Isnin, 27 April 2009

LEL

Kalau korang ada terbaca pos aku yang lepas korang akan perasaan yang aku ada sarankan pada mereka yang baru menjejakan kaki kat loji supaya kenali bahan kimia yang bakal ditangani. Antara bahan yang perlu diteliti adalah MSDS. Didalam buku aku m/s 11 aku ada sentuh sedikit pasal MSDS ni dan beberapa istilah yang korang akan jumpa dalam loji seperti LEL, Flash point dan Auto ignition.

Didalam buku BP Process Safety Series: Safe Handling Of Light Ends muka surat 6 tercatat;
'Hidrokarbon akan terbakar apabila bercampur dengan jumlah oksigen yang cukup. Oleh kerana kita tidak tahu jumlah sebenar udara dan Hidrokarbon didalam sesuatu kebocoran, adalah wajar kita menganggap setiap kebocoran akan mencetuskan kebakaran. Kita juga mesti menganggap persekitaran akan sentiasa membekalkan pencetus kepada kebakaran ini. Melalui ujikaji telah dibuktikan jika campuran gas yang terlalu sedikit dengan udara tidak akan menyebabkan kebakaran dan jika terlalu banyak juga tidak akan terbakar.'

Bagi sesebuah loji, kerja2 hotwork (HW) (welding,grinding dll) adalah perkara biasa dilakukan untuk memastikan kebolehpercayaan (reliability) dan kelangsungan sesuatu proses sentiasa berada pada tahap optimum. Namun kerja2 sebegini mempunyai resiko yang tinggi jika dijalankan pada ketika alatan masih beroperasi atau berdekatan bahan yang amat mudah terbakar. Tetapi pada persekitaran industri pemprosesan, pemberhentian satu unit atau keseluruhan unit bermakna menanggung kerugian. Jadi kerja2 HW ini adakalanya dilakukan dalam persekitaran yang yang merbahaya dengan beberapa syarat yang ketat, antaranya memastikan LEL kawasan yang bakal menempatkan HW tersebut. (Rujuk: http://sembangjuruteknik.blogspot.com/2009/04/safety-fire-watch-and-confine-space.html)

Bagi mereka yang baru menyertai loji kimia fahami kenapa dan mengapa perkara2 tersebut perlu dilakukan dan jangan mengambil mudah persekitaran kerja HW ini terutamanya LEL.

Satu kejadian kebakaran pernah berlaku disebuah loji (Rahsia) kerana sikap memandang rendah peraturan HW ini:

Begini,
Satu HW akan dilakukan pada platform ke 3 sebuah loji 4 tingkat Orang yang bertanggung jawab (Fire watch) untuk memastikan tempat kerja HW selamat ini telah melakukan pengujian LEL dan memastikan keselamatan tempat tersebut. Kemudian mamat Fire Watch ini telah meninggalkan kawasan jagaannya untuk ke tandas tanpa meminta rakan sekerjanya supaya menggantikannya sebentar. Kerja HW yang berlangsung menghasilkan percikan api yang jatuh ke platform bawah yang LELnya mencukupi (Bagi gas yang lebih berat dari udara ianya akan berada pada bahagian bawah) dan satu kebakaran besar berlaku mengakibatkan satu Packed Distillation Column hampir terbang ke Australia.

Ok,
Pada satu hari ada kerja HW (Grinding) yang perlu dilakukan dengan segera untuk memastikan loji tidak terhenti secara keseluruhan. Aku selaku penyelia syif waktu itu menugaskan Fire Watch (FW) untuk menguji kadar LEL kawasan terbabit. Beberapa minit kemudian FW tersebut memaklumkan melalui Walkie Talkie yang terdapat bacaan LEL pada kawasan tersebut. Pihak mekanikal mula mendesak kami untuk memulakan kerja supaya mematuhi jadual yang ditetapkan. Aku menghubungi Control Room (CR) dan meminta mereka memeriksa LEL bagi bahan kimia yang berkaitan didalam MSDS. Kemudian mendapat keputusan yang tiada nilai LEL didalam MSDS itu. Aku bergegas ke CR dan memeriksa MSDS itu sendiri. Dalam bahasa Malaysia, memang x ada LEL bos...aras rendah letupan. Aku kemudiannya menelefon penyelia syif yang sebelumnya untuk memastikan berapa bacaan pada syifnya, jawapannya kosong. Kemudian aku ketempat kejadian dan....bacaan pada meter sebenarnya menunjukan bacaan bagi CO (pada kadar yang rendah) LEL pada sebelah kiri kosong....Buang masa betul.





Tiada ulasan: