Ahad, 10 Ogos 2008

Fail to closed dan Air to Open



Dua hari lepas loji tempat aku kerja mengalami gangguan sistem instrumentasi yang mengakibatkan loji teraktif sistem interlock sekaligus terhenti dengan sendirinya. Kemudian terdapat beberapa perkara berlaku apabila usaha pemulihan berlaku tangki menjadi penuh, sistem BFW terganggu dan beberapa injap berada dalam keadaan yang bukannya sepatutnya semasa operasi.
Sebenarnya sebelum Loji-Loji moden wujud seperti hari ini, pelbagai kemalangan dan kerosakan telah dialami. Belajar dari pengalaman, beberapa perkara diambil kira untuk memastikan keselamatan dan kelangsungan operasi. Antara perkara yang sering dititik beratkan sebelum sesuatu proses atau alatan dioperasikan adalah kajian keselamatan seperti HAZOP.

Bagi sesebuah Control Valve, Actuator (rujuk buku aku m/s42) adalah mekanisma penggerak sesebuah injap yang menggunakan udara (Instrument Air) untuk menolak Spring didalamnya bagi membolehkan injap terbuka atau tertutup.
Oleh kerana fungsi injap adalah mengawal kadar aliran, arah aliran dan tekanan, adalah amat perlu bagi sesuatu injap kawalan mempunyai mekanisma yang tersendiri yang mampu menangani keadaan kegagalan sumber Instrument Air (Compressor). Bagi kuasa mampatan udara untuk membuka injap ianya dikenali sebakai Air to Open atau kegagalan udara akan menjadikan injap tertutup iaitu Air fail to Close. Jika Udara digunakan untuk menutup injap ianya dikenali sebagai Air to Close dan kegagalan udara pula menjadikan Air Fail to Open.
Sebagai contoh, lihat gambar yang aku lukis diatas:
Katakan tangki diatas pada suatu masa mesti mempunyai aras bendalir melebihi 50% sebagai bekalan untuk Suction Head pam. Apabila berlaku kegagalan Kompresor, injap Inlet akan bertukar kepada kawalan manual dan terbuka 100% manakala injap Outlet akan menjadi Manual dan tertutup sepenuhnya. Ini bagi memastikan aras cecair berada dalam keadaan selamat iaitu melebihi 50% bagi menjamin keselamatan pam.
Dalam P&ID biasanya FC atau FO akan dicatatkan dibawah sesebuah injap kawalan untuk memudahkan proses Trouble shooting.

Ralat 2

Perhatian kepada pembeli buku aku, bagi edisi cetakan ke-3 terdapat kesalahan muka surat iaitu:
46-47 yang disusun 47-46. Harap maklum.

Selasa, 29 Julai 2008

Komunikasi

Sekarang loji tempat aku kerja telah berubah wajah, berubah dalam erti kata staf baru menggantikan staf lama yang telah pergi ke loji lain. Bebanan kepada staf lama macam aku dan teman-teman seperjuangan agak berat, syukur kepada Allah, loji buat masa ni beroperasi dalam keadaan normal (meskipun blower dah nak tunggu masa nak surging).
Aku bukan nak bercerita pasal kehebatan loji aku tetapi perihal bebudak baru yang mati kutu apabila masuk keje. Nampak keinginan nak tanya soalan tetapi sekadar tersengih, takut keluar soalan bodoh agaknya. Sebenarnya tak x susah, asasnya adalah komunikasi.
Kalau orang melayu, tok- nenek kita ajar kalu masuk hutan bagi salam dulu dan tabik hormat kat penunggu. Begitu jugak kat loji, perkenalkan diri kat staf yang dah lama keje kat situ. Sifat rendah diri amat perlu kerana kat loji ada penunggu jugak iaitu sifat ego orang lama.
Janganlah kerana jawatan kamu jurutera kamu nak berlagak dengan yang berpangkat juruteknik, padahal dia dah 15 tahun berpengalaman. Kita kena ingat nanti kita akan bekerja berkumpulan dan ada kebanyakan perkara adalah berdasarkan pengalaman orang lama bukannya teori buku.
Sebagai contoh Distillation Column, aku boleh kata 90% fresh Engineer tahu cara nak kira tray dan Minimum Reflux Ratio tetapi berapa ramai tahu cara nak baiki performance Column kalau dia Flooding ataupun paling busuk Bottom Temperature naik mendadak.
Dah perkenal diri kemudian rajin-rajinlah cari P&ID dan SOP, buat sementara waktu ( masa rehat) cuba duduk kat Control Room (minta izin dulu) dan tengok bagaimana loji beroperasi. Ada kemusykilan catat dalam buku nota dan cuba cari dari rujukan kemudian bertanyalah dengan nada bertanya bukan menduga kepada staf yang lama.
Bagi yang dah ada pengalaman kat kilang lain pulak, jangan nak berlagak sangat. Tahulah berpengalaman tapi kat kilang kamu yang dulu, sini lain bosss...! nanti kena pulau baru tahu.

Ahad, 20 Julai 2008

Ralat

Terima kasih kepada pembeli yang memberi beberapa komen yang membina, berikut pembetulan yang aku buat dalam cetakan kedua:

m/s 27:

Tambahan no8. bagi tajuk PFD tidak mengandungi:

8. Process control instrumentation (sensors dan final elements)

m/s 29:

Jadi:

1. Kalau nak terangkan arah aliran loji secara kasar buat BFD

2. Kalau nak tengok parameter proses dan alatan terlibat rujuk PFD

3. Kalau nak memahami keadaan sebenar loji rujuk P&ID

4. Kalau nak melakukan kerja pemasangan paip rujuk lukisan ISOMETRIK

5. Kalau nak tahu secara terperinci pasal loji dan alatan rujuk:

5.1. Lukisan GA (General Arrangement) untuk melihat keadaan alatan dari pandangan atas (Bird view)

5.2. MDS (Mechanical Datasheet) untuk mengetahui parameter mekanikal

5.3. Lukisan Nozzle Orientation untuk melihat kedudukan inlet dan outlet alatan.

m/s 47 :


Head merupakan satu faktor penting bagi sesebuah pump, ia adalah ukuran bagi tekanan (Pressure). Apabila bendalir itu tidak mengalir Head diukur berdasarkan ketinggian bendalir itu. Sebagai contoh, tangki 1 diatas mempunyai aras bendalir sebanyak 20 feet, oleh kerana bendalir itu dalam keadaan statik (tidak bergerak) ianya boleh dinyatakan yangstatic head pada bahagian bawah tangki 1 ialah 20 ft. (head boleh ditukarkan kebentuk pressure dengan persamaan P = ρgh). Apabila bendalir telah bergerak ia digelar Dynamic, panggilan Suction head dan Discharge head kini adalah Dynamic suction head dan Dynamic discharge head.

(Walaubagaimanapun istilah Head sering kali mewakili Discharge bagi Pump)

Suction head menyediakan tekanan secukupnya untuk bendalir memasuki pump. Bagi membenarkan bendalir melalui pump, Suction head dan daya yang dikenakan oleh pump untuk menggerakan bendalir mesti lebih tinggi dari Discharge head.

Apabila Suction head berkurangan dari yang ditetapkan untuk satu sistem pump, bendalir yang sedang dipam akan bertukar kepada wap. Keadaan ini dikenali sebagai Cavitation, iaitu penghasilan gas yang terperangkap didalam pump semasa operasi, keadaan ini akan mendatangkan kerosakan yang teruk kepada komponen pump. Net Positive Suction Head (NPSH) adalah parameter yang digunakan untuk mengambarkan keperluan tekanan kepada Suction Pump ini.

Harap maaf bagi kesalahan yang berlaku.

Rabu, 16 Julai 2008

Buku pasal Pam Empar



Syukur kepada Allah kerana setelah beberapa bulan bertungkus lumus akhirnya naskah pertama buku terjemahan berjaya aku terbitkan.
Kalau korang ada baca artikel dari blog aku ni yang lepas2 korang akan terbaca satu artikel bertajuk "Bahasa Malaysia". Dalam artikel tu aku ada menyatakan perihal penerbitan bersifat ilmu (kejuruteraan) yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu yang membuatkan seluruh pembaca berbangsa melayu kepeningan. Bertitik tolak dari situ aku bercita2 untuk menerbitkan satu bentuk penterjemahan yang aku rasakan sepatutnya dibuat.
Akhirnya lahirlah "Pengenalan kepada Loji Kimia bhg.1" dan sekali gus membuktikan yang aku bukan sekadar pandai mengkritik:

Isi Kandungan:
Tajuk
1. Unit Asas
1.1. Jarak
1.2. Luas
1.3. Isipadu
1.4. Berat
1.5. Tekanan
1.6. Suhu
1.7. Contoh penukaran unit
2. Spesifik Graviti beberapa unsure dan cara pengiraan ketumpatan
3. Pekali dan cara penukarannya
4. MSDS
4.1. Bahaya kebakaran dan letupan
5. Kimia asas
5.1. Susunan atom unsur
5.2. Formula am sebatian organik
5.3. Jadual berkala
5.4. Contoh membaca jadual berkala
5.5. Siri kereaktifan kimia
6. Lukisan kejuruteraan dan MOC
6.1. BFD
6.2. PFD
6.3. P&ID
6.4. Lukisan isometrik
6.5. MOC
7. Pengenalan kepada alatan loji
7.1. Injap (Valve)
7.2. Hammering
8. Pam (Pump)
8.1. Pam Empar (Centrifugal Pump)
8.2. Mengawal kapasiti aliran discharge
8.3. Pam Pemindahan Positif (Positive Displacement)
8.4. Alat sokongan Pump
8.5. Cavitation
9. Petua
Rujukan:
1. Stanley m.Walas, Chemical Process Equipment (Selection and design)
2. C. Branan, Rule Of Thumb for Chemical Engineering
3. Perry, Perry’s Chemical Engineering Handbook
4. Artikel dari Chemical Engineering Magazine
5. Bahan – bahan dari Internet; www.engineeringtoolbox.com, www.cheresources.com dan www.eng-tips.com
70 m/s kesemuanya dan pada harga rm 15.

Pada hari pertama 9 naskah telah terjual (aku x pasti kenapa diorang beli, samada segan dgn aku ataupun memang buku aku berkualiti) dan target aku ialah 100 naskah.
terima kasih buat 9 pelanggan pertama aku:
  1. Zainal
  2. Syafie
  3. Hanif
  4. Abang Hamzan
  5. Rozik
  6. Kawan Rozik?
  7. Roslin
  8. Hizam
  9. Azmi
Aku doakan semoga kamu semua murah rezeki.

Rabu, 2 Julai 2008

KISS - 2

Aku teringat satu cerita yang aku rasakan amat bersesuaian dengan konsep Keep It Simple Stupid ini, Cerita ni aku baca kat satu majalah:

Satu waktu dahulu para Angkasawan US menghadapi masalah untuk merekod data dan maklumat kerana Pen yang sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik kerana masalah ketiadaan Graviti. Setelah mengambil masa bertahun-tahun hasil sinergi saintis dan perbelanjaan yang besar satu Pen Super dihasilkan.
Apabila kejatuhan empayar Soviet, satu lawatan muhibah diadakan oleh saintis dari USA ke atas saintis Russia. Antara persoalan yang di tanya oleh saintis USA adalah berkenaan dengan Pen diangkasa lepas. Jawapan saintis Russia agak mudah "kami guna pensil!"


Selasa, 17 Jun 2008

Berhenti Sejenak

Semalam aku menghadiri satu kursus yang dianjurkan oleh majikan aku, tajuk dia x berapa nak membuka selera aku; Labour Law. Kalu ikutkan hati x mahu aku nak pegi, apakan daya aku hanya serangga dah diwajibkan pulak. Penceramah semalam adalah wakil majikan dan banyak perkara2 yang diceritakan adalah cara2 majikan nak menghadapi pekerja yang bermasalah. Dua tahun lepas Penceramahnya banyak bercerita pasal hak2 pekerja dan ianya seperti satu duit syiling, dua muka yang berbeza.
Aku bukan nak komen lebih2 pasal ni, pasal ia bukan bidang aku. Apa yang aku tulis sekejap lagi adalah pandangan mata aku terhadap dunia yang rata2 berbentuk Kapitalisme ini. Kapitalisme mengikut wikipedia adalah:

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan secara individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis oleh itu berdasarkan kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme. Kapitalisme berasal dari perkataan kapital yang bermaksud "modal".

Amalan ekonomi kapitalis menjadi kukuh di England antara kurun ke-16 Masehi dan 19 Masehi. Walau bagaimana pun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lain terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan[1]. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme.[1]. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, ia adalah sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era perindustrian[2].

(Korang boleh rujuk wikipedia untuk lebih lanjut)

Bagi aku hubungan majikan (pemilik mutlak bukan taraf pekerja) dan pekerja rata2 seperti hubungan antara Eugene Krab, Sponge Bob dan Squidward yang memajukan Krusty Krab. Bagi En. Krabs apa yang dipentingkannya adalah "bercinta dengan duit" dan melakukan apa sahaja selagi mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Tanpa memikirkan apa keperluan kemanusiaan pekerja selagi 1/10 dari keuntungan dikongsi dengan pekerja. Bagi Sponge Bob seorang pekerja yang berdidikasi kecintaannya kepada pekerjaannya mengatasi apa halangan yang dilakukan majikan wa'ima bekerja 24 jam. Bagi Squikward lapan jam adalah tempoh penuh penyiksaan dan ketika majikan tiada dia beraja dimata bersultan dihati.

Kemudian bagi meredakan hubungan ini untuk situasi menang2; undang2 Buruh digubal yang pada dasarnya untuk kepentingan bersama? untuk tiada majikan yang haloba, pekerja yang teriniaya serta yang nakal (istilah pensyarah). Kemudian atas dasar apa untuk kita berpakat mengatakan ianya satu undang2 menang2 kepada kedua pihak? Bukankah pemberi modal berhak berkata "ini wang aku dan aku tiada niat untuk bersedekah" atau "Nah ambil duit ini dan lakukan sesuatu yang menguntungkan aku, jika kamu merasakan ianya terlalu berat nyah kamu dari sini" dan siapa kita yang tiada bermodal ini untuk berkata ini zalim? adakah satu lembaran buku undang2 buruh (yang mengambil istilah dari demokrasi barat) dapat mengatasi wang yang berjumlah jutaan ringgit? jika kita rujuk tulisan Darwin; origin of the species kita akan sedar siapa kuat dia akan terus hidup dan berevolusi.

Beruntungnya kita kerana kita beragama Islam dan kita percaya rezeki adalah ketentuan Allah dan kerja adalah satu amanah (walaupun kekadang merungut). Kita percaya Kada' dan kadar iaitu bila dan berapa telah ditetapkan menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan rezeki pemberian Allah. Konsep amanah yang menerapkan nilai menetapkan sesuatu pada tempatnya menjauhkan kita dari sifat Squikward dan en. Krab. Ini merupakan satu ubat bagi orang islam yang bekerja dalam sistem Kapitalisme dan kita kan sentiasa memerlukannya selagi umat islam gagal menguasai ekonomi dunia. (ada satu alternatif lagi, join group Skin Head)

Bagi aku undang2 buruh tidak lebih dari gula yang menjadi tarikan bagi kanak2 untuk melakukan kerja. Pada hakikatnya pemberi modal akan terus menang, memanipulasi dan berhak menarik modal bila2 masa sahaja. Siapa nak rugi.......