Ahad, 11 April 2010

Minda


Semua orang boleh berlari dan semua orang boleh bercakap tetapi bukan semua boleh menjadi Atlit Pecut dan pemidato yang baik. Walaubagaimanapun setiap dari kita mampu menjadi atlit pecut dan pemidato sekiranya mendapat latihan yang betul. Begitu juga dengan kemahiran berfikir, kebanyakan dari kita mengambil mudah kemahiran mengoptimumkan tugasan minda kerana kebolehan berfikir telah dikabui oleh gerakan fizikal dan yang lebih malang diserahkan sepenuhnya kepada bahagian Cerebellum.
Seperti saranan Harry Lorayne didalam bukunya Secret Of Mind Power, untuk mendapatkan pemikiran yang berkesan minda memerlukan dua elemen utama iaitu Ilmu pengatahuan dan berada dalam keadaan tersusun. Ilmu pengatahuan boleh diperolehi melalui pergaulan dan pembacaan dan penyusunannya akan lebih mudah sekiranya paradigma kita berada pada asas yang kukuh. Penulis juga turut menyarankan agar kita lebih banyak mendengar (dengan penuh minat) dan mengambil pengajaran dari setiap perbualan yang kita sertai.
Buku terbitan PTS ini adalah terbaik kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan kaedah meningkatkan potensi minda. Buku yang ditulis oleh sekumpulan pensyarah dari Universiti Sains Malaysia ini menerangkan kepentingan menigkatkan kemahiran berfikir secara berkesan. Ia juga merangkumi pengaruh emosi dalam pemikiran dan cara-cara mengawal serta mengaplikasikannya dengan baik. Teknik ini penting dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Tajuk: PTS Meningkatkan Potensi Minda

Tajuk : Meningkatkan Potensi Minda
Pengarang : Munir Shuib, Azlena Zainal
Penerbit : PTS Professional
ISBN : 9789831925065
Mukasurat : 216 Halaman


Prakata
1. Berfikir
Dr. Munir Shuib

2. Berfikir dan emosi
Dr. Azlena Zainal

3. Fungsi Emosi dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir
Dr. Azlena Zainal

4. Persepsi
Dr. Munir Shuib

5. Menajam dan Meluaskan Persepsi
Dr. Azimah Sazalie

6. Meningkatkan Pemikiran Kreatif
Dr. Munir Shuib

7. Meningkatkan Pemikiran Kritis
Dr. Munir Shuib

8. Pemikiran Desain
Dr. Azhar Mat Easa

9. Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
Dr. Mohd Zin Kandar

10. Strategi-strategi Mempengaruhi Keputusan
Dr. Subadrah Madhawa Nair

Buku ini menggunakan bahasa yang mudah dan penyampaiannya amat baik sehinggakan Manusia yang lemah minda macam aku sekalipun mampu memahami dan mencerna isinya dengan selesa. Antara perkara yang menarik bagi aku ialah penerangan berkenaan alat bantu berfikir (CoRT) gaya Edward de Bono dalam bab 5. Biarpun ianya tidak menjadikan kita sehebat Edward de Bono tetapi kita kini sudah mempunyai sedikit panduan untuk membuat keputusan yang berkesan.
Amat bagus.

Tiada ulasan: