Isnin, 27 April 2009

Membebel

Syukur pada Allah akhirnya bulan empat bakal berakhir dengan tenang dan ceria. Pertamanya aku telah berpindah kerumah baru dengan selamat dan bilik bacaan aku telah tersusun rapi meskipun ianya mengambil masa 2 minggu untuk aku susun dan atur agar indah pada pandangan mata aku. Keduanya loji aku telah berjaya proses start-upnya walaupun dengan 3 kali percubaan yang menyiksakan jiwa dan raga. kesibukan ini menyebabkan aku terlepas menghadiri tiga acara yang agak besar bagi aku, Kelantan Muay Thai Superfight, Kelayakan Contender Asia dan seminar kerambit.
Yang paling x best, kawasan rumah baru aku tidak terdapat tiang TM dan sekali gus aku terpaksa memotong talian Streamyx aku, yang aku paling bengang apabila pihak teknikal TM net mengesahkan tiada sambungan berdekatan rumah aku, keesokannya datang dua kontraktor mengatakan mereka boleh membuat sambungan kerumah aku. Kecil sungguh pengatahuan unit teknikal TM ni.
Kini aku bertukar kepada Celcom Broadband yang bernilai 98 ringgit yang kata mereka tanpa had dan pada ketika aku menulis pos kali ini kelajuannya telah dikurangkan kerana telah melebihi had yang mereka tetapkan....x best sungguh bagi pelayar tegar seperti aku. Kalaulah ada alternatif lain.


Tiada ulasan: