Isnin, 25 Februari 2008

Steam Ejector



Dalam loji pemprosesan kimia, Suhu dan tekanan akan dimanipulasi sebaik mungkin untuk mendapatkan produk akhir yang berkualiti dan pada masa yang sama menjimatkan masa, tenaga dan kos pengeluaran.
Pengoperasian secara Vacuum adalah antara contoh terbaik yang boleh kita lihat dalam kontek memanipulasi suhu dan tekanan. Apabila tekanan diturunkan secara automatik suhu sesuatu bahan juga akan berkurangan dan ini akan menjimatkan kos utiliti ( steam dan cooling water) dan operasi (biasanya) pengasingan bahan (khususnya cecair) akan berlaku dengan lebih cepat dan pada suhu yang lebih rendah.
Antara kelebihan pengoperasian secara Vacuum:
  1. Meningkatkan kadar tindak balas.
  2. Amat sesuai bagi proses yang melibatkan bahan yang sensitif pada suhu yang tinggi.
  3. Pemindahan haba lebih bagus.
  4. Produk akhir yang lebih tulen.
Antara cara yang popular dalam menyediakan persekitaran Vacuum didalam proses ialah penggunaan Vacuum Pump dan Steam Ejector. Kebanyakan loji yang mempunyai bekalan steam yang mencukupi akan memilih Ejector sebagai pilihan utama ini kerana:
  1. Ianya lebih mudah dioperasikan.
  2. Penyelenggaraan yang mudah.
  3. Lebih berkesan.
Ejector tidak mempunyai bahagian dalaman yang komplek seperti Vacuum Pump dan biasanya tidak memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Oleh kerana sifatnya yang sebegitu, apabila berlaku permasalah yang melibatkan Ejector ianya mengambil masa yang lama untuk dipulihkan kerana rekod penyelenggaraan yang bersih sebelum ini.

Mengikut saranan Mr. Norman Diegnan (Keep Ejector Online; Chemical Engineering Magazine 1992) antara beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa proses Trouble Shooting bagi permasalahan Ejector sebelum keperingkat seterusnya iaitu memeriksa bahagian dalaman sistem, antaranya ialah:
  1. Gauge (Tolok) yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik.
  2. Steam dan Air (cooling) yang digunakan mestilah mengikut apa yang disarankan oleh pengeluar.
  3. Beban proses yang dikendalikan oleh Ejector.
Ejector merupakan alatan yang statik dan sebarang permasalahan yang timbul biasanya disebabkan pengoperasian dibawah nilai yang disarankan oleh pengeluar.

Tiada ulasan: