Jumaat, 11 Julai 2014

Scheduled Waste -3

Segala puji bagi Allah dengan kehendak dan kekuasaannya dapat lagi kita berada dibulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, semoga kita merupakan hamba-hamba yang beruntung apabila ramadhan kali ini meninggalkan kita. 

Kepada anak-anak buah aku yang mengikuti/membaca/terbaca coretan aku kali ini....Cuti raya semuanya aku x layan, jadual kerja macam biasa dan klu aku mampu hanya pada pagi hari raya pertama sahaja aku akan pastikan semua orang islam (tu pun kat C/Room sahaja) dapat bercuti. Kalau korang rasa kejam terpulanglah, kecuali kalau loji dalam keadaan S/Down.

Okey, bahagian ketiga dari trilogi Scheduled Waste aku.

Sepanjang tahun ini aku telah menghadiri beberapa seminar anjuran DOE dan terdapat beberapa persoalan yang diajukan oleh para peserta. Disini aku nak berkongsi beberapa pandangan aku berdasarkan soalan yang diajukan oleh peserta2 tersebut:

  1.  SW terlalu sedikit dan sukar dilupuskan kerana tiada transporter yang nak angkut - Langkah yang paling afdal bagi aku dalam menangani masalah ini adalah:
    • Buat perjanjian dengan pembekal untuk mengambil balik barang tersebut apabila pembelian barang yang baru.
    • Jangan istiharkan sebagai SW (bagi sisa berbentuk pepejal atau yang tidak berubah mengikut masa) simpan saja dalam stor dan berusaha cari transporter yang nak ambik SW ini, bila dah dapat baru istiharkan-langkah ini dapat mengelakkan faktor masa yang 180 hari tu.
    • Berbuat baiklah dengan jiran2, tanya bila mereka nak melupuskan SW mereka dan selitkan SW anda sekali dalam consigment tersebut (bukan guna nama syarikat mereka tetapi nama syarikat anda cuma dalam keadaan ini transporter tak akan keberatan untuk mengambil SW anda, alang2 dah ada kat situ apa salahnya ambik SW anda sekali).
  2. SW yang telah diistiharkan kemudiannya digunakan semula: Ini antara aktiviti gatal tangan yang aku rasa berlakukat semua loji atau tempat, terlalu suka nak istihar sesuatu bahan kimia sebagai SW. Untuk masalah ini kita kembali kepada makna sisa itu sendiri; SESUATU YANG KITA INGIN LUPUSKAN, sebagai contoh mudah: Kita beli satu tin Milo - bila milo dah habis adakah kita secara automatik nak lupus tin Milo tersebut? tak semestinya kan, kita mungkin boleh gunakan Tin tersebut untuk letak Milo paket ataupun letak biskut ataupun buat timba atau buat bekas ubat nyamuk. Jadi selagi ianya berguna kepada kita kita tak akan panggil dia sampah dan lupuskannya. Begitu juga setiap bahan kmia merbahaya yang kita gunakan, pada asalnya ia tertakluk pada undang2 OSH (dibawah bidang kuasa DOSH) jadi selagi ianya masih ada kegunaanya jangan sesekali istiharkannya SW. Bila kita istihar SW kita tertakluk pada EQSW 2005 dan tempoh 180 hari. Bila dah istiharkan dan ambik semula kita boleh dikenakan denda kerana pelupusan haram.
  3. SW yang disuapkan ke Incinerator melebihi 20 mt (dalam tangki sementara) - masalah ini juga memerlukan kita kembali kepada makna sisa itu sendiri - pada pandangan aku, bahan kimia ini tidak layak digelar SW kerana ianya masih digunakan didalam loji, paling busuk pun sebagai bahan bakar Incinerator atau sebagai ejenpenghasilan stim. Langkah selamat adalah jangan istiharkan ia sebagai SW dan jika terdapat sisa dari pembakaran dan ingin dilupuskan barulah diistiharkan sebagai SW ataupun kalau Incinerator telah didaftarkan kepada DOE sebagai Penunu Sisa Terjadual, Istiharkan sahaja jumlah yang kita bakar sebagai SW bukan bahan kimia yang menunggu untuk dibakar. Pada tangki yang menanggung bahan kimia terbabit kita tampal sticker bahan Kimia merbahaya bawah undang OSH bukan SW.
Okey sekian.

Ahad, 2 Mac 2014

Bagaimana seorang Jurutera boleh bertukar menjadi hamba?

(Lama tak Update pasal lupa Password)
Ini adalah sebahagian dari pengalaman dan pemerhatian yang aku perolehi sepanjang  12 tahun aku bekerja sebagai Jurutera. Ianya bukan sahaja terpakai untuk level Jurutera juga sesuai untuk Juruteknik.

Tahniah! anda baru sahaja mendapat kerja sebagai seorang jurutera pelatih dengan basic gaji 4 angka. Nampaknya penat lelah anda belajar selama ini terbalas, kini tiba masanya untuk membalas dendam kepada alam kemiskinan sewaktu bergelar Student. 
  1. Ok, anda berjalan2 dipusat membeli belah kemudian seorang awek menahan anda "Abang dah ada Kad Kredit dari bank kami?" kemudian dia akan menceritakan kelebihan kad plastik tersebut dan yang paling akhir "Abang TT disini"-kini anda boleh berbelanja dan membeli apa sahaja yang anda mahukan.
  2. Kereta, sudah lama anda mengimpikan kereta jenama ini. Mahal? Tidak mengapa selepas membuat bayaran bulanan, masih berbaki untuk makan dan minum ala kadar anda (masa belajar dulu anda boleh mengikat perut). Ini kereta impian anda lagipun sekarang terdapat promosi tanpa bayaran muka.
  3. Buah hati atau bakal bapa mentua anda mendesak anda "Now or Never!" Belanja mesti besar kerana status anda sebagai seorang jurutera. Usah khuatir pinjaman peribadi sehingga 10 kali gaji dalam tempoh 10 tahun. 
  4. Bosan membayar sewa rumah? wang keluar tetapi bukan menjadi aset anda. Sebuah rumah yang sepadan dengan status anda sebagai jurutera harus dimiliki.
Perkara diatas adalah antara jerat-jerat kewangan yang bakal anda tempohi. Oleh kerana kita tidak diajar di Universiti dalam pengurusan kewangan, kita biasanya akan terjerat. Keghairahan kita berbelanja biasanya kan terhenti selepas kita dapati baki bulanan gaji sudah tidak seperti yang sepatutnya.

Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah ini:
  1. Bertukar tempat kerja - kenaikkan gaji tahunan biasanya kurang dari 10% dan ianya bergantung kepada prestasi anda dan juga prestasi syarikat. Untuk kenaikkan yang besar biasanya akan berlaku dengan bertukar tempat kerja. Malangnya tujuan anda bertukar tempat kerja adalah kerana masalah kewangan dan anda biasanya kurang bersedia dengan cabaran baru. Anda harus faham, anda dibayar gaji yang tinggi adalah untuk pengalaman anda dan biasanya hirarki anda ditempat baru adalah lebih tinggi dari tempat lama anda dan TEKANANNYA JUGA TINGGI. Anda akan menderita dan bertukar-tukar tempat kerja seperti orang dikejar hantu.
  2. Jika masih terdapat kemungkinan untuk membuat pinjaman peribadi sila lakukan. Tetapi anda harus faham pinjaman peribadi merupakan satu bebanan jangka panjang. Anda tidak tahu apa yang bakal berlaku didalam tempoh itu dan kaedah ini biasanya akan menjadi jerutan yang kuat jika anda masih tidak berubah.
Setelah anda melalui semua perkara diatas anda kini menjadi seorang Jurutera yang tidak merdeka. Tiada lagi semangat untuk memajukan diri. Kini anda akan lakukan apa sahaja untuk wang, anda mula takut untuk mengambil resiko, membuat keputusan yang bebas dan mempertahankan prinsip anda. Yang paling malang anda bakal menjadi HAMBA kepada dunia dan melupakan akhirat.