Ahad, 23 Januari 2011

Kalau dah mintak bantuan

Antara sebab kenapa manusia dijadikan serba kekurangan adalah supaya mereka saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain. Tiada manusia yang sempurna atau boleh melakukan semua perkara. Pihak pengurusan loji biasanya tahu akan hal ini, oleh itu setiap masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh pihak dalaman akan dipanjangkan kepada mereka yang lebih tahu diluar. Ianya biasanya dikenali sebagai kontraktor atau konsultan.
Pengalaman aku kerja dalam bidang Petrochemical ni ada satu sifat buruk yang aku perhatikan yang aku rasakan 'Lebih sudu dari kuah'. Apabila ada sesuatu masalah yang timbul dan telah gagal diselesaikan dalam masa yang diingini kemudian bantuan kontraktor atau konsultan luar diminta (dengan bayaran). Yang meminta bantuan berlagak sebagai yang lebih tahu pulak. Memberikan arahan tentang bagaimana seharusnya perkara itu diselesaikan, menjadikan yang sedang membantu seolah2 kuli-kuli yang menurut perintah. Yang lebih teruk lagi, membantah saranan konsultan dengan memberikan pandangan sendiri yang kurang bernas dan kemudiannya diguna pakai untuk mengurangkan bayaran konsultan tersebut. Bila timbul masalah dikemudian hari tak boleh nak klaim waranti dan terpaksalah panggil balik kontraktor atau konsultan dengan bayaran baru.
Perkara begini biasanya berlaku pada level-level Engineer yang mempunyai sifat tidak mahu kalah yang tinggi dalam diri. Nasihat aku buat diri sendiri; kalau dah mintak bantuan, belajar dari yang membantu. Bila masalah yang dihadapi dapat diselesaikan jadikan ia rujukan untuk menghadapi kemungkinan yang sama apabila berulang.

Sabtu, 15 Januari 2011

Lam Alif 2

Seperti pos aku yang terdahulu, La (لا )( Lam Alif) merupakan rumusan atau inti pati bagi kalimah La Ilaha ilAllah ( لا إله إلا الله). Ini kerana kita telah menafikan segala yang wujud di alam ini dengan mengakui kewujudan (yang Qidam dan Baqa') hanya Allah ta'ala sahaja. Kalimah ini juga kadang kala digelar membinasakan kewujudan diri (dan alam ini) sekali gus menjadikan sekelian wujud ini wujud Majazi (sandaran) untuk membuktikan kewujudan Allah Ta'ala.

Agak susah bukan?

Bagaimana dengan yang ini:

Segala kewujudan zahir ini terdiri dari unit-unit kecil atom2. Ernest Rutherford melakukan sebuah eksperimen luar biasa yang kemudiannya berhasil mengunkapkan bahagian dalam dari isi atom. Para Saintis amat terkejut ketika mendapati bahawa bahagian dalam atom terdiri dari ruang kosong. Jadi bagai mana atom yang kosong itu membentuk tembok padat yang berada disekeliling kita?

Agaknya apa yang diisi oleh ruang kosong itu? adakah ia sebenarnya kosong atau ianya adalah bukti kewujudan tuhan yang kita kenali dengan 99 nama dan 20 sifatnya?