Begini;
Satu projek yang hampir sampai tempoh akhirnya.
oleh kerana tiada sistem pengurusan yang bagus, setiap bahagian paip yang keluar dari bengkel tidak dapat dikesan. Amat sukar untuk mencari semua bahagian yang terdapat didalam isometric drawing (ID) untuk dihantar kebahagian lain ( Sand Blasting-Redoxide painting) kemudian menjalankan ujian radioaktif. Jabatan pemprosesan telah mula membuat bising, kerana mereka menunggu satu paip yang siap spt yang terdapat didalam P&ID untuk ujian hydro dan flushing.
kemudian timbul idea dari seorang yang boleh dikatakan bijak;
Setiap bahagian paip yang lengkap spt ID dipasangkan terus kedalam kilang, kemudian ujian Radioaktif dilakukan, diikuti hidro test dan flushing. Oleh kerana ia kelihatan praktikal, idea itu terus diterima.
Fakta yang tidak diambil kira:
1. Bagi ujian radioaktif, bagi satu sumber berkuasa 8Ci; 30 meter radius harus dikosongkan. Bagi kilang yang berkeluasan sederhana hanya 2 sumber yang boleh beroperasi setiap malam, hanya selepas semua pekerja mekanikal berhenti. Setiap sambungan yang ingin diuji mengambil masa 1/2 jam untuk siap sepenuhnya.
2. Radioaktif test, tidak dapat dijalankan semasa waktu hujan kerana filemnya yang sensitif.
Semuanya menjadi lebih lambat, kerana apabila sesuatu paip itu telah dipasang didalam kilang, bahagian yang ingin diuji akan berada berhampiran. Jika ketika ia tidak dipasang, 10 bahagian sambungan boleh diuji setiap jam, didalam kilang hanya 2 bahagian bagi setiap jam.
Perpatah biar lambat asal selamat tidak relevan bagi projek yang bernilai 10 juta USD ini, kerana hanya sebulan lagi diperlukan untuk produk dikeluarkan.
Sebenarnya, tiada sesuatupun yang boleh dikatakan bijak, kerana ianya hadir bersama pengalaman. Saya percaya selepas ini, perkara ini tak akan berulang lagi dikilang tersebut, sesiapa yang melontarkan idea yang sama bakal dilebelkan bodoh oleh orang yang sama yang melontarkan idea tersebut 10 tahun yang lalu.
Apa yang penting, synergi pengalaman yang datang dari 10 orang yang kurang bijak lebih baik dari 1 idea yang dikatakan bijak dari pengalaman seorang lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan