Ahad, 10 Ogos 2008

Fail to closed dan Air to Open



Dua hari lepas loji tempat aku kerja mengalami gangguan sistem instrumentasi yang mengakibatkan loji teraktif sistem interlock sekaligus terhenti dengan sendirinya. Kemudian terdapat beberapa perkara berlaku apabila usaha pemulihan berlaku tangki menjadi penuh, sistem BFW terganggu dan beberapa injap berada dalam keadaan yang bukannya sepatutnya semasa operasi.
Sebenarnya sebelum Loji-Loji moden wujud seperti hari ini, pelbagai kemalangan dan kerosakan telah dialami. Belajar dari pengalaman, beberapa perkara diambil kira untuk memastikan keselamatan dan kelangsungan operasi. Antara perkara yang sering dititik beratkan sebelum sesuatu proses atau alatan dioperasikan adalah kajian keselamatan seperti HAZOP.

Bagi sesebuah Control Valve, Actuator (rujuk buku aku m/s42) adalah mekanisma penggerak sesebuah injap yang menggunakan udara (Instrument Air) untuk menolak Spring didalamnya bagi membolehkan injap terbuka atau tertutup.
Oleh kerana fungsi injap adalah mengawal kadar aliran, arah aliran dan tekanan, adalah amat perlu bagi sesuatu injap kawalan mempunyai mekanisma yang tersendiri yang mampu menangani keadaan kegagalan sumber Instrument Air (Compressor). Bagi kuasa mampatan udara untuk membuka injap ianya dikenali sebakai Air to Open atau kegagalan udara akan menjadikan injap tertutup iaitu Air fail to Close. Jika Udara digunakan untuk menutup injap ianya dikenali sebagai Air to Close dan kegagalan udara pula menjadikan Air Fail to Open.
Sebagai contoh, lihat gambar yang aku lukis diatas:
Katakan tangki diatas pada suatu masa mesti mempunyai aras bendalir melebihi 50% sebagai bekalan untuk Suction Head pam. Apabila berlaku kegagalan Kompresor, injap Inlet akan bertukar kepada kawalan manual dan terbuka 100% manakala injap Outlet akan menjadi Manual dan tertutup sepenuhnya. Ini bagi memastikan aras cecair berada dalam keadaan selamat iaitu melebihi 50% bagi menjamin keselamatan pam.
Dalam P&ID biasanya FC atau FO akan dicatatkan dibawah sesebuah injap kawalan untuk memudahkan proses Trouble shooting.

Tiada ulasan: