Rabu, 9 September 2009

Fikir

Dari kaca mata falsafah, kebijaksanaan itu hanyalah kehalusan muktamad bagi ketololan atau dengan kata lain perkara yang buat masa itu semua orang boleh terima (atau malas pikir). Sebagai contoh pemikir Greek merungkapkan kenapa sesuatu objek itu jatuh ke tanah (sebelum Newton menemui Graviti), ianya cukup mudah setiap unsur dibahagikan kepada Tanah, Air, Api dan Angin. Setiap unsur yang berada dalam kategori tanah akan kempali ke tempat asalnya, sebab itu asap naik keatas kerana kembali kepada sifat apinya. Ironinya pemikir Greek tersebut disanjung kebijaksanaannya, kalaulah dia hidup sezaman dengan Newton.
Aku ada membaca majalah saintifik dari barat seperti, Sciene, Popular Sciene, New Scientist, Scientific American, Mind dan Sciene Illustrated. Kupasannya memang hebat, isu seperti antara telur dan Ayam mana satu lebih dulu dan Bulu Ari2 apa faedahnya dikupas dengan teliti, tetapi apa yang malang mereka tetap percaya yang mereka berasal dari beruk.
Antara cerita menarik yang aku baca adalah asal-usul Api; 
Api menjadikan mereka (aku bukan keturunan ini) bentuk manusia sekarang. Nenek moyang mereka menghabiskan masa yang lama untuk mengunyah daging yang liat dan mempunyai kurang masa untuk berfikir oleh kerana itu otak mereka agak kecil. Dalam banyak banyak beruk tu adalah sekor yang dapat idea mengetuk daging tu dengan batu supaya lembut dan percikan api terhasil. Adanya api, beruk2 tu punyai banyak masa untuk berfikir sekali gus menjadikan otak mereka lebih besar dan berevolusi.
logik tak cerita kat atas? Tapi pasal yang buat teori tu bukan calang2 orang semua orang terima dan dianggap bijak.
Kita keturunan Nabi Adam dan berasal dari Syurga. Semasa diciptakan Adam segala ilmu pengatahuan telah diberikan sehingga malaikat sendiri mengakuinya.

Al- Baqarah

 Ayat 30-33
[30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
[31]
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
[32]
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
[33]
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". 
Kenapa kita yang berketurunan mulia ini sering berada dibelakang beruk berevolusi ini. Jawapannya pasal malas berfikir. Cuba bayangkan berapa kali kita menggunting bulu ari2 kita tanpa terfikir sedikit pun faedahnya kepada kita atau kenapa kita tersenyum dan dimana datangnya perasaan malu. Beruk2 ni menghabiskan masa dengan berfikir, walaupun mende tu nampak remeh tapi kerana berfikir maka terbukak lah ruang otak yang baru. Seperti kata George Bernard Shaw "hanya sedikit orang berfikir lebih dari dua hingga tiga kali setahun. Aku telah membuat rekod antarabangsa dengan berfikir 2-3 kali seminggu"
Lagi satu, kebijaksanaan sebanarnya relatif. Jika kita berada dibawah bayang2 beruk-beruk ni kita akan sentiasa nampak bodoh. Nak hebat macam mana kalau dari segi dasarnya bagi mereka tuhan itu tidak wujud, bagi orang islam kita berfikir untuk mengagungkannya (Allah).
Jadi sama2 lah kita kembalikan taraf Khalifah kepada orang Islam dengan berfikir dan sesamalah kita mendefinasikan balik akan makna bijak itu.
 
Hadis Riwayat Imam at Tirmizi
 
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ 
نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ 
هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ
 
Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ baginda telah 
bersabda
Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk 
hari-hari selepas mati
Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan 
keatas Allah

Tiada ulasan: