Assalamualaikum
Bertemu kembali kita. Agak lama Blog aku ni terabai, maklumlah aku ni terlalu sibuk, sibuk tahap Dewa sehinggakan kegemaran utama aku (membaca buku) pun telah banyak aku tinggalkan. Telah tersusun buku-buku baru kat rak buku yang menunggu giliran untuk diambil dan dicumbui. Setiap awal bulan, acara wajib adalah melawat kedai buku dan wajib membawa balik satu buku, tetapi masa pula agak ketat.
Aku juga meminta maaf pada semua yang meninggalkan komen dan aku tidak sempat jawab kerana masalah ini. Jadi sesiapa yang tolong jawab tu TERIMA KASIH.
Berbalik pada pos kali ini, KOMUNIKASI. Bagi sesiapa yang bekerja dalam Industri ni tak kira apa latarnya Besi keluli ke, Oil and Gas ke, Biochemical ke, apa ke, komunikasi ni amat penting. Ia bukan terhad pada komunikasi melalui Walkie Talkie, ia meliputi semuanya. Kerana manusia ni makhluk yang perlu berkomunikasi kerana bukan semua berkebolehan membaca fikiran dan tahu apa yang akan orang lain lakukan. Pada pos kali ini aku akan berkongsi beberapa pengalaman aku berkenaan isi ini.
Kisah 1:
Satu malam berlaku tumpahan bahan kimia dari satu tangki didalam takungan (bundwall). Tumpahan ini tidak begitu kritikal dan aku telah mengarahkan agar tumpahan ini dihantar ke tangki sementara sebelum dihantar ke Effluent Treatment Plant (ETP). Fungsi tangki ini adalah untuk merawat suapan ke ETP isupaya ia sesuai dengan designnya. Jadi semasa report kepada Manager pada sebelah pagi aku melaporkan perkara ini kepadanya. Pada sebelah paginya operator ETP dapat bersedia sepenuhnya menerima suapan extra ini. Segalanya berakhir dengan baik. Apabila Manager bertanya kenapa aku melaporkan perkara ini padahal ia akan menyebabkan reputasi aku tercemar dan bukan ada orang tahu pun, jawab aku ringkas "Allah tahu!"
Tapi cerita kat atas adalah cerita yang sepatutnya berlaku. Yang sebenarnya berlaku, aku tidak melaporkan kepada Manager kerana bagi aku perkara itu sudah selesai. Pada sebelah paginya berlaku kekecohan kerana Bakteria kat ETP semua mati kerana PH yang terlalu rendah dan outlet spec dah jatuh. Satu shift dapat Warning Letter.
Kisah 2.
Satu Steam Drum baru mengalami proses start-up. Setelah beberapa ketika baru disedari aras air tiada didalamnya kerana isolation valve (I/V) masih tertutup. Suhu semasa telah melebihi 200 degree C. Injap kawalan (Control Valve)berada dalam keadaan auto dan telah terbuka 100% kerana tiada aliran. Untuk dijadikan cerita, operator yang bertugas adalah 2 orang, sorang pergi smayang dan yang bagi arahan suruh bukak I/V standby kat bilik kawalan. Lepas bagi arahan elok2 je operator yang pergi smayang tu balik dan yang standby nak pergi smayang pulak. Jadi yang pergi smayang tu lupa nak bagi tahu dan operator lapangan (Field Operator) plak pergi bukak tanpa memaklumkan pada Control Room. Hasilnya satu letupan kuat terhasil kerana proses pengembangan dan pengecutan besi. Syukurnya ia cuma melibatkan bahagian yang lemah didalam sistem iaitu sambungan flange yang terpisah dan tiada kemalangan jiwa.
Kisah 3.
Vacuum Belt Filter mempunyai sistem Cleaning In Place (CIP) menggunakan air. Ia bertujuan membasuh unsur - unsur pepejal yang terlekat pada filter elementnya. Oleh kerana tidak terdapat satu waktu yang khusus berapa kekerapan basuhan yang perlu maka timbul idea untuk mengurangkan kadar basuhan untuk melihat berapa penjimatan boleh dilakukan. Oleh kerana operator tidak diterangkan dengan jelas asbab ujikaji maka ia seringkali gagal sehinggalah satu arahan supaya I/V ditutup sementara dan dibuka bila dirasakan perlu tanpa berkomunikasi dengan semua pekerja. Oleh kerana fungsinya adalah secara Auto dan selama ini ia tidak memberikan masalah, maka tiada operator memperdulikan operasi ini sehinggalah VBF ini trip dengan sendiri dan mengambil masa yang lama untuk dibersihkan menyebabkan kehilangan masa proses yang panjang.
Ada beberapa contoh lagi, tapi aku malas nak tulis pasal dah lewat. Ini adalah beberapa contoh perkara yang berlaku dan syukurnya ianya tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kerosakkan yang besar. Kadang2 perkara2 bergini diceritakan dengan gelak ketawa kerana ia seolah2 satu cerita lucu dan menghiburkan. Bagi yang berakal jadikan satu pengajaran sebelum ia melibatkan nyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan