
Garam terlarut didalam air dapat dipisahkan dengan proses penyejatan, dua cecair yang berbeza takat didih dapat dipisahkan dengan pemanasan dan penyejukan. Fungsinya hanya satu untuk mendapatkan unsur yang kita perlukan bagi kegunaan harian. Kemudian permintaan semakin bertambah, penghasilan pada skala besar diperlukan maka terhasilah loji kimia besar dengan segala peralatan yang canggih dengan fungsinya tetap sama iaitu untuk mendapatkan apa yang diingini memenuhi keperluan kehidupan Manusia.
Distillation Column adalah alatan yang digunakan bagi pemisahan dua atau lebih cecair yang mempunyai takat didih berbeza. Sumber pemanasan membekalkan haba (Tenaga) pada campuran cecair tadi. Bagi jumlah tenaga yang dibekalkan itu cecair yang paling lemah akan naik semangat dulu (meruap) dan naik keatas. Sebab itu dalam DCS terdapat perbezaan suhu dari bawah hingga atas, ini menunjukan bahan yang dominan pada kedudukan tersebut. Bagi yang agak kuat semangat tenaga yang dibekalkan hanya boleh membawanya separuh sahaja. Kemudian bagi wap yang berjaya sampai kat atas sekali tenaga tadi diambil balik dengan sistem penyejukan. wap tadi hilang tenaganya dan kembali kesifat asalnya iaitu cecair. Cecair ini akan dihantar balik kedalam Column bagi memastikan ianya dominan didalam Column. Bagi memastikan pemisahan berlaku secara sekata dan berkesan terdapat lapisan2 pemisah yang dipanggil Trays atau packing diantara bahagian atas dan bawah column.
Satu peristiwa berkenaan Distillation Column dan perkaitan suhu dominan pernah berlaku dalam syif aku. Semasa proses start-up bagi Distillation Column dari jenis Packed, didapati Vacuum akan breaking (Lawan bagi pressurize untuk tekanan atm) dan suhu merentasi Column dari bawah keatas menunjukan bahan yang mempunyai takat didih tinggi hampir mendominasi. Manakala suhu pada reflux pula tidak menunjukan yang haba telah diserap oleh kondenser.
Pada mulanya kami mengesyaki yang ada masalah pada Steam Ejector, namun tiada kejanggalan pada sistem ini. Suhu stim yang stabil dan apabila Ejector diasingkan dari sistem vakuum pada bahagian Ejector akan pulling dengan berkesan (tanda2 ada masalah dengan sistem).
Adakah Kondenser tersumbat? jika tersumbat sekalipun ia tidak akan memberikan kesan yang segera. Kecuali ianya tersumbat dengan teruk sehingga tiada ruang pertukaran haba. Masalah ini juga cuba diatasi dengan menaikan suhu penyejuk kepada suhu takat lebur bahan (pastikan tiada haba dibekalkan pada reboiler).
Sehingga tiada cara lagi, akhirnya manhole column dibuka dan didapati bahagian wap bahan ke Kondenser rosak dengan teruk sehingga wap keluar melalui ruangan refluk, kerana itu suhu pada ruangan refluk adalah suhu wap.

Isnin, 27 April 2009

LEL

Kalau korang ada terbaca pos aku yang lepas korang akan perasaan yang aku ada sarankan pada mereka yang baru menjejakan kaki kat loji supaya kenali bahan kimia yang bakal ditangani. Antara bahan yang perlu diteliti adalah MSDS. Didalam buku aku m/s 11 aku ada sentuh sedikit pasal MSDS ni dan beberapa istilah yang korang akan jumpa dalam loji seperti LEL, Flash point dan Auto ignition.

Didalam buku BP Process Safety Series: Safe Handling Of Light Ends muka surat 6 tercatat;
'Hidrokarbon akan terbakar apabila bercampur dengan jumlah oksigen yang cukup. Oleh kerana kita tidak tahu jumlah sebenar udara dan Hidrokarbon didalam sesuatu kebocoran, adalah wajar kita menganggap setiap kebocoran akan mencetuskan kebakaran. Kita juga mesti menganggap persekitaran akan sentiasa membekalkan pencetus kepada kebakaran ini. Melalui ujikaji telah dibuktikan jika campuran gas yang terlalu sedikit dengan udara tidak akan menyebabkan kebakaran dan jika terlalu banyak juga tidak akan terbakar.'

Bagi sesebuah loji, kerja2 hotwork (HW) (welding,grinding dll) adalah perkara biasa dilakukan untuk memastikan kebolehpercayaan (reliability) dan kelangsungan sesuatu proses sentiasa berada pada tahap optimum. Namun kerja2 sebegini mempunyai resiko yang tinggi jika dijalankan pada ketika alatan masih beroperasi atau berdekatan bahan yang amat mudah terbakar. Tetapi pada persekitaran industri pemprosesan, pemberhentian satu unit atau keseluruhan unit bermakna menanggung kerugian. Jadi kerja2 HW ini adakalanya dilakukan dalam persekitaran yang yang merbahaya dengan beberapa syarat yang ketat, antaranya memastikan LEL kawasan yang bakal menempatkan HW tersebut. (Rujuk: http://sembangjuruteknik.blogspot.com/2009/04/safety-fire-watch-and-confine-space.html)

Bagi mereka yang baru menyertai loji kimia fahami kenapa dan mengapa perkara2 tersebut perlu dilakukan dan jangan mengambil mudah persekitaran kerja HW ini terutamanya LEL.

Satu kejadian kebakaran pernah berlaku disebuah loji (Rahsia) kerana sikap memandang rendah peraturan HW ini:

Begini,
Satu HW akan dilakukan pada platform ke 3 sebuah loji 4 tingkat Orang yang bertanggung jawab (Fire watch) untuk memastikan tempat kerja HW selamat ini telah melakukan pengujian LEL dan memastikan keselamatan tempat tersebut. Kemudian mamat Fire Watch ini telah meninggalkan kawasan jagaannya untuk ke tandas tanpa meminta rakan sekerjanya supaya menggantikannya sebentar. Kerja HW yang berlangsung menghasilkan percikan api yang jatuh ke platform bawah yang LELnya mencukupi (Bagi gas yang lebih berat dari udara ianya akan berada pada bahagian bawah) dan satu kebakaran besar berlaku mengakibatkan satu Packed Distillation Column hampir terbang ke Australia.

Ok,
Pada satu hari ada kerja HW (Grinding) yang perlu dilakukan dengan segera untuk memastikan loji tidak terhenti secara keseluruhan. Aku selaku penyelia syif waktu itu menugaskan Fire Watch (FW) untuk menguji kadar LEL kawasan terbabit. Beberapa minit kemudian FW tersebut memaklumkan melalui Walkie Talkie yang terdapat bacaan LEL pada kawasan tersebut. Pihak mekanikal mula mendesak kami untuk memulakan kerja supaya mematuhi jadual yang ditetapkan. Aku menghubungi Control Room (CR) dan meminta mereka memeriksa LEL bagi bahan kimia yang berkaitan didalam MSDS. Kemudian mendapat keputusan yang tiada nilai LEL didalam MSDS itu. Aku bergegas ke CR dan memeriksa MSDS itu sendiri. Dalam bahasa Malaysia, memang x ada LEL bos...aras rendah letupan. Aku kemudiannya menelefon penyelia syif yang sebelumnya untuk memastikan berapa bacaan pada syifnya, jawapannya kosong. Kemudian aku ketempat kejadian dan....bacaan pada meter sebenarnya menunjukan bacaan bagi CO (pada kadar yang rendah) LEL pada sebelah kiri kosong....Buang masa betul.





Membebel

Syukur pada Allah akhirnya bulan empat bakal berakhir dengan tenang dan ceria. Pertamanya aku telah berpindah kerumah baru dengan selamat dan bilik bacaan aku telah tersusun rapi meskipun ianya mengambil masa 2 minggu untuk aku susun dan atur agar indah pada pandangan mata aku. Keduanya loji aku telah berjaya proses start-upnya walaupun dengan 3 kali percubaan yang menyiksakan jiwa dan raga. kesibukan ini menyebabkan aku terlepas menghadiri tiga acara yang agak besar bagi aku, Kelantan Muay Thai Superfight, Kelayakan Contender Asia dan seminar kerambit.
Yang paling x best, kawasan rumah baru aku tidak terdapat tiang TM dan sekali gus aku terpaksa memotong talian Streamyx aku, yang aku paling bengang apabila pihak teknikal TM net mengesahkan tiada sambungan berdekatan rumah aku, keesokannya datang dua kontraktor mengatakan mereka boleh membuat sambungan kerumah aku. Kecil sungguh pengatahuan unit teknikal TM ni.
Kini aku bertukar kepada Celcom Broadband yang bernilai 98 ringgit yang kata mereka tanpa had dan pada ketika aku menulis pos kali ini kelajuannya telah dikurangkan kerana telah melebihi had yang mereka tetapkan....x best sungguh bagi pelayar tegar seperti aku. Kalaulah ada alternatif lain.