Selasa, 28 April 2009

Distillation


Maha suci Allah, hanya dengan berfirman "Jadi" maka jadilah setiap sesuatu lengkap dengan segala keindahan saling melengkapi antara satu sama lain. Manusia sebaik2 kejadian yang berjumlah berjuta2 dengan perbezaan paras rupa cop jari dan DNA. Begitu juga dengan unsur lain, berbeza antara satu sama lain sifat fizikal dan kimianya. Takat lebur, didih ketumpatan dan warna yang berbeza meskipun pada kadar 0.0001. Sebagai Khalifah kita dikurniakan akal bagi memanipulasi sifat ini untuk kepentingan diri, semoga kita sentiasa bersyukur.
Garam terlarut didalam air dapat dipisahkan dengan proses penyejatan, dua cecair yang berbeza takat didih dapat dipisahkan dengan pemanasan dan penyejukan. Fungsinya hanya satu untuk mendapatkan unsur yang kita perlukan bagi kegunaan harian. Kemudian permintaan semakin bertambah, penghasilan pada skala besar diperlukan maka terhasilah loji kimia besar dengan segala peralatan yang canggih dengan fungsinya tetap sama iaitu untuk mendapatkan apa yang diingini memenuhi keperluan kehidupan Manusia.
Distillation Column adalah alatan yang digunakan bagi pemisahan dua atau lebih cecair yang mempunyai takat didih berbeza. Sumber pemanasan membekalkan haba (Tenaga) pada campuran cecair tadi. Bagi jumlah tenaga yang dibekalkan itu cecair yang paling lemah akan naik semangat dulu (meruap) dan naik keatas. Sebab itu dalam DCS terdapat perbezaan suhu dari bawah hingga atas, ini menunjukan bahan yang dominan pada kedudukan tersebut. Bagi yang agak kuat semangat tenaga yang dibekalkan hanya boleh membawanya separuh sahaja. Kemudian bagi wap yang berjaya sampai kat atas sekali tenaga tadi diambil balik dengan sistem penyejukan. wap tadi hilang tenaganya dan kembali kesifat asalnya iaitu cecair. Cecair ini akan dihantar balik kedalam Column bagi memastikan ianya dominan didalam Column. Bagi memastikan pemisahan berlaku secara sekata dan berkesan terdapat lapisan2 pemisah yang dipanggil Trays atau packing diantara bahagian atas dan bawah column.
Satu peristiwa berkenaan Distillation Column dan perkaitan suhu dominan pernah berlaku dalam syif aku. Semasa proses start-up bagi Distillation Column dari jenis Packed, didapati Vacuum akan breaking (Lawan bagi pressurize untuk tekanan atm) dan suhu merentasi Column dari bawah keatas menunjukan bahan yang mempunyai takat didih tinggi hampir mendominasi. Manakala suhu pada reflux pula tidak menunjukan yang haba telah diserap oleh kondenser.
Pada mulanya kami mengesyaki yang ada masalah pada Steam Ejector, namun tiada kejanggalan pada sistem ini. Suhu stim yang stabil dan apabila Ejector diasingkan dari sistem vakuum pada bahagian Ejector akan pulling dengan berkesan (tanda2 ada masalah dengan sistem).
Adakah Kondenser tersumbat? jika tersumbat sekalipun ia tidak akan memberikan kesan yang segera. Kecuali ianya tersumbat dengan teruk sehingga tiada ruang pertukaran haba. Masalah ini juga cuba diatasi dengan menaikan suhu penyejuk kepada suhu takat lebur bahan (pastikan tiada haba dibekalkan pada reboiler).
Sehingga tiada cara lagi, akhirnya manhole column dibuka dan didapati bahagian wap bahan ke Kondenser rosak dengan teruk sehingga wap keluar melalui ruangan refluk, kerana itu suhu pada ruangan refluk adalah suhu wap.

Isnin, 27 April 2009

LEL

Kalau korang ada terbaca pos aku yang lepas korang akan perasaan yang aku ada sarankan pada mereka yang baru menjejakan kaki kat loji supaya kenali bahan kimia yang bakal ditangani. Antara bahan yang perlu diteliti adalah MSDS. Didalam buku aku m/s 11 aku ada sentuh sedikit pasal MSDS ni dan beberapa istilah yang korang akan jumpa dalam loji seperti LEL, Flash point dan Auto ignition.

Didalam buku BP Process Safety Series: Safe Handling Of Light Ends muka surat 6 tercatat;
'Hidrokarbon akan terbakar apabila bercampur dengan jumlah oksigen yang cukup. Oleh kerana kita tidak tahu jumlah sebenar udara dan Hidrokarbon didalam sesuatu kebocoran, adalah wajar kita menganggap setiap kebocoran akan mencetuskan kebakaran. Kita juga mesti menganggap persekitaran akan sentiasa membekalkan pencetus kepada kebakaran ini. Melalui ujikaji telah dibuktikan jika campuran gas yang terlalu sedikit dengan udara tidak akan menyebabkan kebakaran dan jika terlalu banyak juga tidak akan terbakar.'

Bagi sesebuah loji, kerja2 hotwork (HW) (welding,grinding dll) adalah perkara biasa dilakukan untuk memastikan kebolehpercayaan (reliability) dan kelangsungan sesuatu proses sentiasa berada pada tahap optimum. Namun kerja2 sebegini mempunyai resiko yang tinggi jika dijalankan pada ketika alatan masih beroperasi atau berdekatan bahan yang amat mudah terbakar. Tetapi pada persekitaran industri pemprosesan, pemberhentian satu unit atau keseluruhan unit bermakna menanggung kerugian. Jadi kerja2 HW ini adakalanya dilakukan dalam persekitaran yang yang merbahaya dengan beberapa syarat yang ketat, antaranya memastikan LEL kawasan yang bakal menempatkan HW tersebut. (Rujuk: http://sembangjuruteknik.blogspot.com/2009/04/safety-fire-watch-and-confine-space.html)

Bagi mereka yang baru menyertai loji kimia fahami kenapa dan mengapa perkara2 tersebut perlu dilakukan dan jangan mengambil mudah persekitaran kerja HW ini terutamanya LEL.

Satu kejadian kebakaran pernah berlaku disebuah loji (Rahsia) kerana sikap memandang rendah peraturan HW ini:

Begini,
Satu HW akan dilakukan pada platform ke 3 sebuah loji 4 tingkat Orang yang bertanggung jawab (Fire watch) untuk memastikan tempat kerja HW selamat ini telah melakukan pengujian LEL dan memastikan keselamatan tempat tersebut. Kemudian mamat Fire Watch ini telah meninggalkan kawasan jagaannya untuk ke tandas tanpa meminta rakan sekerjanya supaya menggantikannya sebentar. Kerja HW yang berlangsung menghasilkan percikan api yang jatuh ke platform bawah yang LELnya mencukupi (Bagi gas yang lebih berat dari udara ianya akan berada pada bahagian bawah) dan satu kebakaran besar berlaku mengakibatkan satu Packed Distillation Column hampir terbang ke Australia.

Ok,
Pada satu hari ada kerja HW (Grinding) yang perlu dilakukan dengan segera untuk memastikan loji tidak terhenti secara keseluruhan. Aku selaku penyelia syif waktu itu menugaskan Fire Watch (FW) untuk menguji kadar LEL kawasan terbabit. Beberapa minit kemudian FW tersebut memaklumkan melalui Walkie Talkie yang terdapat bacaan LEL pada kawasan tersebut. Pihak mekanikal mula mendesak kami untuk memulakan kerja supaya mematuhi jadual yang ditetapkan. Aku menghubungi Control Room (CR) dan meminta mereka memeriksa LEL bagi bahan kimia yang berkaitan didalam MSDS. Kemudian mendapat keputusan yang tiada nilai LEL didalam MSDS itu. Aku bergegas ke CR dan memeriksa MSDS itu sendiri. Dalam bahasa Malaysia, memang x ada LEL bos...aras rendah letupan. Aku kemudiannya menelefon penyelia syif yang sebelumnya untuk memastikan berapa bacaan pada syifnya, jawapannya kosong. Kemudian aku ketempat kejadian dan....bacaan pada meter sebenarnya menunjukan bacaan bagi CO (pada kadar yang rendah) LEL pada sebelah kiri kosong....Buang masa betul.





Membebel

Syukur pada Allah akhirnya bulan empat bakal berakhir dengan tenang dan ceria. Pertamanya aku telah berpindah kerumah baru dengan selamat dan bilik bacaan aku telah tersusun rapi meskipun ianya mengambil masa 2 minggu untuk aku susun dan atur agar indah pada pandangan mata aku. Keduanya loji aku telah berjaya proses start-upnya walaupun dengan 3 kali percubaan yang menyiksakan jiwa dan raga. kesibukan ini menyebabkan aku terlepas menghadiri tiga acara yang agak besar bagi aku, Kelantan Muay Thai Superfight, Kelayakan Contender Asia dan seminar kerambit.
Yang paling x best, kawasan rumah baru aku tidak terdapat tiang TM dan sekali gus aku terpaksa memotong talian Streamyx aku, yang aku paling bengang apabila pihak teknikal TM net mengesahkan tiada sambungan berdekatan rumah aku, keesokannya datang dua kontraktor mengatakan mereka boleh membuat sambungan kerumah aku. Kecil sungguh pengatahuan unit teknikal TM ni.
Kini aku bertukar kepada Celcom Broadband yang bernilai 98 ringgit yang kata mereka tanpa had dan pada ketika aku menulis pos kali ini kelajuannya telah dikurangkan kerana telah melebihi had yang mereka tetapkan....x best sungguh bagi pelayar tegar seperti aku. Kalaulah ada alternatif lain.


Rabu, 11 Mac 2009

PPSMI sememangnya mengarut.

Maka berdemonstrasilah orang melayu kerana Bahasa Melayu. Dengan jumlah kehadiran sewaktu demonstrasi tidak hairanlah buku terbitan berbahasa Melayu laris dipasaran, barangkali hasil pembelian penunjuk perasaan ini dan anak2 luar bandar yang sememangnya suka membaca bahan bacaan berbahasa Melayu ini.

Aku sebagai Jurutera juga bertuah kerana DBP telah menerbitkan ribuan bahan bacaan didalam BM yang aku begitu sanjungi. Perkataan Kelompang penukar haba dan bebuli basah sememangnya tidak asing lagi bagi pekerja Loji kimia macam aku.

Jadi kenapa perlunya PPSMI sedangkan para sarjana kita berlumba2 menerbitan buku dan artikel ilmiah didalam BM? Bangsa melayu itu sendiri sudah mampu berdiri dengan sendiri dan dihormati oleh bangsa lain dan iklan didalam akhbar di Negara Jepun ada menyatakan "Kelebihan berbahasa Melayu adalah satu kelebihan untuk jawatan ini".

Sebenarnya tak perlu PPSMI dan ini semuanya mengarut. Kalau betul-betul nak suruh anak2 Melayu mahir berbahasa Omputih, terbitkan URTV dan Mangga dalam BI atau untuk lebih cepat siarkan AF dalam BI tanpa subtitle.

Jadi aku amat berharap PPSMI tidak dilaksanakan biar Orang Melayu maju dengan acuannya sendiri. Che Det memang buat silap, x pikir dulu nasib orang melayu.

Ironinya:
Utusan Ahad, 1 Mac 09 m/s 20 bahagian Sastera Budaya.

"Mata pelajaran Sastera Melayu sudah tidak laku lagi dan sudah jadi mata pelajaran kelas 2. Pelajar2 yang mengambilnya adalah pelajar2 yang tercorot prestasi Akademiknya"

Aku rasa kita kena pertingkatkan lagi tunjuk perasaan untuk menarik minat anak2 bandar kembali kepada akar kita.

"Biar mati bangsa jangan mati Bahasa"

Jumaat, 6 Mac 2009

Pengenalan Kepada Loji Kima - 2

Ok,

Ini projek terbaru dari aku.

Sambungan kepada Buku pertama iaitu; Pengenalan kepada Loji Kimia 2

Kandungan:
  1. Cara Membaca P&ID
  2. Cara Membaca Isometric DWG
  3. Kimia asas: Pengoksidaan dan penurunan
  4. Mechanical Seal
  5. Kelompang Penukar Haba ( Heat Exchanger)
  6. Pengenalan kepada Sensor:
  • Aras
  • Suhu
  • Aliran
  • Tekanan
Jangkaan terbit pada bulan June.

Khamis, 26 Februari 2009

Keep It Simple Stupid3



Assalamualaikum, apakhabar semua? Kali ini aku akan kongsi satu persamaan yang mudah dan amat berguna didalam loji pemprosesan:
P = ρgh
P = Tekanan (Pressure) (N/m2)
ρ = Ketumpatan (Density) (Kg/m3)
g = Halaju Graviti (9.81 m/s)
h = ketinggian (meter)
persamaan amat berguna untuk korang mencari penyelesaian kepada masalah yang akan aku kemukakan dibawah.
(Rujuk Rajah Diatas)
1. Pam yang tidak berfungsi dengan baik karana aras column turun dengan perlahan Pelbagai cara telah digunakan seperti mencuci paip suction dan discharge untuk memastikan ianya tidak tersumbat. Tanda2 yang pam cavitate juga tidak kelihatan seperti bunyi bising dan Amp pula agak stabil biarpun rendah. Macam mana ya?
ü Pengiraan Level (Aras)
PI2-Pi1 = 40 mmHg
Density Hg 13600 (buku aku m/s 7)
Guna formula diatas = 5336.640N/m2 @ 0.0534 bar (rujuk buku aku m/s 5).
Jadi tekanan bendalir pada bahagian bawah Column adalah 5336.64N/m2. Kemudian kita cari ketinggian bendalir ini.
Lagi sekali guna formula diatas:
5336.640/(9.81 x 1200)
=0.45 meter
Jadi bagi level gauge yang HP ke LP leg dengan jumlah 0.5 Meter,
0.5m = 100%
Jika 0.45 m,
0.45/0.5 x 100%
= 90.7%
Macam mana pula dengan Pam?
NPSHR
Guna formula diatas
= 0.6 x 9.81 x 1200 (bendalir yang ditangani)
= 7063.2 N/m2 @ 0.07bar
NPSHA
= 1 x 9.81 x 1200
= 11772 N/m2 @ 0.12 bar

ü Kemungkinan:
PI1 dan 2 tersumbat
Katakan, PI 1 = 80 dan PI 2 = 95mmHg
= 95 – 80
= 15 mmHg
= 9.81 x 0.015 x 13600
= 2001.24 N/m2
Cari ketinggian,
= 2001.24/(9.81 x 1200)
=0.17 meter
Cari peratusan,
= 0.17/0.5 x 100%
= 34%
Katakanlah pada peratusan diatas NPSHR
lebih rendah dari NPSHA, tapi pam x cavitate.
ü Katakan komposisi bendalir berubah kerana proses Upstream yang terganggu; (Density = 1000)
= 5336.64 /(9.81 x 1000)
= 0.6 meter
Jika kita tukar kepada peratusan, ia menunjukan yang arasnya terlalu tinggi. Kemungkinan ke-2 lebih logik.
Pam,
NPSHA katakana h terkini = 1.3 meter
= 1.3 x 9.81 x 1000
= 0.13 bar (NPSHA > NPSHR) oleh sebab itu pam x cavitate cuma kerja kurang.

Ahad, 22 Februari 2009

Kecerdasan

Pada masa ini aku sedang menghabisan naskah bertajuk "Revolusi IQ.EQ.SQ, Karangan Taufik Pasiak". Sebenarnya buku ini agak berat untuk pemahaman aku pada kali pertama aku membacanya. Topik berkenaan otak dan kelebihannya terutama nama saintifik dan fungsinya begitu mencabar minda aku.
Melalui buku ini aku faham perbezaan antara Chuck Liddell (ahli sukan tempur), Eddie Vedder (pearl jam) dan Albert Einstein (ahli fizik) dan kenapa Asia Carrera yang IQ tinggi memilih kerjaya yang mencabar fizikalnya.Rerupanya setiap manusia mempunyai 7 kecerdasan yang digelar kecerdasan majmuk iaitu:
  1. Linguistik
  2. Matematik
  3. Visual
  4. Kinestatik
  5. Muzik
  6. Interpersonal
  7. Intrapersonal
Setiap dari kita mempunyai kelebihan salah satu dari tujuh unsur ini. Jika kita dapat kenal pasti yang mana satu kelebihan kita cuba manipulasi dan pertajamkan sepenuhnya. Oleh kerana itu nama2 yang aku sebutkan diatas berjaya dalam bidang masing2. Kita kadang2 keliru kerana pandangan masyarakat yang mengiktiraf kebijaksanaan itu melalui Matematik semata2, sehinggakan kecerdasan lain diabaikan dan akhirnya kita membiarkan bakat sebenar kita kerana mengejar kemahiran yang bukan menjadi kecerdasan kita.
Satu lagi, jika kecerdasan itu terlalu berlebihan ia sebenarnya menunjukan ketidak seimbangan didalam otak kita, oleh itu kesederhanaan adalah perkara utama kerana ke-7 kecerdasan itu adalah satu yang berada pada otak kita.
Jadi jika kita x power main badminton atau suara x sedap nak berkaraoke, masih ada 5 kecerdasan untuk kita terokai. Lagi satu kalau kita bijak Matematik jangan hina yang lemah kerana kecerdasan lain mereka lebih super dari kita.