Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan

Selasa, 31 Januari 2012

Melayu

Kadang2 rasa x seronok jadi melayu ni, ye lah x de tinggalan tamadun untuk dibanggakan. Dah la tu, skang pon hanya jadi bangsa yang di perkotak katikkan. X boleh nak buat apa serba x jadi. Artikel kat bawah ini sekurang2nya (walaupun x sahih) berjaya memotivasikan aku untuk berkata melayu adalah bangsa terpilih dan melayu bukan satu bangsa yang tiada asal usul atau muncul begitu sahaja.

INFO DARI BLOG http://aku-macjay.blogspot.com

PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN

Based on Japan’s Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Turut disertakan beberapa informasi baru.]
Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.


Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di ‘hall chamber di sebelah dalam piramid, yang merupakan ‘access denied’ atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa “ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara”. Perhatikan, beliau tidak berkata tentang ‘peradaban Asia Timur’.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya…Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada ‘manusia-manusia mutan’ masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka ‘dipaksa’ mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang ’sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya’. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah…mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar ‘Sejarah Melayu’…malangnya ‘Sejarah Melayu’ telah di’fotostat’ banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.

MELAYU - THE LOST TRIBE

Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

‘The Lost Tribe’ adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

‘The Lost Tribe’ telah bergerak ke ‘Promised Land’.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-

ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG”. Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :
  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

“Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut.”

-Nostradamus
Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Jepun yang mempunyai ciri-ciri Melayu ini :
Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan “C” Hagland (underwater videographer) :

-klik untuk besarkan ; 30/4/2011-

MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.

Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.

Wallahualam…


Isnin, 19 Disember 2011

Mahasiswa dan politik

Bebaru ini aku menerima kunjungan seorang kawan lama. Secara kebetulan ditugaskan ke sebelah sini untuk beberapa hari. Merupakan rakan serumah sewaktu aku di Universiti dahulu dan menjadi rapat sewaktu peristiwa pemecatan DSAI. Bayangkan dalam rumah sewa kami yang dihuni 10 org pelajar hanya aku dan dia sahaja yang masih setia menyokong tindakkan DR M dalam isu besar pada waktu itu. Pada mulanya pendirian kami agak goyang, malahan aku menyeranah DR M apabila menerima berita pemecatan DSAI sedangkan tajuk akhbar sehari sebelumnya adalah "DSAI tidak akan dipecat melainkan beliau bersara atas sebab kesihatan". Setelah berfikir dengan akal yang sihat dan mendengar nasihat Dr Azahari "Kalau Penghulu kampung sendiripun kamu tak kenal, jangan mengambil pendirian yang extreme bagi kes pemecatan DSAI ini" akhirnya kami dengan begitu yakin keputusan DR M adalah sesuatu yang baik.

Berbalik pada kawan aku tadi, dari penampilan terkininya nyatalah dia kini merupakan seorang Jurutera yang berjaya. Percakapannya penuh dengan wawasan dan agak komited akan tugasan yang diberikan, sehinggalah kami berbual tentang perlibatan mahasiswa dalam arena politik.
Dibawah aku catatkan apa yang diperkatakan olehnya:

"Aku tidak faham kenapa mahasiswa beria2 mahu diberikan kebebasan berpolitik. Apa yang mahu mereka buktikan?"

"Pada usia yang mentah itu mereka hanya akan menjadi balaci veteran2 politik sahaja"

Aku membantah kerana bagi aku mahasiswa sudah matang.

" Matang?... kau pernah tengok tak budak baru grad kerja...boleh tak kamu kata dia matang?"

Aku terdiam dan membenarkan kata2nya itu, memang jika dinilai dari keadaan bebudak baru Grad yang masuk bekerja kat loji aku rasanya mereka tidak layak menggalas tanggungjawab menjadi jagoan politik. Kami dulu berpolitik juga, tetapi tidaklah sampai pergi membuang masa berdemo dan menyertai penghimpunan haram yang tidak memberikan faedahpun kepada kami.

"Kalu kau perhatikan, yang hebat sangat berpolitik adalah bebudak yang amik Kos senang macam Bahasa, Perguruan dan Massa, yang amik kos yang susah2 x ramai kalu adapun x lah extreme sangat"

"Dah grad nanti menganggur (pasal masa belajar hari itu amik kos senang dan x banyak peluang pekerjaan) bila dah menganggur mulalah salahkan kerajaan" tambahnya lagi.

Sekali lagi aku terpaksa bersetuju dengan pendapatnya. Sewaktu aku di Universiti pelajar2 jurusan yang dia sebutkan tadi pada kebiasaanya menjadi orang yang terlalu extreme berpolitik. Mereka yang mengambil jurusan yang berat2 biasanya sekadar menjadi penyokong dan tidak meluangkan banyak masa untuk berpolitik.

"Aku yakin pelajar2 cina x delah kemaruk nak berpolitik macam ni, pasal diorang tahu betapa susahnya mak bapak diorang cari duit untuk membolehkan mereka belajar. Bila dah habis belajar dapat jawatan yang bagus2 cari duit banyak2"
"Lepas tu kita bising kerajaan gagal bahagikan kek ekonomi dengan baik"

Perbualan kami terhenti apabila seorang Pakcik yang berkopiah menjeling manja. Sebelum dia naik syeikh dan masuk berbincang kami merasakan perbualan kami elok ditamatkan.

Aku teringat satu peristiwa dimana satu perjumpaan antara Mahasiswa dengan DR M tidak beberapa lama dari peristiwa pemecatan DSAI. Seorang mahasiswa bangkit dan memberikan cadangan supaya perjumpaan antara DR M dan mahasiswa dibuat setiap minggu. Jawapan DR M:
"Saya sanggup luangkan masa untuk tukang sapu sampah dan tukang kebun setiap minggu pasai mereka menyumbang untuk ekonomi negara. Mahasiswa buat apa?"






Selasa, 6 Disember 2011

Melayu

Assalamualaikum,

Aku baru saja letak link (Bawah tajuk melayu kat sebelah) dua blog yang menceritakan susur galur bangsa melayu. Walaupun kesahihannya boleh dipertikaikan tetapi x salah membacanya.

Isnin, 8 Ogos 2011

Pengurusan cara melayu?

Isu Dawama cukup memalukan. Ini memperlihatkan kegagalan sebuah syarikat Melayu yang diberi kontrak oleh kerajaan dan TIDAK BERSAING dengan syarikat lain, TETAPI AKHIRNYA GAGAL (Utusan Malaysia, Ahad 7 Ogos).

Sabtu, 14 Ogos 2010

Chua Soi Lek tak salah

Agak pedas kenyataan Chua Soi Lek bukan? tetapi siapa yang mampu untuk membuktikan kenyataannya itu satu yang salah? Kita boleh membawa seratus malahan seribu bahan rujukan akan sejarah ketamadunan Islam yang hebat suatu masa dahulu. Apakah ia sudah mencukupi?

Tanpa pergi lebih jauh lihat sahaja kita di Malaysia. Berapa ramai orang Islam yang boleh menjadi pemberi pekerjaan kepada sesama seagama dan yang paling hebat menggaji pekerja dari bangsa lain? agak sedikit bukan? Yang bekerja dangan bangsa lain pulak, "Astagfirrullahhalazim"pemalas "Nauzubillah" dan yang paling malang mereka beragama islam.

Seperti pos aku yang lepas, ini lah sebenarnya yang di bidas oleh Chua Soi Lek bukannya Islam yang sebenar. Bagaimana kita nak menolak kenyataan yang dibuat oleh seorang yang jahil dengan agama agung ini jika kita sebagai penganutnya sendiripun gagal menterjemahkannya dengan sempurna. Amat malang lagi dengan imej Islam yang telah diburukkan oleh Media Massa biayaan Yahudi, contoh dalam negara pun dah 'fail'. Bukan tiada orang melayu yang berjaya (dari kacamata barat) tetapi kehidupan mereka pulak biasanya tak menjurus kearah Islam yang sebenar. Jadilah seolah2 kejayaan mereka kerana sifat Islam Liberal yang dianutinya. Contoh pengurusan melayu? Lihat sahaja Aldwich dan Perwaja.

Kita boleh marah dan kita boleh berarak selepas sembahyang jumaat tetapi ianya tidak dapat membuktikan yang agama agung ini bukan seperti yang digambarkan. Agama bukan sekadar berbicara soal Hudud dikedai kopi (atau yang paling parah sewaktu bekerja) tetapi lebih luas. Kalau mampu cuba jangan kaitkan kemelayuan kita dengan Islam sekiranya ia amat hodoh bagi agama yang indah ini. Janganlah terlalu yakin yang melayu kita sudah hilang apabila kita telah menyertai Parti atau kumpulan yang bersifat islam padahal lebih melayu dari mereka yang tidak menyertainya. Jika mengaku beragama Islam...Islamlah kamu sepenuhnya.

Aku tidak terlebih mulia dari kebanyakan melayu lain yang berada kat luar sana malahan mungkin lebih teruk. Tidak salah sekiranya kita cuba untuk berubah biarpun sedikit demi untuk membersih ludahan ini dan membuktikan secara sah yang agama islam adalah agama yang membawa kesejahteraan didunia dan akhirat.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk berubah.

Jumaat, 16 Julai 2010

Melayu dan Islam

Sudah ditakdirkan Islam itu kepada bangsa Melayu, satu bangsa yang penuh dengan kelemahan. Seperti juga ia merahmati bangsa Arab Jahilliyah yang mundur disebuah padang pasir sehinggakan tiada kuasa besar yang ‘berselera’ menjajahnya kerana kejahilan mereka. Bangsa Melayu tidak sejahil bangsa arab jahilliyah tetapi kerana berada dalam persekitaran yang makmur dan dilimpahi rezeki secara semula jadi menjadikan mereka ‘seolah-olah’ tidak mempunyai daya saing dan anisiatif untuk memajukan diri. Maka benarlah ungkapan “Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang” buat bangsa Melayu. Bersesuaian dengan sifatnya sebagai agama fitrah dan membawa kesejahteraan, segala kelemahan yang ada pada bangsa Melayu dapat dibaiki dan menjadikan bangsa Melayu satu bangsa yang hebat suatu masa dahulu.

Seperti penganut-penganut agama Islam yang lain diserata dunia, bangsa Melayu juga telah hanyut dan dijangkiti penyakit al-wahan kerana telah meninggalkan dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Sunnah. Persoalan tentang agama hanya berkisar kepada Politik semata-mata dan meninggalkan kemahiran Ekonomi (Mua'malat), Perkahwinan (Munakahat), Jenayat, Adab, Ibadat, Kebersihan dan Ketenteraan. Tidak hairanlah bangsa Melayu amat mahir membahaskan persoalan Hudud dan perihal sekular tetapi amat tertinggal dari segi ekonomi dan pembelajaran.

Dari segi ekonomi misalnya, Ketika membahaskan usul 'Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak, berkata masyarakat Cina terus mencapai peningkatan dari segi hak milik sektor korporat, iaitu kepada 42.4 peratus dan hak milik premis sebanyak 76.1 peratus, manakala Bumiputera mempunyai pemilikan ekuiti dalam sektor korporat 19.4 peratus dan hak milik premis sebanyak 15 peratus.

Dari segi adab dan munakahat pula bangsa Melayu juga kekal terkebelakang berbanding bangsa lain. Sebagai contoh,mengikut perangkaan Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Manakala satu fakta yang menyedihkan dimana Lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah daripada kalangan umat Islam, kata Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Amat malang bagi agama Islam kerana imejnya tercemar kerana penganut mereka. Memang cakap-cakap politik akan mempertikaikan masalah bangsa dan agama ini. Mengikut banci tahun 2000, penganut agama Islam dari kalangan bangsa melayu merangkumi 55% dari 60.4% jumlah penganut agama Islam diMalaysia. Angka ini menjadikan agama Islam begitu dominan dengan orang melayu sehinggakan bagi yang baru memeluk agama suci ini dikatakan ‘masuk Melayu’. Bagi penulis, amat baik jika bangsa Melayu lebih menonjol sebagai Melayu berbanding mendabik dada dengan status Islam mereka. Jika berlaku perubahan kepada seseorang Melayu itu, pasti semua akan tahu ini kerana agamanya Islam yang dianutinya sekaligus menjadi dakwah kepada bangsa lain. Kecuali jika mereka bersedia kembali kepada Islam sepenuhnya bukan sekadar cakap-cakap Politik.

Isnin, 26 April 2010

Raja Senjata?







Bagi yang biasa dengan dunia beladiri pasti ada pandangan masing-masing tentang tajuk ini. Ada yang mengatakan Tekpi ada pulak kata Pedang Samurai dan banyak lagi. Kali ini aku sertakan satu artikel yang aku amik dari majalah Seni Beladiri. Walaupun apa yang tercatat adalah pendapat penulis artikel tersebut berdasarkan pengalaman beliau, sedikit sebanyak ia boleh menjadi santapan minda kita sebagai penilaian.

Selasa, 20 April 2010

Lam Alif



Gambar Hiasan
Siapa2 yang belajar silat mesti pernah dengar atau lihat lambang Lam Alif ni. Kalau kita lihat kat lambang perguruan Silat Melayu Keris Lok 9 mesti kita perasan Lam Alif ni. Jadi apa makna Lam Alif ni?
Sebenarnya pengertiannya panjang dan agak rumit tetapi kali ini aku nak berikan secara ringkas. Maksud Lam Alif ni adalah 'tiada'...permulaan pada 2 kalimah syahadat. Menafikan setiap yang ada dan kembali kepada permulaan alam Ahdah bagi martabat tujuh.
Senang cerita berserah kepada Allah semata2 dan membenarkan kalimah "Tiada daya upaya pada aku melainkan kehendakmu Allah" nak takut apa lagi kerana "Setiap yang baharu tidak akan memberi bekas"

Ok, kat atas adalah hasil lukisan aku. Badik dan Lawi Ayam (Kerambit)...kreatif jugak aku nikan. Kalau suatu hari nanti aku ada bisnis aku sendiri, inilah lambang syarikat aku. Membawa semangat pendekar melayu, kecil tetapi mainannya membawa maut.

Ahad, 21 Februari 2010

Apa yang Kelakar?


Satu bangsa yang lemah dan sekadar menjadi momokan bangsa lain?

Isnin, 3 Disember 2007

Prof. Dr. Jafri M. Abdullah

Petang tadi buat pertama kalinya aku menonton Potret gemilang kat TV3, pasal Prof. Dr. Jafri M. Abdullah. Satu jam yang aku luangkan untuk rangcangan ini aku rasakan amat berbaloi dan bagi aku inilah idola sebenar bangsa melayu profesional, sikap rendah diri, ikhlas dan berdedikasi menaikkan maruah bangsa.

sebenarnya aku telah mengenali Prof. Dr. Jafri seawal 1995, sewaktu ayahku menerima rawatan ketumbuhan otak. Dr. Jafri juga merupakan sebab kenapa (Allahyarham) ayah sanggup melakukan pembedahan seterlah 5 tahun menderita; kerana doktor melayu katanya. Kejayaan pembedahan yang dilakukan keatas ayah menjadikan Dr. Jafri adalah selebriti didalam keluarga kami, setiap berita atau cerita tentangnya pasti menjadi tumpuan kami.

Sikapnya yang peramah dan sabar melayan kerenah pesakit neuro ini menggambarkan betapa dia ikhlas dan cinta akan kerjayanya. Aku rasa aku telah menjumpai mentor bagi kerjaya aku, walaupun berlainan bidang, resepi kejayaan adalah sama iaitu sikap (sick-up). Seperti katanya sabar dan tekun, kerana sedikit2 lama2 jadi bukit.

Terima kasih Doktor.