Selasa, 29 Julai 2008

Komunikasi

Sekarang loji tempat aku kerja telah berubah wajah, berubah dalam erti kata staf baru menggantikan staf lama yang telah pergi ke loji lain. Bebanan kepada staf lama macam aku dan teman-teman seperjuangan agak berat, syukur kepada Allah, loji buat masa ni beroperasi dalam keadaan normal (meskipun blower dah nak tunggu masa nak surging).
Aku bukan nak bercerita pasal kehebatan loji aku tetapi perihal bebudak baru yang mati kutu apabila masuk keje. Nampak keinginan nak tanya soalan tetapi sekadar tersengih, takut keluar soalan bodoh agaknya. Sebenarnya tak x susah, asasnya adalah komunikasi.
Kalau orang melayu, tok- nenek kita ajar kalu masuk hutan bagi salam dulu dan tabik hormat kat penunggu. Begitu jugak kat loji, perkenalkan diri kat staf yang dah lama keje kat situ. Sifat rendah diri amat perlu kerana kat loji ada penunggu jugak iaitu sifat ego orang lama.
Janganlah kerana jawatan kamu jurutera kamu nak berlagak dengan yang berpangkat juruteknik, padahal dia dah 15 tahun berpengalaman. Kita kena ingat nanti kita akan bekerja berkumpulan dan ada kebanyakan perkara adalah berdasarkan pengalaman orang lama bukannya teori buku.
Sebagai contoh Distillation Column, aku boleh kata 90% fresh Engineer tahu cara nak kira tray dan Minimum Reflux Ratio tetapi berapa ramai tahu cara nak baiki performance Column kalau dia Flooding ataupun paling busuk Bottom Temperature naik mendadak.
Dah perkenal diri kemudian rajin-rajinlah cari P&ID dan SOP, buat sementara waktu ( masa rehat) cuba duduk kat Control Room (minta izin dulu) dan tengok bagaimana loji beroperasi. Ada kemusykilan catat dalam buku nota dan cuba cari dari rujukan kemudian bertanyalah dengan nada bertanya bukan menduga kepada staf yang lama.
Bagi yang dah ada pengalaman kat kilang lain pulak, jangan nak berlagak sangat. Tahulah berpengalaman tapi kat kilang kamu yang dulu, sini lain bosss...! nanti kena pulau baru tahu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa salahnye buang sifat ego tu,x semestinya org lama (ayam lama)tau semuanya,kalau exp 15 tahun pun,tp 10 tahun dihabiskan dengan tidur dan sembang kosong disebabkan loji beroperasi dalam keadaan normal, apa sangat lah nk dibanggakan dengan title "ayam lama" tu....

Tanpa Nama berkata...

Jangan silap, orang tua yang pemalas pun paling busuk pernah tengok dan tahu bagaimana keadaan keadaan budak kembung...orang bujang yang baru masuk alam perkahwinan belum tentu tahu...hormatilah orang lama.