Khamis, 3 September 2009

Wahabiah


Kadang2 aku perhatikan orang banyak bercakap pasal fahaman ni tapi sesetengah mereka x faham dan menyangka fahaman ini salah dan terpesong. Berikut adalah penerangan yang amat bagus yang ingin aku kongsi:
'Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab dan beberapa daerah dalam dunia Islam ditaja oleh pemimpinnya Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salaf yang dibawa oleh Iman Ahmad dan Ibnu Taimiyah. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud. Akhirnya, mereka berjaya mengambil alih kuasa di Semenanjung Arab dan membentuk kerajaan beraja Arab Saudi.
Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid yang bersih dari sebarang syirik dan menghalang sebarang bentuk bida'ah. Halal dan haram diambil terus daripada sumber Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad. Sebarang perkataan sarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang mengeluarkan hukum dengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan menganggap amalan ini membawa kepada syirik. Namun, hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukan dengan bertujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati. Semasa mereka menguasai mekah dan Madinah, mereka bertindak merobohkan bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur para sahabat, tabi'in dan tempat-tempat bersejarah yang dipuja secara melulu. Mereka menentang perayaan seperti Maulid dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih keras daripada Iman Ahmad Hambal dan Ibnu Taimiyah. Fahaman ini disokong oleh gerakan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh Abdul Hamid bin Badis di Algeria, Syeikh Ahmad di Punjabi dan beberapa tempat lagi didunia.'
Diambil dari buku: Fahaman & Ideologi Umat Islam; Karangan Abdul Hadi Awang.

Tiada ulasan: