Segalanya nampak mudah melalui formula:
Q = CeE(πD22)(√(2(P1-P2)/ρ)
Tetapi nilai yang aku perolehi tidak sama seperti yang dipaparkan oleh DCS, pihak instrument telah berulang kali menyatakan yang alatan mereka berfungsi dengan baik. Apabila aku meneliti kedua2 kadar aliran, aku dapati unitnya ada sedikit perbezaan. Apa yang aku dapat melalui formula diatas adalah m3/hr manakala apa yang dipaparkan di DCS pula Nm3/hr. Aku terkeliru sekejap, apa yang dimaksudkan dengan N didepan m3/hr itu. Jangan ketawa dulu...aku pernah mendengar seorang senior engineer memanggilnya nominal cubic meter dan seorang Process Technologists dari loji yang besar memanggil senticubic meter per hour untuk Sm3/hr.
Memang ia amat melucukan bagi mereka yang baru keluar dari Universiti(?) (banyak fresh yang ditemuduga x tahu), tetapi bagi mereka yang telah lama berkhidmat kadang kala perkara remeh bergini kerap terlepas pandang. Maklumlah kebanyakan perkara sebegini diberi kepada kontraktor atau jabatan Intrumentasi, atau memang kita melupakan perkara remeh dari satu bab termodinamik ini.
Apa bezanya?
bagi kes aku, setelah kebanyakan engineer (sr/jr) x mampu memberikan aku jawapan, aku terpaksa merujuk kepada Production manager aku.
Normal cubic meter diukur pada tekanan 1 bar dan 0 degree C manakala Standard cubic meter pada suhu 21@15 degree C dan tekanan 1 bar(juga dikenali STP/standard temperature pressure). Jadi kita terpaksa kembali kepada formula asas:
P1V1/T1 = P2V2/T2. (jangan lupa T dalam kelvin ok)
selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan