Memaparkan catatan dengan label Masa Lapang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masa Lapang. Papar semua catatan

Ahad, 2 Mac 2014

Bagaimana seorang Jurutera boleh bertukar menjadi hamba?

(Lama tak Update pasal lupa Password)
Ini adalah sebahagian dari pengalaman dan pemerhatian yang aku perolehi sepanjang  12 tahun aku bekerja sebagai Jurutera. Ianya bukan sahaja terpakai untuk level Jurutera juga sesuai untuk Juruteknik.

Tahniah! anda baru sahaja mendapat kerja sebagai seorang jurutera pelatih dengan basic gaji 4 angka. Nampaknya penat lelah anda belajar selama ini terbalas, kini tiba masanya untuk membalas dendam kepada alam kemiskinan sewaktu bergelar Student. 
  1. Ok, anda berjalan2 dipusat membeli belah kemudian seorang awek menahan anda "Abang dah ada Kad Kredit dari bank kami?" kemudian dia akan menceritakan kelebihan kad plastik tersebut dan yang paling akhir "Abang TT disini"-kini anda boleh berbelanja dan membeli apa sahaja yang anda mahukan.
  2. Kereta, sudah lama anda mengimpikan kereta jenama ini. Mahal? Tidak mengapa selepas membuat bayaran bulanan, masih berbaki untuk makan dan minum ala kadar anda (masa belajar dulu anda boleh mengikat perut). Ini kereta impian anda lagipun sekarang terdapat promosi tanpa bayaran muka.
  3. Buah hati atau bakal bapa mentua anda mendesak anda "Now or Never!" Belanja mesti besar kerana status anda sebagai seorang jurutera. Usah khuatir pinjaman peribadi sehingga 10 kali gaji dalam tempoh 10 tahun. 
  4. Bosan membayar sewa rumah? wang keluar tetapi bukan menjadi aset anda. Sebuah rumah yang sepadan dengan status anda sebagai jurutera harus dimiliki.
Perkara diatas adalah antara jerat-jerat kewangan yang bakal anda tempohi. Oleh kerana kita tidak diajar di Universiti dalam pengurusan kewangan, kita biasanya akan terjerat. Keghairahan kita berbelanja biasanya kan terhenti selepas kita dapati baki bulanan gaji sudah tidak seperti yang sepatutnya.

Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah ini:
  1. Bertukar tempat kerja - kenaikkan gaji tahunan biasanya kurang dari 10% dan ianya bergantung kepada prestasi anda dan juga prestasi syarikat. Untuk kenaikkan yang besar biasanya akan berlaku dengan bertukar tempat kerja. Malangnya tujuan anda bertukar tempat kerja adalah kerana masalah kewangan dan anda biasanya kurang bersedia dengan cabaran baru. Anda harus faham, anda dibayar gaji yang tinggi adalah untuk pengalaman anda dan biasanya hirarki anda ditempat baru adalah lebih tinggi dari tempat lama anda dan TEKANANNYA JUGA TINGGI. Anda akan menderita dan bertukar-tukar tempat kerja seperti orang dikejar hantu.
  2. Jika masih terdapat kemungkinan untuk membuat pinjaman peribadi sila lakukan. Tetapi anda harus faham pinjaman peribadi merupakan satu bebanan jangka panjang. Anda tidak tahu apa yang bakal berlaku didalam tempoh itu dan kaedah ini biasanya akan menjadi jerutan yang kuat jika anda masih tidak berubah.
Setelah anda melalui semua perkara diatas anda kini menjadi seorang Jurutera yang tidak merdeka. Tiada lagi semangat untuk memajukan diri. Kini anda akan lakukan apa sahaja untuk wang, anda mula takut untuk mengambil resiko, membuat keputusan yang bebas dan mempertahankan prinsip anda. Yang paling malang anda bakal menjadi HAMBA kepada dunia dan melupakan akhirat.




Rabu, 19 Jun 2013

Khasiat buah epal

Antara kelebihan epal adalah:
1.Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
2.Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
3.Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4.Melindungi sendi tulang.
5.Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
6.Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
7.Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
8.Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
9.Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.


Sumber : http://hafizamri.com/khasiat-buah-epal/

Isnin, 11 Mac 2013

Berniaga

Aku Melayu,
Kedua ibu bapa aku Melayu,
Datuk dan nenek aku Melayu,
Dan boleh jadi Moyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang aku juga Melayu.

Aku tidak pasti apakah kerana faktor ini aku tidak begitu berbakat berniaga.

Minat aku berniaga ni sebenarnya timbul untuk menyahut cabaran idola aku Tun Dr Mahathir. Ianya diperkuatkan lagi dengan membaca kisah-kisah kejayaan orang yang telah bergelar jutawan. Disamping rasa meluat aku pada bos aku yang macam best padahal dia kuli macam aku jugak. Juga apabila terkejut dengan (aku baca dimana aku tak ingat) fakta 70% keuntungan diambil oleh tokey selepas 30% ditolak untuk modal dan gaji pekerja. Kerana faktor-faktor ini aku menanam tekat untuk menceburi bidang perniagaan.

Aku tanpa rasa segan silu ingin memberi tahu aku melangkah ke alam perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual CD lagu dan cerita (berdasarkan pesanan rakan sekerja) yang aku download dari internet. Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar dan masa yang banyak. Kemudian seiring dengan usia dan ilmu, perniagaan ini aku tinggalkan. 

Apabila meninggalkan perniagaan jijik ini aku mula tercari-cari apa yang ingin aku buat seterusnya. Sebagai langkah persediaan aku mula mendekatkan diri dengan buku-buku Motivasi dan kisah kejayaan ahli perniagaan yang popular. Dari sini aku belajar sesuatu, buat apa yang kita minat

Oleh kerana minat aku adalah pada buku, aku mengambil keputusan untuk mengarang buku. Maka lahirlah 'Pengenalan kepada Loji Kimia'. Pada perancangan awalnya aku ingin menghantar buku ini kepada mana-mana syarikat penerbitan (aku telah menghantar satu naskah berbentuk PDF kepada PTS untuk dipertimbangkan malangnya tiada apa2 jawapan). Tetapi selepas naskah ini berjaya disiapkan dan menerima pelbagai pandangan dari rakan-rakan, hasrat itu aku lupakan. Tetapi aku kini bukan aku yang dahulu lagi, aku kini seorang perniaga yang berilmu. Kegagalan untuk dihantar kepada syarikat penerbitan tidak mematahkan semangat aku. Aku sudah mempunyai strategi yang ampuh. Aku bertekat untuk memasarnya sendiri. Aku meletakkan naskah ini di kedai-kedai buku (alhamdulilLAH permintaan amat menggalakkan dan habis dalam masa seminggu). Aku juga membuat iklan-iklan dan ditampal disekitar Chukai dan Kerteh dan juga menempah iklan dalam Harian Metro. Tetapi selepas hanya 100 naskah terjual aku mula memperlahankan penjualannya. Apa yang aku dapati iklan tidak memberi apa-apa kesan berbanding diletakkan terus dikedai (membenarkan pelanggan membeleknya dahulu dan merasai kehebatannya; ini membenarkan teori Jangan menilai buku dari kulitnya). Masalah yang aku hadapi dalam meletakkan dikedai-kedai adalah kejahilan strategi meletak harga. Oleh kerana harga yang aku tetapkan adalah RM 10 dan turut dijual RM 10, selepas diambil keuntungan oleh pihak kedai keuntungan aku adalah amat minima. (tidak berbaloi untuk teknik penerbitan DIY kecil-kecilan macam aku). Aku pernah didindir oleh seorang mamak "meniaga tak untung, jangan meniaga la" apabila aku meminta bayaran yang lebih sedikit. Ada juga kedai yang menolak buku aku mentah-mentah (malu muka masa tu). Aku mula merasakan ianya tidak berbaloi.

 Kemudian meyertai MLM (HPA). Masih berjalan secara amaaaaat perlahan (bonus yang paling tinggi yang pernah dapat RM 150)

Kemudian aku menjual Burger secara kecil-kecilan. Perniagaan ini bungkus kerana faktor masa yang amat menyemburui aku.

Puas aku kaji kenapa aku sentiasa gagal. sehinggalah aku bertemu dengan buku Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda. Didalam buku itu ada menyatakan bagi tarikh lahir aku pekerjaan yang bersesuaian adalah berkaitan dengan perubatan tradisional. Lantas aku mula menyertai kelas-kelas perubatan tradisional sehinggalah aku kini merupakan seorang Jurubekam, Diagnosis melalui angota tubuh dan urutan refleksi/tubuh yang bertauliah (dapat sijil selepas menghadiri kursus selama 1 hari).

Kini bermulalah episod baru aku sebagai pengamal perubatan tradisional. Aku membuat strategi pemasaran dari rumah kerumah. Ianya berjalan dengan lancar (aku pernah mendapat RM 250 semalam) sehinggalah aku dinaikkan pangkat dan bekerja waktu biasa (0830 - 1730 hrs). Hari cuti yang terhad memusnahkan karier aku sebagai jurubekam yang profesional. Pada mulanya aku masih membuatnya pada malam hari dan hari cuti mingguan aku. Kemudian ianya menjadi amat meletihkan aku untuk berkhidmat membekam dan mengurut refleksi dari lepas Isyak sehingga pukul 12 mlm. Aktiviti ini kini diperlahankan.

Orang yang bermotivasi tinggi macam aku ini mana boleh duduk diam. Aku mula merancang untuk membuka gerai Bekam dan Urutan refleksi dipasar tani setiap hari jumaat. Lesen perniagaan telah aku buat, pendaftaran sebagai ahli perniagaan kecil telah aku buat...sayangnya perasaan malu pulak menjadi penghalang. Aku seorang jurutera senior...nanti apa kata orang?

Sewaktu aku sedang berkemas didalam bilik bacaan aku, aku terbelek kembali buku 'Berani Gagal'. Dan aku mengerti kenapa aku selalu gagal. Kerana aku takut untuk gagal dan pekerjaan aku sekarang telah menjamin kehidupan aku seharian. Kenapa aku mesti bersusah payah untuk mendapat keuntungan yang sedikit dengan menebal muka? pada pandangan aku selagi aku bekerja makan gaji selagi itu aku tidak akan berjaya dalam perniagaan. 

Walaupun aku selalu tidak bernasib baik (kerana sick-up (sikap) 2m; Malu dan Malas) aku masih menanam tekad untuk membuka perniagaan suatu hari nanti dan berjaya. Kini aku sedang menghabiskan naskah 'Aku tak mahu miskin' yang menceritakan kenapa orang melayu selalu gagal.

InsyaAllah suatu hari nanti aku akan menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan menolak mitos jahat "melayu tak pandai berniaga".

Kawan-kawan, Doa kan untuk aku supaya aku berjaya dalam jihad ini.




Isnin, 28 September 2009

Pearl Jam



Album pertama Pearl Jam yang aku beli adalah Vitalogy. Sebelum itu aku tak pernah dengar muzik Pearl Jam, faktor yang menyebabkan aku membeli album ni ialah MTV award yang disiarkan semasa hari raya kat TV 2 yang menunjukan Pearl Jam memenangi anugerah bagi lagu Jeremynya. Bayangkan orang yang tak pernah dengar lagu Pearl Jam dan mula mendengarnya melalui Album yang maha pelik ini. Lagu2 didalamnya memakan masa untuk aku hadam (Pada masa itu aku layan Scorpions, Bon Jovi (Keep The Faith) dan Iron Maiden (Fear Of the dark) lama2 lagu2nya melekat jugak kat hati sanubari aku terutamanya Betterman dan Corduroy.
Kemudian satu2 album lama Pearl Jam aku kutip dari Ten sehinggalah Vs. Muncul pulak album baru No Code yang lagi pelik dari Vitalogy dengan lagu2 yang tak mesra radio seperti Red Mosquito dan Hail-hail namun sekali lagi berjaya melekat kat jiwa aku.
setelah beberapa lama menanti dan dengan ura2 Pearl Jam telah berpecah muncul Album Yield, album yang tak perlu aku dengar banyak kali, terus melekat kat jiwa aku. Aku ingat lagi selepas keluar dari panggung wayang menonton Titanic aku beli album ni dan dengar melalui walkman aku, track 1-13 agak senang dihadam. Lagu Given To Fly dan In Hiding menjadi lagu wajib aku dengar sebelum pergi kuliah.Yield diikuti dengan album Live dengan tajuk Live on two legs, album live yang sempurna bagi aku.
Semasa praktikal kat World Wide Sita kat puchong, waktu rehat tengahari radio Era mainkan lagu Nothing As it Seems dari album Binaural, album yang bagi aku boleh lah. Tiada satu lagu pun yang menjadi lagu wajid dalam koleksi Mp3 dalam komputer aku masa tu.
Tahun pertama aku kerja kat kemaman album yang aku rasa terbaik Pearl Jam setakat ini; Riot Act telah keluar. Lagu2 seperti Save you, i'm mine dan Thumbing my way kick my lazy ass straight to the heaven. Boleh dikatakan album Unplugged dari Pearl Jam, Live at Benaroyal Hall membunuh kehebatan Nirvana dan Alice In Chain Unplugged dengan sekali pukulan. Cuba dengar lagu Thumbing my way dari album ini dan hayati vokal berhantu Eddie Vedder, he will awake the dead soul in you.  
The Lost Dog album yang muncul dengan dua CD iaitu B side dari lagu2 yang pernah dikeluarkan,terdapat lagu2 yang biasa ada dalam konsert Pearl Jam tetapi tidak pernah muncul secara rasmi didalam album lagi.
Album dengan Self Title dan gambar buah Avacado dengan tema anti peperangan yang lebih keras dan jelas sama seperti album Riot Act. Eddie dan kengkawan kembali mengganas dengan lagu yang keras dan laju,cuba hayati Life wasted dan World Wide Suicide.
DVD yang aku dah tonton banyak kali sehinggakan isteri aku yang x minat Pearl Jam pun boleh kenal Eddie Vedder adalah antara DVD konsert Pearl Jam yang hebat dan manis bagi aku, terasa seolah2 aku ada bersama mereka ketika itu; Immagine in Chronicle.
Back Spacer, album terbaru muncul masa aku tengah sibuk menjadi orang tua yang sedang pening memikirkan perbelanjaan hari raya. Hari raya ke-2 aku habiskan dengan mendengar album ini dalam Mp3 player aku. Bila la Eddie and the gang nak mari sini atau Singapore......Eddie i luv u.
Ok lah bagi yang x penah dengar lagu Pearl Jam kat bawah ni aku Upload lagu yang aku rasa baik untuk telinga korang. Sila Download:


lagu2 yang ada kat dalamnya (kualitinya x berapalah, pasal lagu2 tu aku amik dari album berlainan):
  1. Worldwide Suicide
  2. Grievance (Live)
  3. Hail-hail
  4. Daughter
  5. Given to Fly
  6. Red Mosquito
  7. Marker in the Sand
  8. Betterman
  9. Insignificance (Live)
  10. Corduroy
  11. rearview mirror
  12. Evenflow
  13. In Hiding
  14. Jeremy
  15. I am Mine
  16. save you