Isnin, 28 September 2009

Telaga Masuk air



Mungkin tajuk diatas menyebabkan anda telah tersalah masuk kelaman blog ini kerana menyangkakan ianya tajuk cerita lucah. Maaf tajuk yang saudara cari adalah ‘Telaga Gersang Telah disirami Air’. Telaga yang aku maksudkan disini adalah telaga termo ataupun lebih dikenali sebagai Thermowell.
Didalam Loji pemprosesan Kimia suhu biasanya (yang paling popular) disukat dengan menggunakan ThermoCouple (Termo gandingan; terjemahan DBP m/s 387, Kamus Kejuruteraan Kimia 1997) ataupun RTD (Resistance Temperature Detector). Suhu disukat berdasarkan perinsip setiap logam akan mengalirkan arus apabila dikenakan suhu yang tertentu kemudian arus disukat dan ditukar kepada suhu.
Rajah 1 adalah rajah tipikal Thermowell dan Thermowell element didalam loji.
Pernah didalam syif aku seorang jurutera baru mempertahankan pendapatnya yang paip CW out dari sebuah condenser tidak terdapat Thermowell. Apa yang terdapat disitu adalah satu paip kecil yang telah dipasang end dummy ataupun blind flange (rujuk buku aku Pengenalan kepada kejuruteraan kimia 1 m/s 67) yang biasanya menjadi tempat pemeriksaan suhu secara manual. Benarkah jawapan jurutera lulusan UTP ini? Jika kita rujuk rajah 1 kita akan lihat yang aku telah bezakan paip proses dengan warna hitam, Thermowell dengan warna merah dan Thermowell Element dengan warna hijau. Jika kita buka Thermowell Element (warna hijau) kita akan lihat satu ruang kosong iaitu ruang dimana suhu mengalir secara induksi yang disukat dengan menggunakan Thermowell Element tadi seperti Thermocouple dan RTD . Faham? Kemudian aku rujuk P&ID (rajah 2) aku tak tahulah apa pemahaman jurutera muda ini dengan singkatan TW ini.
Jika kita ada beli buku Working Guide to Process Equipment; Norman P. Lieberman dan Elizabeth t. Lieberman m/s 72 Chapter 6, ada tertulis:
Safety note
I talk in preceding section about unscrewing a thermocouple. This is perfectly safe. The same comment applies to extracting a screwed-in dial thermometer from thermowell. However, sometimes less experienced people have made a deadly error in screwing a thermowell instead of a thermocouple.
Secara ringkasnya apa yang ingin disampaikan adalah jangan sesekali sewaktu kilang sedang beroperasi kita asingkan bahagian merah dari bahagian hitam.
Pernah juga terjadi dimana (rujuk rajah 3) satu sistem Electric Heater yang baru pulih dari serangan CUI (Corrosion Under Insulation) telah memeningkan kepala segerombolan tenaga pakar kerana suhu outletnya yang rendah (99 degree C). RTD telah disahkan berfungsi dengan baik oleh juruteknik Instrumentasi apabila RTD baru yang dimasukan kedalan Thermowell yang sama memberikan bacaan yang sama. Suhu yang rendah ini menunjukkan samada aliran N2 yang sedikit didalam sistem ataupun Electric Heater yang gagal. Terdapat injap kawalan aliran dan pengesan aliran dari jenis Vortex menyebabkan andaian pertama diabaikan dan Electric Heater dipersalahkan 100%. Bagi Meter jenis Vortex kelemahannya adalah pada getaran, jika ia tersumbat atau lekat ia tidak akan memberikan variasi bacaan apabila injap kawalan dimainkan. Kesimpulan yang dibuat adalah Electric Heater Element yang rosak. Apabila sekumpulan juruteknik yang diketuai oleh seorang Jurutera Elektrik melakukan pemeriksaan didapati ianya tidak rosak. Disini ketiga2 jabatan telah mengesahkan yang perkara ini bukan salah mereka.
1. Proses – Paip tidak tersumbat (Vortex Flowmeter)
2. Instrument – RTD elok
3. Elektrikal – Heater elok
Jadi salah siapa?
Keadaan ini telah memaksa Head Of Department dari jabatan Instrument dan Elektrikal turun padang. Dengan membawa spanar dia membuka Thermowell Element, ada air terperangkap kat dalam dia beb! Padanlah suhunya suhu wap air.
Jadi amat penting bagi kita faham dan kenal setiap alatan didalam Loji supaya senang untuk melakukan Trouble Shooting. Sebarang kelewatan biasanya dibayar dengan wang yang banyak (tak termasuk sumpah seranah bos).



2 ulasan:

Struggling engineer berkata...

Kurang jelas penerangan...actually air yg terperangkap dlm thermowell biasanya hanya dalam kuantiti kecil. tetapi setelah mengalami pemeluwapan, wap air akan menyebabkan rintangan thermocouple bertambah sekaligus menghasilkan bacaan suhu yang lebih rendah....

p/s:sori Locke...aku tahu mu menunggu2 posting terbaru blog aku....bz sikit.tunggu....

Ibnu Ismail_77 berkata...

Maaf aku rasa aku dah tulis perkataan terperangkap dengan jelas. Selamat Hari Raya Benjamin.