Isnin, 3 Mei 2010

Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda


Crawling In The Dark (Hoobastank) - (2:54)
I will dedicate and sacrifice my every-thing
for just a seconds worth of how my story's ending
and I wish I could know if the directions that I take
and all the choices that I make won't end up all for nothing

Show me what it's for
make me understand it
I've been crawling in the dark
looking for the answer
is there something more
than what I've been handed?
I've been crawling in the dark
looking for the answer

Help me carry on
assure me it's ok to
use my heart and not my eyes
to navigate the darkness
will the ending be
ever coming suddenly?
will I ever get to see
the ending to my story?

Show me what it's for
make me understand it
I've been crawling in the dark
looking for the answer
is there something more
than what I've been handed?
I've been crawling in the dark
looking for the answer

So when and how will I know?

How much further do I have to go? (have to go)
and how much longer until I finally know? (finally know)
cause I am looking and I just can't see what's in front of me
in front of me

Show me what it's for
make me understand it
I've been crawling in the dark
looking for the answer
is there something more
than what I've been handed?
I've been crawling in the dark
looking for the answer

Bukan semua orang mempunyai kekuatan untuk menentukan halatuju hidupnya dengan penuh keyakinan. Pasti kita pernah menghadapi dilema seolah-olah telah tersalah bidang atau masih tercari-cari perniagaan apa yang sesuai untuk kita. Sebagai contoh, kerjaya kita sekarang sebagai seorang pembantu makmal, semakin lama bekerja jiwa kita rupanya lebih sesuai sebagai tukang gunting rambut. Adakah kita punyai keberanian untuk beralih bidang dan yang paling menggerunkan adakah kita akan berjaya atau suatu hari nanti akan terdengar kata sinis teman-teman "aku kata doh dulu...mu degil!"? Kita seolah olah berjalan pada jalan yang mempunyai banyak simpang dan tidak tahu arah mana yang patut kita tuju. Terdapat banyak buku motivasi yang menyatakan 'Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan' namun ianya masih tidak atau kurang memberikan kita keyakinan untuk berkata "ini lah maklamat aku!".
Buku 'Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda' hasil tulisan Rozani Din merupakan buku terbaik buat kita yang masih tercari-cari halatuju masa depan kita. Buku ini dengan bukti-bukti bentuk pengiraan (yang akan menutup mulut kengkawan) akan memberikan matlamat untuk kita usahakan dengan penuh yakin. Selepas membaca buku ini kita tidak lagi akan terhenti dipersimpangan pilihan kerana kita telah mempunya matlamat yang jelas. Apa yang tinggal adalah usaha kita untuk mencapai matlamat ini. Tiada lagi dilema untuk mendengar pelbagai kata orang apa yang sesuai untuk kita.
Buku ini amat tidak sesuai buat mereka yang mempunyai motivasi yang tinggi malahan mereka akan mengatakan ianya satu tilikan nasib. Tomahan ini bergantung kepada paradigma masing-masing. Persepsi yang demikian hanya akan timbul apabila kita terlalu bergantung atau obses kepada kaedah yang diajarkan tanpa berusaha keras. Disini aku ingin tekankan yang tahap motivasi dan keyakinan diri setiap manusia berbeza, ada yang mampu dan telah mempunyai maklamat hidup (tentang kerjaya atau perniagaan) yang utama dan terus berusaha kearah itu. Namun masih ramai yang tercari-cari akan matlamat ini dan masih terikut-ikut kata orang sehingga daya usaha mereka akhirnya tidak berbaloi dan mengalami tekanan hidup. Jadi bagi aku buku ini adalah jawapan kepada mereka yang rendah tahap keyakinan diri ini. Buku ini dengan yakin memberikan matlamat kepada golongan ini dan memberikan bukti-bukti bentuk pengiraan. Penggunaan tarikh lahir empunya diri menjadikan ianya bersifat peribadi dan lebih meyakinkan.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang diberikan aku yakin setiap pengalaman yang kita kutip akan memberikan kita motivasi dan keyakinan baru untuk berkata "inilah matlamat aku!" dengan yakin.
Aku membeli buku ini sudah agak terlewat kerana mengikut pengiraan yang diajarkan salah satu dari kerjaya yang sesuai buat aku adalah menjadi seorang Imam. Terlepas aku untuk sertai ujibakat Imam Muda anjuran ASTRO.
Terbitan: mustread SDN. BHD.
Harga: RM 15.90 (sem)/18.90 (Sab/Ser)

Isnin, 26 April 2010

Raja Senjata?







Bagi yang biasa dengan dunia beladiri pasti ada pandangan masing-masing tentang tajuk ini. Ada yang mengatakan Tekpi ada pulak kata Pedang Samurai dan banyak lagi. Kali ini aku sertakan satu artikel yang aku amik dari majalah Seni Beladiri. Walaupun apa yang tercatat adalah pendapat penulis artikel tersebut berdasarkan pengalaman beliau, sedikit sebanyak ia boleh menjadi santapan minda kita sebagai penilaian.

Selasa, 20 April 2010

Lam Alif



Gambar Hiasan
Siapa2 yang belajar silat mesti pernah dengar atau lihat lambang Lam Alif ni. Kalau kita lihat kat lambang perguruan Silat Melayu Keris Lok 9 mesti kita perasan Lam Alif ni. Jadi apa makna Lam Alif ni?
Sebenarnya pengertiannya panjang dan agak rumit tetapi kali ini aku nak berikan secara ringkas. Maksud Lam Alif ni adalah 'tiada'...permulaan pada 2 kalimah syahadat. Menafikan setiap yang ada dan kembali kepada permulaan alam Ahdah bagi martabat tujuh.
Senang cerita berserah kepada Allah semata2 dan membenarkan kalimah "Tiada daya upaya pada aku melainkan kehendakmu Allah" nak takut apa lagi kerana "Setiap yang baharu tidak akan memberi bekas"

Ok, kat atas adalah hasil lukisan aku. Badik dan Lawi Ayam (Kerambit)...kreatif jugak aku nikan. Kalau suatu hari nanti aku ada bisnis aku sendiri, inilah lambang syarikat aku. Membawa semangat pendekar melayu, kecil tetapi mainannya membawa maut.

Ahad, 11 April 2010

Minda


Semua orang boleh berlari dan semua orang boleh bercakap tetapi bukan semua boleh menjadi Atlit Pecut dan pemidato yang baik. Walaubagaimanapun setiap dari kita mampu menjadi atlit pecut dan pemidato sekiranya mendapat latihan yang betul. Begitu juga dengan kemahiran berfikir, kebanyakan dari kita mengambil mudah kemahiran mengoptimumkan tugasan minda kerana kebolehan berfikir telah dikabui oleh gerakan fizikal dan yang lebih malang diserahkan sepenuhnya kepada bahagian Cerebellum.
Seperti saranan Harry Lorayne didalam bukunya Secret Of Mind Power, untuk mendapatkan pemikiran yang berkesan minda memerlukan dua elemen utama iaitu Ilmu pengatahuan dan berada dalam keadaan tersusun. Ilmu pengatahuan boleh diperolehi melalui pergaulan dan pembacaan dan penyusunannya akan lebih mudah sekiranya paradigma kita berada pada asas yang kukuh. Penulis juga turut menyarankan agar kita lebih banyak mendengar (dengan penuh minat) dan mengambil pengajaran dari setiap perbualan yang kita sertai.
Buku terbitan PTS ini adalah terbaik kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan kaedah meningkatkan potensi minda. Buku yang ditulis oleh sekumpulan pensyarah dari Universiti Sains Malaysia ini menerangkan kepentingan menigkatkan kemahiran berfikir secara berkesan. Ia juga merangkumi pengaruh emosi dalam pemikiran dan cara-cara mengawal serta mengaplikasikannya dengan baik. Teknik ini penting dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Tajuk: PTS Meningkatkan Potensi Minda

Tajuk : Meningkatkan Potensi Minda
Pengarang : Munir Shuib, Azlena Zainal
Penerbit : PTS Professional
ISBN : 9789831925065
Mukasurat : 216 Halaman


Prakata
1. Berfikir
Dr. Munir Shuib

2. Berfikir dan emosi
Dr. Azlena Zainal

3. Fungsi Emosi dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir
Dr. Azlena Zainal

4. Persepsi
Dr. Munir Shuib

5. Menajam dan Meluaskan Persepsi
Dr. Azimah Sazalie

6. Meningkatkan Pemikiran Kreatif
Dr. Munir Shuib

7. Meningkatkan Pemikiran Kritis
Dr. Munir Shuib

8. Pemikiran Desain
Dr. Azhar Mat Easa

9. Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
Dr. Mohd Zin Kandar

10. Strategi-strategi Mempengaruhi Keputusan
Dr. Subadrah Madhawa Nair

Buku ini menggunakan bahasa yang mudah dan penyampaiannya amat baik sehinggakan Manusia yang lemah minda macam aku sekalipun mampu memahami dan mencerna isinya dengan selesa. Antara perkara yang menarik bagi aku ialah penerangan berkenaan alat bantu berfikir (CoRT) gaya Edward de Bono dalam bab 5. Biarpun ianya tidak menjadikan kita sehebat Edward de Bono tetapi kita kini sudah mempunyai sedikit panduan untuk membuat keputusan yang berkesan.
Amat bagus.

Selasa, 6 April 2010

Persepsi




Persepsi adalah tafsiran kita berkenaan sesuatu perkara (Dr Munir Shuib 2004). Ia merupakan tafsiran kepada apa yang ditangkap oleh deria kita kemudian diproses berdasarkan pengalaman dan mengikut paradigma (kerangka pemikiran) kita. Persepsi kita biasanya akan mudah tersilap jika maklumat yang diterima bersifat kabur atau tidak lengkap. Pada keadaan ini paradigma kita akan memainkan peranan penting (Rujuk gambar2 diatas bagi yang berotak kuning) untuk membuat kesimpulan. Antara sifat lain Persepsi:
  1. Sentiasa berubah-ubah
  2. Bersifat peribadi
  3. Bersifat berterusan
  4. Selektif
Mengikut Harry Lorayane melalui bukunya Secret of Mind Power, antara kesilapan kita untuk berfikir secara berkesan adalah kurangnya pengalaman berkenaan dengan sesuatu yang kita hadapi dan kegagalan untuk menyusun maklumat yang tersimpan didalam otak. Tujuan asalnya akan tercapai tetapi mengambil masa yang lama. Mengikut kajian Saintis (Scientific American Mind Nov/Dis 2009; What does a smart brain look like) menggunakan kaedah Positron-emission tomography (PET), mereka yang mempunyai minda yang cerdas menggunakan hanya sedikit tenaga pada bahagian otak untuk menyelesaikan sesuatu perkara berbanding mereka yang kurang cerdas mindanya. Ini membuktikan mereka yang cerdas hanya menggunakan sedikit usaha dalam mentafsir sesuatu perkara kerana maklumat yang tersusun.

Berikut adalah cerita yang aku petik dari buku Meningkatkan potensi minda (Dr. Azlena dan Dr Munir Shuib; PTS 2007) berkenaan persepsi:

En Maniam merupakan seorang Pengurus Ladang. Beliau juga merupakan pakar Motivasi. Bebaru ini hasil keluaran ladangnya merosot teruk. Selepas melakukan kaji selidik beliau dapati ianya berpunca dari tabiat meminum todi dikalangan pekerjanya. Untuk menyelesaikan masalah ini beliau bertindak memanggil mandurnya Siva dan mengarahnya mengumpulkan semua pekerja.
Petang itu selepas semua orang berkumpul En Maniam memulakan sesi motivasinya.
"Lihat saya punya tangan kanan ada apa?"
semuanya diam
"Mandur...apa ada dalam tangan saya?"
"Gelas juga tuan!" jawab Siva
"Mandur dalam saya punya tangan kanan ada apa?"
"Botol juga tuan!"
"Mandur apa saya buat?"
"Itu todi tuang masuk gelas!"
"Mandur...apa benda saya pengang?"
"Cacing juga tuan!"
"Mandur apa saya buat dengan ini cacing?"
"Masuk dalam itu todi puya gelas!"
"Mandurrr...apa sudah jadi dengan ini cacing?"
"Itu cacing sudah mati tuan!"
Maniam senyum. Mandurnya pandai. Pekerja2nya angguk tanda paham. En. Maniam puas hati sesi motivasinya berkenaan dengan keburukan todi telah tercapai.

Semasa dalam kereta untuk pulang En. Maniam bertanya kepada Mandurnya.
"Ada paham itu cerita?"
"Paham tuan...minum todi cacing dalam perut boleh mati. Itu todi banyak bagus!"


Rabu, 31 Mac 2010

Keselamatan Bermula dari anda

Kemalangan di Drydock World Graha
On 6th March 2010, there was a serious accident at one of the 'drydocks world' facility situated in batam. 1 worker died on the spot while 2 others are in critical condition at one of the island's hospital. incident details as per below:
- At 07.45 hrs 3 workers were opening a pipeline outlet blank unaware of the pressure inside.
- Air test had been done some time back and 1200 bars of pressure was inside the pipeline. And the pipeline had not been bleed off the pressure.
- There were no LOTO or warning signs in place on the pipeline.
- Release valves were not checked by the workers for pressure inside.
- The worker unbolted the blank when it flew off and hit the 3 right in the face.
- 1 worker died instantaneously, while another 2 sustained serious injuries.

Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita pelajari dari kemalangan yang berlaku kat atas. Aku perhatikan kat loji aku bahagian maintenance (Mechanical, Instrument dan Electrical) kadang kala terlalu bergantung kepada bahagian Proses untuk memastikan keselamatan mereka. Langkah berjaga2 biasanya tidak diambil untuk memastikan yang persekitaran atau tempat kerja bakal dilakukan mereka telah BENAR2 SELAMAT. Bagi aku cerewet atau curiga akan keselamatan adalah sesuatu yang baik kerana apabila kejadian seperti diatas berlaku segalanya sudah terlambat. Jika anda tidak yakin akan keselamatan anda terjamin bagi melakukan tugasan tersebut; JANGAN LAKUKAN.

Pos yang aku rasakan menarik untuk dikongsikan:

From: rio.hend...@akersolutions.com ...@akersolutions.com>
Subject: RE: [Oil&Gas] RE: (HSE ) Drydock Graha Accident
To: Migas_Indone...@yahoogroups.com
Date: Friday, March 26, 2010, 10:17 AM


Informasi, test dilakukan di atas kapal, berdasarkan
laporan bahwa test presure mencapai 1200 Bar, maka sudah semestinya di sekitar
area test musti diberikan pita baricode, akan lebih baik lagi kalau diberikan
lampu warning. Karena test dilakukan saat malam hari. Mungkin ada lagi yang mau
menambahkan siapa tahu bermanfaat bagi pihak DD ( siapa tahu ada karyawan DD
yang ikut millist ini )

Yang terpenting, share informasi harus jelas, karena ada
pergantian shift yang mana akan banyak orang datang sebelum tahu kondisi
terakhir di lapangan.
Sepertinya karena didesak dead line penyelesaian pekerjaan
yang semakin mendesak ( atau mungkin sudah terlambat ) menyebabkan para
foreman/leader di area tersebut terburu-buru dalam bekerja tanpa mencari
informasi lebih lanjut tentang status terakhir process testing
tersebut.

Regards
Rio


Ahad, 28 Mac 2010

Confined Spaces




Pakai PPE yang sepatutnya

Tajuk kali ini berkenaan dengan Confined Spaces (CS), aku buat khas bersempena kejadian enam warga Filipina maut didalam Tangki bebaru ini. Sebelum aku pergi lebih jauh, baik kita berkenalan dulu dengan CS ini supaya senang untuk kita berurusan dengannya. CS (Ruang terkurung) adalah ruang yang mempunya kreteria seperti berikut:
  1. Bukaan terhad untuk masuk atau keluar.
  2. Pengudaraan (ventilation) yang terhad.
  3. Ruang yang bukannya sesuai untuk melakukan kerja berterusan.
Keadaan diatas berlaku kerana alatan yang berkenaan bukan dicipta untuk bekerja didalamnya tetapi untuk simpanan bahan kimia atau hasil pemprosesan atau alatan yang mesti dipastikan tidak terdedah dengan persekitaran luar (seal). Terdapat keadaan dimana kita terpaksa memasuki ruang berkenaan samada untuk pemeriksaan, pembersihan dan kerja-kerja pembaikian.
Bagi sesiapa yang bekerja di Loji Kimia mereka pasti akan berhadapan dengan tugasan berkenaan dengan CS ini samada secara langsung atau tidak langsung. Bagi keadaan terancang dan faktor masa yang mengizinkan, kerja yang berkaitan dengan CS ini biasanya memberikan resiko yang rendah kerana persediaan yang sewajarnya telah dibuat. Realiti persaingan industri Kimia yang semakin mencabar dan kemunculan China sebagai kuasa baru Industri yang menawarkan kos buruh yang ramai dan murah. Sebarang keadaan yang memaksa pemberhentian Loji pada jangka masa yang lama bermakna bakal berhadapan dengan kehilangan pelanggan. Pada kebanyakan masa, faktor masa tidak menyebelahi kita. Pembaikian dilakukan dalam keadaan kilang masih beroperasi dan tekanan yang amat tinggi. Memang benar walau bagaimana terhad masa sekalipun keselamatan adalah perkara yang diutamakan oleh pihak pengurusan. Namun adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan diri kita yang terlibat dengan kerja CS ini, kerana dalam keadaan tekanan kerja yang tinggi mungkin pihak pengurusan terlepas pandang beberapa perkara. Sila pastikan perkara dibawah dilakukan sebelum memberi kebenaran atau anda sendiri bekerja di CS ini.
  1. Pemeriksaan kandungan udara persekitaran tempat kerja tersebut. Kandungan Oksigen mesti lebih tinggi dari 19.5% dan LEL yang selamat. (Kandungan oksigen yang berlebihan (enrich; >21%) juga merbahaya kerana ia akan mencetuskan kebakaran yang besar (apabila mematuhi segi tiga api)
  2. Pengudaraan (Ventilation) yang sewajarnya dengan meletakkan kipas atau Blower bagi memastikan pengudaraan yang sesuai dan selamat untuk bekerja.
  3. CS tersebut telah diasingkan dari sistem (Blind/Disconnect) dan alatan yang bergerak telah dikunci (Lockout) oleh jabatan Elektrik (Membuang fius)
  4. Pakailah PPE yang sewajarnya. Biar tidak selesa sedikit asalkan kesan jangka panjang terjamin.
  5. Terdapat orang yang akan berada diluar untuk mengawasi dan menyelamat jika keadaan memerlukan. Pengawas ini juga bersedia dengan PPE yang sesuai (untuk mengelakan kejadian 6 warga Filipina tidak berulang) dan jika kita dan pengawas berada pada jarak yang tidak memungkinkan untuk pengawas melihat dengan mata kasar, tali keselamatan digunakan (Lifeline; untuk mengesan pergerakan dengan menggunakan tali)

Life Line