Memaparkan catatan dengan label Ejector. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ejector. Papar semua catatan

Selasa, 14 Julai 2009

Ejector 2

Rajah 2
Suatu hari dalam syif aku, lebih kurang pukul 4 pagi. Satu Distillation Column yang menggunakan Vacuum Pump, perlu ditukarkan kepada Ejector (rujuk rajah 1). Masalahnya sekarang Ejector gagal berfungsi dengan baik meskipun injap pengasingan dari proses telah ditutup (I/V 5) dan injap2 utama yang lain telah dibuka (I/V 1,2 dan 3). Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, jika Ejector diasingkan dari sistem/proses, Vacuum didalam ejector (Chamber vacuum) akan menunjukkan bacaan yang baik. Didalam kes aku malam itu Chamber Vacuum sendiri telah menunjukkan 766 mmHg.
Bagi sebuah Ejector yang baik, lehernya akan mempunyai kesan air terkondensasi (biasanya 1st stage sahaja) kerana cara ia bekerja ( Lihat Rajah 2; Oleh kerana halaju yang tinggi pada bahagian leher Ejector, ia menjadikan tekanan disitu rendah dan disertai dengan suhu yang rendah). Sebaliknya leher Ejector aku memberikan rasa panas yang berlebihan. Pada permerhatian aku hanya dua sebab terjadinya keadaan ini; Condenser yang gagal berfungsi atau kegagalan perangkap stim (Steam Trap). Bagi memastikan Condenser berfungsi dengan baik aku telah membuka injap Vent untuk memeriksa samada terdapat Air Lock (kuncian wap?) didalam sistem Cooling Waternya. Ternyata tidak terdapat kuncian wap pada sistem Cooling Water. Kesan kegagalan perangkap stim telah diketepikan kerana tiada kesan penukulan stim (steam Hammering) pada sistem. Setelah menghadapi kebuntuan (Pukul 4 pagi beb! Dr. House pun mati akal), aku mengambil keputusan untuk membiarkan Vacuum sistem di tarik dengan menggunakan Vacuum pump terlebih dahulu dan selebihnya biar syif pagi pikir pulak.
Keesokannya apabila aku masuk syif malam ke-2 aku, aku dapati Ejector telah digunakan kepada sistem dan berfungsi dengan baik malahan Chamber Vacuum menunjukkan bacaan 35 torr. Sebagai seorang yang cintakan ilmu, dengan rendah diri aku bertanya penguasa syif pagi akan resepi kejayaannya. Apa yang mengejutkan aku katanya selepas membuka I/V 5 segalanya berubah dan bertukar ceria. Kalau korang baca cerita aku dari awal korang akan perasan betapa kurang bijaknya jawapan itu. Kemudian aku bertanya juruteknik proses yang terlibat dan jawapannya...
I/V 1 tak terbukak Bos...kerana kedudukannya yang agak jauh menyebabkan orang malas nak periksa. Tambahan pulak pada kebiasaanya tiada orang tutup injap tu, kebetulan hari tu ada juruteknik proses yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dia pergi tutup pulak injap tu. Jadi dua perkara kita boleh belajar dalam kejadian ini.
  1. Kebiasaan biasanya membawa padah.
  2. Mentang2lah sistem dah stabil dengan Vacuum Pump langsung malas nak pikir atau berjalan jauh sedikit.
Kesan panas pada leher Ejector sebenarnya datang dari Condensate header pasal I/V 4 tak tertutup (Back Pressure).

Isnin, 25 Februari 2008

Steam Ejector



Dalam loji pemprosesan kimia, Suhu dan tekanan akan dimanipulasi sebaik mungkin untuk mendapatkan produk akhir yang berkualiti dan pada masa yang sama menjimatkan masa, tenaga dan kos pengeluaran.
Pengoperasian secara Vacuum adalah antara contoh terbaik yang boleh kita lihat dalam kontek memanipulasi suhu dan tekanan. Apabila tekanan diturunkan secara automatik suhu sesuatu bahan juga akan berkurangan dan ini akan menjimatkan kos utiliti ( steam dan cooling water) dan operasi (biasanya) pengasingan bahan (khususnya cecair) akan berlaku dengan lebih cepat dan pada suhu yang lebih rendah.
Antara kelebihan pengoperasian secara Vacuum:
  1. Meningkatkan kadar tindak balas.
  2. Amat sesuai bagi proses yang melibatkan bahan yang sensitif pada suhu yang tinggi.
  3. Pemindahan haba lebih bagus.
  4. Produk akhir yang lebih tulen.
Antara cara yang popular dalam menyediakan persekitaran Vacuum didalam proses ialah penggunaan Vacuum Pump dan Steam Ejector. Kebanyakan loji yang mempunyai bekalan steam yang mencukupi akan memilih Ejector sebagai pilihan utama ini kerana:
  1. Ianya lebih mudah dioperasikan.
  2. Penyelenggaraan yang mudah.
  3. Lebih berkesan.
Ejector tidak mempunyai bahagian dalaman yang komplek seperti Vacuum Pump dan biasanya tidak memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Oleh kerana sifatnya yang sebegitu, apabila berlaku permasalah yang melibatkan Ejector ianya mengambil masa yang lama untuk dipulihkan kerana rekod penyelenggaraan yang bersih sebelum ini.

Mengikut saranan Mr. Norman Diegnan (Keep Ejector Online; Chemical Engineering Magazine 1992) antara beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa proses Trouble Shooting bagi permasalahan Ejector sebelum keperingkat seterusnya iaitu memeriksa bahagian dalaman sistem, antaranya ialah:
  1. Gauge (Tolok) yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik.
  2. Steam dan Air (cooling) yang digunakan mestilah mengikut apa yang disarankan oleh pengeluar.
  3. Beban proses yang dikendalikan oleh Ejector.
Ejector merupakan alatan yang statik dan sebarang permasalahan yang timbul biasanya disebabkan pengoperasian dibawah nilai yang disarankan oleh pengeluar.