Isnin, 28 April 2008

Sinikal

Nampaknya musim penghijrahan telah bermula, segalanya kerana faktor asia barat. Panggilan Qatar, UAE dan Sudan menggamit pekerja syarikat gergasi kat Malaysia. Hasilnya dapatlah orang yang tak terpilih pada asalnya merasa kerja kat Loji yang berprestij.

Kat loji aku sekarang ni pekerja macam biskut, kejap ada kejap dah x de, tahu2 dah kat Petronas. Kadang2 orang yang tak dapat berhijrah macam aku ni terasa jugak bahangnya. Terasa macam kena tinggal je kat member2 yang dapat pergi kat loji yang besar dan hebat(?). Yang paling hebat tekanannya apabila junior kita pakat dapat berhijrah padahal sama2 hantar resume. Berat tekanan sampai safety valve kat otak aku macam nak popping dan paling parah rupture disk kepala aku nak terkoyak kerana aku adalah pekerja taraf engineer yang masih terperangkap kat sini(?).

Aku kadang2 memujuk hati aku dengan meminjam kata2 Dr. Fadhilah Kamsah "anda bukan gagal tetapi belum berjaya". Semalam (27 hb april 08) aku terbaca artikel kat Utusan Malaysia, rencana tentang bertapa sukarnya untuk para graduan mendapat kerja sekarang ni. Terubatlah sedikit hati aku, sekurang2 nya aku bukan tergolong dalam golongan yang bakal tertangkap kat luar negara kerana membawa bagasi demi upah yang lumayan.

Sewaktu kecil aku selalu mendengar cerita perihal anjing dan bayang2nya. Pengajaran cerita itu mudah dan ringkas dan sekarang aku rasa ia lebih jelas. Kenapa aku harus bersedih dan tertekan padahal aku adalah orang yang bernasib baik kerana terus mendapat kerja selepas bergraduasi. Loji ini lah yang telah mengambil aku dan memberi pengalaman sehingga aku paling bodoh pun tahu mana suction dan discharge pam. Sekarang apabila aku masih berada disini dan tanpa apa alasan yang munasabah aku terasa tertekan kerana terperangkap disini, agak kejam bukan? Sebagai melayu aku telah diajar "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung" .

Pada keadaan semua barang keperluan naik harga ni x salah rasanya aku e-mail resume aku kat kompeni lain, nak tengok nilai pasaran aku. Apa yang pasti x de orang yang akan memberi bayaran tinggi untuk kerja ringan kan? Kesimpulannya bersyukurlah.

Ahad, 13 April 2008

Deria Merasa Akal Mentafsir

Dalam realiti pengurusan loji kimia kerosakkan besar peralatan atau sesuatu proses biasanya tidak berlaku dengan serta merta. Ianya telah menunjukkan tanda2 awal dan seringkali diabaikan sehinggalah kegagalan yang besar dapat dilihat. Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, kita tidak memerlukan peralatan canggih untuk mengesan tanda2 awalnya. Cukuplah dengan deria yang telah dikurniakan kepada kita. Dengan melakukan pemeriksaan rutin dikawasan yang telah diberikan kepada kita dengan tekun dan amanah, kita semestinya telah terbiasa dengan keadaan persekitaran sesuatu alat atau proses. Sebarang kejanggalan yang dapat dikesan oleh penglihatan, bau dan pendengaran menunjukkan terdapat sesuatu yang mengganggu peralatan atau proses tersebut. Kemudian fungsi akal (semestinya disertai dengan ilmu) pula untuk mentafsir impak dan bagaimana untuk mengatasinya. Seperti kebocoran pada steam tracing, ianya satu tanda kecil sebelum keseluruhan sistem terpaksa diberhentikan kerana paip tersumbat.

Jumaat, 28 Mac 2008

Kata Orang

"Penyelesaian bagi sesuatu masalah dalam pemprosesan tidak akan selesai jika kita hanya duduk dimeja, tetapi dengan pergi kedalam loji dan melakukan pemeriksaan serta penilaian data"
-Brian Albert- EXXON Mobil Research and Engineering-

Isnin, 25 Februari 2008

Steam Ejector



Dalam loji pemprosesan kimia, Suhu dan tekanan akan dimanipulasi sebaik mungkin untuk mendapatkan produk akhir yang berkualiti dan pada masa yang sama menjimatkan masa, tenaga dan kos pengeluaran.
Pengoperasian secara Vacuum adalah antara contoh terbaik yang boleh kita lihat dalam kontek memanipulasi suhu dan tekanan. Apabila tekanan diturunkan secara automatik suhu sesuatu bahan juga akan berkurangan dan ini akan menjimatkan kos utiliti ( steam dan cooling water) dan operasi (biasanya) pengasingan bahan (khususnya cecair) akan berlaku dengan lebih cepat dan pada suhu yang lebih rendah.
Antara kelebihan pengoperasian secara Vacuum:
  1. Meningkatkan kadar tindak balas.
  2. Amat sesuai bagi proses yang melibatkan bahan yang sensitif pada suhu yang tinggi.
  3. Pemindahan haba lebih bagus.
  4. Produk akhir yang lebih tulen.
Antara cara yang popular dalam menyediakan persekitaran Vacuum didalam proses ialah penggunaan Vacuum Pump dan Steam Ejector. Kebanyakan loji yang mempunyai bekalan steam yang mencukupi akan memilih Ejector sebagai pilihan utama ini kerana:
  1. Ianya lebih mudah dioperasikan.
  2. Penyelenggaraan yang mudah.
  3. Lebih berkesan.
Ejector tidak mempunyai bahagian dalaman yang komplek seperti Vacuum Pump dan biasanya tidak memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Oleh kerana sifatnya yang sebegitu, apabila berlaku permasalah yang melibatkan Ejector ianya mengambil masa yang lama untuk dipulihkan kerana rekod penyelenggaraan yang bersih sebelum ini.

Mengikut saranan Mr. Norman Diegnan (Keep Ejector Online; Chemical Engineering Magazine 1992) antara beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa proses Trouble Shooting bagi permasalahan Ejector sebelum keperingkat seterusnya iaitu memeriksa bahagian dalaman sistem, antaranya ialah:
  1. Gauge (Tolok) yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik.
  2. Steam dan Air (cooling) yang digunakan mestilah mengikut apa yang disarankan oleh pengeluar.
  3. Beban proses yang dikendalikan oleh Ejector.
Ejector merupakan alatan yang statik dan sebarang permasalahan yang timbul biasanya disebabkan pengoperasian dibawah nilai yang disarankan oleh pengeluar.

Selasa, 19 Februari 2008

KISS



Akibat:
Feed kereaktor terpaksa dikurangkan kerana discharge pipe produk dari Pump 1 telah tersumbat dengan teruk. Masalah ini menyebabkan simpanan produk berkurangan sedangkan permintaan dari pelanggan sedang meningkat. Masalah ini juga telah menyebabkan 3 syift terpaksa bekerja keras untuk memastikan produk boleh dihantar kembali ke tangki simpanan.

Simptom:
1) 2 hari sebelum kejadian, bacaan PI pada keseluruhan sistem menunjukkan kenaikan yang mendadak dan inlet Scrubber berkemungkinan telah tersumbat.
2) Sehari sebelum kejadian, juruteknik melaporkan keadaan fizikal produk yang berbeza berbanding dengan keadaan normal. Laporan dari makmal QA menunjukkan peningkatan ketara peratusan air didalam produk.
3) Pada hari kejadian, pipe tersumbat dengan teruk dan terus tersumbat biarpun telah dipastikan telah dicuci dengan bersungguh2 apabila pump dihidupkan beberapa minit.
4) LI Scrubber menunjukkan kenaikan meskipun Proses water telah ditutup.

Langkah penyelesaian yang diambil:
1) Suhu Warm water dinaikan supaya pembekuan produk dapat dilambatkan.
2) Terdapat kebocoran pada Gas cooler atau Condenser dan akan ditangani semasa Shut down yang akan datang.

Masalah sebenar:
Hot water yang dibuka pada inlet Scrubber untuk melawaskan aliran gas yang disyaki menyebabkan kenaikan tekanan sistem lupa ditutup dan telah melimpah ke Cyclone.

Komen:
Dalam realiti kilang pemprosesan, masalah sebegini sering berlaku dan kegagalan mencari sumber permasalahan sebenar menyebabkan kelewatan penerimaan produk akhir. Rentetan peristiwa yang kelihatan tidak berkaitan sering diabaikan dalam mencari penyelesaian, seringkali perkara2 yang kritikal dipertanggungjawabkan seperti kebocoran tiub pada condenser.

Perkara diatas dapat diatasi dengan mudah sekiranya beberapa perkara diambil kira:
1) Semasa pertukaran syift laporan aktiviti disampaikan dengan lengkap tanpa menganggap mudah beberapa perkara.
2) Syift yang baru bertugas melakukan pemeriksaan rutin bagi kawasan masing2 dan kawasan yang terdapat aktiviti fizikal semasa syift sebelumnya.
3) Buku log dirujuk semasa Trouble Shooting dilakukan.
4) Cuba petua Keep It Simple Stupid (KISS), biarpun adakalanya saranan atau pemikiran kita agak terkebelakang dan tidak kelihatan bijak.

Ahad, 27 Januari 2008

Team work

Semasa sesi temuduga kita sering mendengar soalan, " bagaimana cara kamu menguruskan orang bawahan kamu?" dan kita mampu memberi pelbagai jawapan secara teorinya, ianya nampak remeh namun dari segi realiti ianya amat sukar. Cuba bayangkan kamu sebagai Fresh Graduate yang bekerja sebagai Supevisor bagi loji pemprosesan kimia. Kamu ditugaskan menjaga produksi satu syif, dibawah seliaan kamu ada 5 orang pekerja antaranya anak guru silat yang penuh ilmu didada (panas baran?) seorang yang berusia sama dengan ayah kamu dan seorang yang berpengalaman lebih 10 tahun dan tidak menyukai kamu. Agak2nya licin tak perjalanan syif kamu? sewaktu malam hujan lebat, Production Manager mengarahkan kamu untuk capai produksi 100 tan untuk dihantar kepada pelanggan paling beharga kompeni. Kemudian paip bersaiz 4" telah tersumbat sejauh 5 meter dan ianya agak mustahil untuk dilakukan syif malam. Mampukah anda meyakinkan mereka yang ianya satu keperluan?. Senario diatas bukan satu kisah dongengan, tanyalah mereka yang bekerja dibidang pengeluaran diloji kimia.

Bagi aku bekerja Team Work ni macam pegi semayang berjemaah, pertama niat makmum (pengikut) dan imam (Ketua) kena betul untuk berjemaah dan matlamatnya satu. Imam pulak bukannya maksum (tak melakukan kesilapan) boleh ditegur dan jika tidak berkemampuan ia boleh berundur dan menyerahkan syafnya (tempatnya) pada yang layak untuk waktu itu. Makmum pulak dah berniat nak berjemaah kenalah ikut imam tu dengan sepenuh jiwa tak salah semasa semayang kita menegur kesilapan imam dengan berhemah dan mengikut saluran yang betul. Selagi belum habis semayang, jemaah kena mengikuti peraturan yang ditetapkan (semestinya berilmu kalau tahu x pandai cuba belajar) dan x boleh nak terpesong atau suka2 nak menukar peraturan.

Jadi pada pendapat aku team work ni kena melibatkan niat yang sama antara ketua dan pengikut baru senang nak buat kerja. Walau sebesar mana masalah selagi semua dengan niat yang satu atau matlamat yang satu ianya bukannya halangan.


Selasa, 8 Januari 2008

tips

Bagi anda yang baru ingin menceburi bidang petrochemical ni, ada satu tip yang amat berguna buat korang. Sila kenali bahan kimia kat tempat keje dengan sepenuh hati, mulakan dengan melihat MSDS (Material safety data sheet) dan perhatikan sifat kimia dan fizikal kimia yang bakal anda tangani.

Biasanya suhu dan tekanan akan dimanipulasi untuk mendapat produk dalam keadaan yang kita mahukan. sebagai contoh butane yang berbentuk gas pada suhu 35 C dan 1 bar, tetapi berbentuk cecair pada suhu 35 C dan tekanan 15 bar ataupun Maleic Anhydride yang berbentuk pepejal pada suhu 35 C dan 1 bar, berada dalam keadaan cecair pada suhu 100 C dan 1 bar.

Benda ni nampak remeh, tetapi ia menentukan kejayaan sesuatu proses dan keselamatan diri kita. Jadi kalau kita tahu dalam paip adalah cecair Maleic Anhydride, tentulah Maleic Anhydride itu bersuhu tinggi. Jangan la pulak menonong je pergi bukak flange tanpa persediaan PPE yang sepatutnya.
Lagi satu, suhu didalam sistem membolehkan kita mengesan aliran didalam paip. Dengan menggunakan deria rasa kita boleh mengetahui samada aliran berterusan atau tersekat. Sebagai contoh bendalir bersuhu 100 C dihantar ke Tangki A semestinya paip akan memberikan kesan panas apabila disentuh, jika ada mana2 bahagian tersekat, akan terdapat bahagian yang sejuk sebelum memasuki tangki A.