Sabtu, 5 September 2009

Cara Menghidupkan Pam Empar (Centrifugal Pump)

Baiklah, tajuk ni agak remeh bagi yang dah tahu. Lagi sekali aku nak tekankan disini blog aku bukan buat mereka yang dah power gile tapi buat tenaga kerja baru loji kimia dan sesapa yang nak berkongsi ilmu.
Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3
Didalam Loji kimia (Petro Kimia dan Oil and Gas) Pam adalah alat sokongan yang penting dan paling banyak digunakan dan Pam empar adalah Pam yang paling popular kerana ketahanannya. Sebagai kakitangan proses kita akan berurusan secara terus dengan alatan ini walaupun alatan ini adalah hak mutlak jabatan Mekanikal. Tugasan untuk menghidupkan dan mematikan alatan ini adalah tanggungjawab kakitangan Proses bukan Mekanikal. Mekanikal hanya memastikan keboleh percayaan alatan ini untuk proses kita sahaja.
Perkara pertama yang orang proses perlu tahu dalam pengendalian alat ini adalah menghidup dan mematikannya.
Menghidupkan:
  1. Berkomunikasi dengan bilik kawalan (C/Room) supaya mereka bersedia.
  2. Memulanya kita mesti pusing shaft dengan tangan untuk memastikan ianya berpusing dengan bebas (pastikan butang penghidup terkunci dalam keadaan off)
  3. Buka injap untuk bendalir bagi Seal.
  4. Buka Injap Suction 100%:
  • Lihat Gambar 1; kalau ada dua tangki yang berkongsi satu Pam, pastikan dahulu injap yang diingini dan buka. Antara kecuaian yang berlaku ialah kedua injap dibuka yang akhirnya akan menyebabkan proses akan terganggu.
  • Antara kesilapan lain adalah kedua injap tidak dibuka; keadaan ini juga dipanggil Dry running (apabila pump tidak mempunyai sistem pelinciran sealnya sendiri). Pump akan bergegar dan trip dengan sendiri, Mechanical Seal akan rosak, Gland packing akan bertindak sebagai pengikis shaft dan suhu akan naik (amat bahaya bagi bendalir yang mudah terbakar).
5. Tekan butang penghidup; Lihat arah pusingan shaft betul atau tidak.
6. Periksa keadaan fizikal Pump; Getaran ataupun bunyi yang melampau.
7. Periksa Amp
8. Buka Injap Discharge dan pastikan aliran yang diingini dengan melihat Pressure Gauge. (Bagi Pump yang mempunyai injap discharge yang bersaiz besar biasanya injap ini telah dibuka sedikit sebelum Pump dihidupkan, ini kerana tekanan yang dihasilkan oleh Pump adakalanya menyukarkan proses membuka injap nanti)
  • (lihat gambar 1; pastikan sistem yang dikehendaki adalah betul. Kesalahan membuka injap ini akan merosakan ketulenan proses.
  • Terdapat juga kes dimana kesemua injap discharge tidak dibuka: jika keadaan ini berlaku pada jangka masa yang sekejap tidak mengapa jika terlalu lama Impeller akan rosak kerana tekanan melampau, Shaft akan rosak atau patah kerana Thrust load yang melampau dan seal serta bearing akan rosak kerana getaran melampau.
Langkah2 diatas adalah cara untuk menghidupkan Pump baru, jika Pump tersebut sudah tersedia (Standby) langkah ke-2 boleh diabaikan.
Cara mematikan Pump:
  1. Berkomunikasi dengan bilik kawalan.
  2. Tutup Injap Discharge; jika Pump dimatikan tanpa menutup injap discharge kemungkinan shaft akan patah kerana tekanan yang dihasilkan oleh head pump P = density x Gravity x h (lihat gambar 3). Bayangkan dengan jumlah berat cecair yang mengalir kearah Pump hasil daya Graviti bertembung dengan impeler yang sedang berputar hasil kuasa motor tadi. Pernah berlaku dalam shift aku pihak mekanikal meminta untuk mengambil satu Pump BFW (boiler Feed Water) bagi pemeriksaan rutin. Juruteknik yang bertugas (baru) hampir2 mematikan Pump utama tanpa menghidupkan Pump gantian (standby) (lihat gambar 2) semuanya gara2 injap pengasingan 5 tidak ditutup dan Pump utama yang sedang bertugas secara tidak langsung mengalirkan bendalir kedalam Pump gantian yang tidak dihidupkan dan memutarkan impeller secara terbalik kemudiannya menghasilkan ilusi seolah2 Pump telah dihidupkan dengan keadaan shaft yang telah berpusing. mujurlah komunikasinya dengan Bilik Kawalan agak baik.
  3. Matikan Pump
  4. Tutup Injap Suction (tidak perlu jika Sealnya berfungsi dengan baik).
  5. Jika ingin Pump dimatikan dalam masa yang lama tutup Suction dan buang bendalir didalam Casing bagi mengelakan pump tersumbat.
  6. Tutup bendalir Seal.
Sebenarnya terdapat beberapa pengecualian berdasarkan keadaan Pump itu dicipta, apa yang aku tulis diatas adalah asas kepada semua jenis Pump Empar yang biasa. Jadi kalu korang dah paham apa yang aku tulis kat atas lakukan lah tugas menghidup dan mematikan dengan yakin dan tenang. Sekian, selamat mencuba.

Tiada ulasan: