Ini adalah artikel yang aku ambik dari laman web
http://www.fkkksa.utm.my/chem/index dan aku rasa ianya bagus sebagai info kepada sesiapa yang x tahu apa itu kejuruteraan kimia dan masa depannya.
Apakah dia bidang kejuruteraan kimia?
Kejuruteraan kimia adalah satu cabang profession kejuruteraan yang meliputi segala aktiviti serta proses untuk menghasilkan bahan yang berguna dari bahan mentah, atau untuk menambah nilai sesuatu bahan.
Mengapa perlu memilih kejuruteraan kimia?
Bidang kejuruteraan kimia mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan manusia. Ia memainkan peranan utama dalam memenuhi keperluan asas manusia serta memacu tamadun manusia yang kian bergantung kepada industri pemprosesan sebagai sumber kemajuan ekonomi serta tamadun sesebuah negara.
Keperluan asas manusia seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, kosmetik, bahan tekstil dan bahan-bahan binaan dari konkrit, plastik, getah, rayon dan fiber adalah produk yang telah di tambah nilai dari sumber bahan mentah melalui proses penghasilan yang berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan kimia.
Adakah jurutera kimia diperlukan di Malaysia?
Negara memerlukan seramai 29,000 jurutera kimia pada tahun 2010, menurut Datuk Rahmah Abu Kasim, Penasihat National Economic Action council (NEAC). Sehingga tahun 2000, jurutera kimia yang berkerja di Malaysia hanya berjumlah 2900 orang (The STAR, April 9, 2003). Di Malaysia, sebanyak 10 buah universiti menawarkan program kejuruteraan kimia (5 daripadanya berusia kurang dari 5 tahun, oleh itu belum menghasilkan graduan). Sehingga tahun 2006, UTM telah menghasilkan paling ramai graduan kejuruteraan kimia iaitu seramai 3900 orang sejak penubuhan jabatan kejuruteraan kimia UTM pada tahun 1983. Jika dianggarkan bahawa 4 institusi lain dan juga graduan jurutera kimia luar negara telah menghasilkan jumlah jurutera kimia yang sama banyak dengan jumlah yang dihasilkan oleh UTM, dengan anggaran 80% telah mendapat perkerjaan, maka jumlah jurutera kimia di Malaysia hanyalah dalam lingkungan 6000 hingga 7000 orang pada tahun 2007. Jumlah ini kurang dari 25% sasaran keperluan jurutera kimia di Malaysia. Oleh itu, prospek perkerjaan jurutera kimia di Malaysia amatlah luas berdasarkan permintaan semasa.