Jumaat, 2 November 2007

jurutera kimia



Ini adalah artikel yang aku ambik dari laman web http://www.fkkksa.utm.my/chem/index dan aku rasa ianya bagus sebagai info kepada sesiapa yang x tahu apa itu kejuruteraan kimia dan masa depannya.
Apakah dia bidang kejuruteraan kimia?

Kejuruteraan kimia adalah satu cabang profession kejuruteraan yang meliputi segala aktiviti serta proses untuk menghasilkan bahan yang berguna dari bahan mentah, atau untuk menambah nilai sesuatu bahan.

Mengapa perlu memilih kejuruteraan kimia?

Bidang kejuruteraan kimia mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan manusia. Ia memainkan peranan utama dalam memenuhi keperluan asas manusia serta memacu tamadun manusia yang kian bergantung kepada industri pemprosesan sebagai sumber kemajuan ekonomi serta tamadun sesebuah negara.

Keperluan asas manusia seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, kosmetik, bahan tekstil dan bahan-bahan binaan dari konkrit, plastik, getah, rayon dan fiber adalah produk yang telah di tambah nilai dari sumber bahan mentah melalui proses penghasilan yang berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan kimia.

Adakah jurutera kimia diperlukan di Malaysia?

Negara memerlukan seramai 29,000 jurutera kimia pada tahun 2010, menurut Datuk Rahmah Abu Kasim, Penasihat National Economic Action council (NEAC). Sehingga tahun 2000, jurutera kimia yang berkerja di Malaysia hanya berjumlah 2900 orang (The STAR, April 9, 2003). Di Malaysia, sebanyak 10 buah universiti menawarkan program kejuruteraan kimia (5 daripadanya berusia kurang dari 5 tahun, oleh itu belum menghasilkan graduan). Sehingga tahun 2006, UTM telah menghasilkan paling ramai graduan kejuruteraan kimia iaitu seramai 3900 orang sejak penubuhan jabatan kejuruteraan kimia UTM pada tahun 1983. Jika dianggarkan bahawa 4 institusi lain dan juga graduan jurutera kimia luar negara telah menghasilkan jumlah jurutera kimia yang sama banyak dengan jumlah yang dihasilkan oleh UTM, dengan anggaran 80% telah mendapat perkerjaan, maka jumlah jurutera kimia di Malaysia hanyalah dalam lingkungan 6000 hingga 7000 orang pada tahun 2007. Jumlah ini kurang dari 25% sasaran keperluan jurutera kimia di Malaysia. Oleh itu, prospek perkerjaan jurutera kimia di Malaysia amatlah luas berdasarkan permintaan semasa.


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jurutera electrical ada gak.....aku puas2..aku baca gak laman mung..mung kena berterima kasih sbb ada org melayu yg baca block mung..tahniah

Tanpa Nama berkata...

UTM?UPM mane?

Ibnu Ismail_77 berkata...

Universiti kat Malaysia ni semuanya sama, janji produk yang keluar tu boleh memberi kebaikan pada masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

so utk thun 2013 jrutera kimia msih lg dperlukn, right..
adakah sdikit susah utk perempuan bekerja dalam bdang ni??
ape kriteria yg pnting utk mndptkn pkerjaan ni??

Chemical Engineering Net berkata...

Salam King Hamid...

Hehe...lama pulak kita tak bersua...sorry aaa...

Anyway... Aku tertarik dgn petikan artikel ini terutama yang last sekali...Memang UTM ni byk betul student chemical engineering....

Satu batch dah beratus-ratus...termasuk chemical, gas, polimer, bioprocess. Petroleum engineering tu lain lah...

Anyway, memang aku boleh kata kualiti Chemical Engineering degree UTM yang terbaik lah...aku compare kan dengan degree aku sendiri di over sea dulu dan perbincangan dengan kawan-kawan dari universiti lain.

Tanpa Nama berkata...

So , market dia pun luas la erh ? N salaru dia pulak ? Huhu ..

Tanpa Nama berkata...

salam...saya juga graduan lulusan kejuruteraan kimia dari UTM (part time SPACE),saya grad pada mac 2011 tapi sampai sekarang saya masih belum dapat tawaran kerja..x tahu mana silapnya. CGPA alhamdulillah 2nd class upper..exp dulu pernah jd supervisor selama 5 thn..

Ibnu Ismail_77 berkata...

Assalamualaikum,

Pengalaman aku semasa menginterview calon2 jurutera ni:
1. Kalau boleh jangan kuat sengih
2. Penampilan meyakinkan dan kelihatan cepat untuk belajar
3. Jangan sombong sangat...mentang2la kelulusan super.
4. Tahu dan boleh bercerita tentang apa yang kita buat semasa Projek tahun akhir dan semasa latihan praktikal.

Kita tahu you all x de pengalaman oleh itu tunjukkan yang kita bersungguh2 dalam apa yang kita buat.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya seorang jurutera kimia. Pada pendapat saya, terlalu banyak criteria untuk menjadi seorang jurutera kimia yang diperlukan oleh company. Pengalaman kerja dan good pointer merupakan extra advantages yang boleh membuatkan anda demand high salary. Majikan juga melihat kepada self seseorang itu. Jurutera mesti strong softskills like communication, cooperation, teamworking, leadership, problem solver etc. Jurutera have their own “keperibadian”. Like brother Hammid cakap, jurutera x boleh sombong dgn knowledge yg ada. Tunjukkan 2 ways communication during the interview, shows your idea, contribution yg boleh u bg kt company and tunjuk yg u mmg komited dgn kerja. All the things u mesti prove, either dgn previous job or during study. Majikan not say NO to women cause I’m also a woman. I used study in bioprocess engineering. But I work in oil and gas industry. Nothings is impossible right? Good Luck to you

Tanpa Nama berkata...

salam semua...nak tnya yg berpengalaman...pointer untuk ambik chemical engineering brapa??..saya baru lepasan matrik..tolong bg information sikit :)

Tanpa Nama berkata...

Askom..sy ney br lpas spm..sy sbnr nyer da lame bercite2 nk jd jurutere kimia..tp sy tkut..sbb ramai kate yg kos ney susah......

Ibnu Ismail_77 berkata...

Salam, budak2 lepasan PMR akan tanya "betul tak aliran Sains ni susah?"
Setiap kali kita pandang kebelakang kita akan lihat setiap usaha dan tawakkal kita.
Pokok pangkalnya pada kita. Kalau DAH TAHU susah, kenapa masih ingin mencuba? carilah sesuatu yang lebih senang.

Nurul berkata...

Assalamualaikum.
Saya ini lepasan SPM tahun 2013. Saya ingin bertanya tentang jika saya mangambil diploma dalam bidang ini, adakah banyak peluang pekerjaan di dalam negara kita untuk jurusan ini? Kerja, jawatan, syarikat seperti apakah yang biasanya diperolehi dan boleh dimohon oleh lepasan grad. diploma dalam jurusan ini?
Saya ini masih keliru berkenaan berkenaan dengan perkara yang telah diujarkn di atas. Mohon pencerahan. Maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau tersilap tatabahasa.
Sekian dan salam.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

maaf ya, boleh tak kalau encik suggestkan tempat-tempat yang sesuai untuk pelajar ijazah kejuruteraan kimia buat praktikal. Saya pelajar ijazah kejuruteraan kimia tahun 3, akan menjalani latihan industri bulan 6 nanti selamat 3 bulan (30/6 - 5/9).

terima kasih.

bdak mentah berkata...

company-ii yg terlibat dlm kejuruteraan kimia ni byk x kat malaysia?

Tanpa Nama berkata...

Company 'Super Galvanising (M) Sdn Bhd' di rawang memerlukan seorang jurutera kimia..diploma atau degree..
berminat sila hubungi En Ali di talian 03-60914488 atau email ali@supergalv.com.my sementara kekosongan masih ada..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...anak saya mendapat tajaan MARA untuk buat Kejuruteraan Kimia di Heriot-Watt University Malaysia ....

Tanpa Nama berkata...

sy cadangkan awk prac kt platinum energy senawang.di sana ramai engineer yg hebat2 dlm process n calculation.critical process,slalu revamp,dan orgnye baik belaka.tq

Tanpa Nama berkata...

kos ni susa kalau math,kira2 lemah.buat Mangkuk tandas duduk pn pkai kire2.nk ambil kire density air,u-loop,density pepejal yg dilepaskan,berat,dan bagaimana cara nk kurang kn bau dr storage masuk semula ke dlm ruang tandas kita,ahirnye ke dalam rumah kita.sy sebenarnya kagum dengan jurutera kimia yg menjalankan kerjanye sebagai jurutera kimia.bukan hanya sekadar pangkat,degree sahaja.sudah ramai yg sy jumpa,apabila ditanyakn apakah pekerjaan awk,dijawab dgn sombong,sy chemical engineer.apabila diajukn soalan yg berkenaan,lalu mnjawab jawapan di luar soalan.jgn pusing cerita.tak tahu,cakap saja tak tahu.nt sy,ajarkan...jd lah engineer yg boleh merubah sesuatu,boleh mencipta sesuatu,untk kesenangan bersama,utk mncapai quality dan produktiviti asalkn tidak bertentangan dengan ajaran agama.jgn hanya sekadar nama saja engineer atw jurutera,lagaknya pn jurutera,tetapi di dlamnya apa pn tiada.bankitlah wahai bangsa malayu ku.,.,

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum . Chemical engineering better ka mechanical engineering better ? Minat math tapi hafal kurang . Perlukan pencerahan . Can someone tell me ?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.
saya lepasan diploma in science UiTM. Saya brminat dgn kos chemical engineering. saya nk minta pendapat, specialising manakah luas peluang kerja ? oil & gas atau biotechnology atau nanotechnology etc. ?
harap boleh bantu sy.

Tanpa Nama berkata...

Ada ambil stdent for industrial training x? Saya kos bioprcss eng..masih tercri2 tmpt l.i...

Unknown berkata...

assalamualaikum .
saya akan melanjutkan pelajaran pada bulan ini dalam kejuruteraan(kimia-gas) . saya ingin bertanya . adakah permintaan utk jurutera kimia-gas tinggi dan apakah peluang pekerjaan yg terdapat utk kos ini?