Aku bukan nak komen lebih2 pasal ni, pasal ia bukan bidang aku. Apa yang aku tulis sekejap lagi adalah pandangan mata aku terhadap dunia yang rata2 berbentuk Kapitalisme ini. Kapitalisme mengikut wikipedia adalah:
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan secara individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis oleh itu berdasarkan kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme. Kapitalisme berasal dari perkataan kapital yang bermaksud "modal".
Amalan ekonomi kapitalis menjadi kukuh di England antara kurun ke-16 Masehi dan 19 Masehi. Walau bagaimana pun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lain terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan[1]. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme.[1]. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, ia adalah sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era perindustrian[2].
(Korang boleh rujuk wikipedia untuk lebih lanjut)
Kemudian bagi meredakan hubungan ini untuk situasi menang2; undang2 Buruh digubal yang pada dasarnya untuk kepentingan bersama? untuk tiada majikan yang haloba, pekerja yang teriniaya serta yang nakal (istilah pensyarah). Kemudian atas dasar apa untuk kita berpakat mengatakan ianya satu undang2 menang2 kepada kedua pihak? Bukankah pemberi modal berhak berkata "ini wang aku dan aku tiada niat untuk bersedekah" atau "Nah ambil duit ini dan lakukan sesuatu yang menguntungkan aku, jika kamu merasakan ianya terlalu berat nyah kamu dari sini" dan siapa kita yang tiada bermodal ini untuk berkata ini zalim? adakah satu lembaran buku undang2 buruh (yang mengambil istilah dari demokrasi barat) dapat mengatasi wang yang berjumlah jutaan ringgit? jika kita rujuk tulisan Darwin; origin of the species kita akan sedar siapa kuat dia akan terus hidup dan berevolusi.
Beruntungnya kita kerana kita beragama Islam dan kita percaya rezeki adalah ketentuan Allah dan kerja adalah satu amanah (walaupun kekadang merungut). Kita percaya Kada' dan kadar iaitu bila dan berapa telah ditetapkan menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan rezeki pemberian Allah. Konsep amanah yang menerapkan nilai menetapkan sesuatu pada tempatnya menjauhkan kita dari sifat Squikward dan en. Krab. Ini merupakan satu ubat bagi orang islam yang bekerja dalam sistem Kapitalisme dan kita kan sentiasa memerlukannya selagi umat islam gagal menguasai ekonomi dunia. (ada satu alternatif lagi, join group Skin Head)
Bagi aku undang2 buruh tidak lebih dari gula yang menjadi tarikan bagi kanak2 untuk melakukan kerja. Pada hakikatnya pemberi modal akan terus menang, memanipulasi dan berhak menarik modal bila2 masa sahaja. Siapa nak rugi.......
2 ulasan:
Lucky u Sponge Bob....
Kejayaan Mesti Ada Pengorbanan
Kejayaan milik setiap mereka yang berusaha. Dalam
proses itu, Anda kena sedia berkorban dari segi
kewangan, tenaga dan masa. Anda terpaksa menelan
kata-kata yang perit dari orang disekeliling
Anda yang "tak bersetuju" dengan kegigihan Anda.
Orang-orang berjaya membuat pengorbanan yang cukup
besar walaupun mereka tak mendedahkannya kepada
umum. Irfan Khairi sanggup mengorbankan waktu tidur
8 jam (dan hanya tidur 3-4 jam saja) semata-mata
mahu mempromosikan perniagaan Internetnya dengan
lebih giat lagi. Bagi saya, keseronokan berjalan-jalan,
menonton wayangdan shopping kena tiggalkan dulu
sebab saya kena luangkan waktu untuk mempromosi blog saya
Catat Ulasan