Jumaat, 23 November 2007

Analogi 2: Pam Empar


Aku perhatikan sekarang terdapat satu trend baru dimana kompeni yang telah stabil mengambil pekerja yang boleh dibayar murah(?). Seperti mengambil lulusan IT untuk jawatan juruteknik proses atau mengambil 2 lulusan Universiti (fresh) untuk menggantikan seorang tenaga mahir asing.
Dah namanya fresh atau x tahu, kengkadang Pam (pump) pun baru je kenal kat sini, apatah lagi nak membezakan yang mana Pam Empar (aku rasa x ada yang kenal kecuali aku letak Centrifugal Pump) atau +ve displacement.
Teringat pulak masa aku memula kerja, assignment pertama aku ialah mengecam paip2 dalam loji. Woh...agak sukar jugak bagi budak fresh dah la P&ID x berapa mahir, akhirnya adalah seorang abang juruteknik (En. Zawawi a.k.a Awie) kata kat aku, kat loji ni nak senang pertama sekali kena tahu mana suction dan mana discharge pam.
Kali ini aku nak berkongsi dengan adik2 yang baru masuk keloji pemprosesan kimia ni, korang kena tahu pam ni antara alatan utama kat loji dan yang paling banyak ialah dari jenis Pam Empar (Centrifugal Pump).

Anggaplah Pam ini seperti atlit lempar Tukul Besi, lengannya adalah impeller dan jarak yang boleh dicapai oleh Tukulnya adalah Head nya. Semakin besar lengan dan kuat cara atlit berputar maka semakin jauh Head nya dan semakin besar Tukul yang mampu dibawa. Apabila Tukul tadi terlanggar sesuatu ia akan menghasilkan tekanan kerana tenaga kinetik(gerakan) telah bertukar kebentuk tekanan, kerana itu Discharge pam terdapat satu Presure Gauge (Tolok Tekanan) yang mengukur aliran bendalir yang terkena dinding paip (Tekanan = Head x Ketumpatan bendalir x daya Graviti). Apabila Tukulnya berat dia akan menggunakan lebih tenaga (amp pam tinggi), apabila dia menggunakan sedikit tenaga maknanya beban Tukul sedikit (amp rendah). Jika sewaktu dia menghayung lengannya, ada orang menghalang lengannya dengan kasar, bahunya boleh patah begitu juga kesan Shut Off Pressure kepada pam.
Apabila dua atlit melempar Tukul Besi serentak (anggap tenaga sama), jarak lontaran tidak berubah cuma dua Tukul berada dihujung garisan (isipadu bertambah); begitu juga keadaan pam yang berada dalam keadaan bersebelahan (series). Berlainan dengan MultiStage; ianya seperti atlit pertama melontar Tukul kepada atlit kedua dan atlit kedua melontar Tukul lebih jauh dari garisan asal(head).

Ahad, 18 November 2007

Analogi 1


Minggu ini aku agak sibuk, maklumlah Loji tempat aku kerja tengah rancak commissioning. Semalam column Deisobutanizer (DIB) kami dah berjaya memungut 99.98% normal Butane dari Mixed Butane yang dibekalkan Petronas. Hari ini semasa nak commissioning reaktor diunit Butamer kami, tetiba sahaja PSV kami popping dan terdapat penghasilan ais disekitarnya. Ada yang kurang faham kenapa ais ini terhasil dan kenapa awan terhasil apabila butane terbebas keudara.
Bagi rakan2 yang mempunyai masalah yang sama diluar sana, aku akan cuba menggunakan analogi yang aku rasakan mudah:

Seorang manusia biasa yang bebas telah diikat supaya tidak dapat bergerak dengan menggunakan kekuatan tali yang melebihi tenaga yang dimilikinya. Bagi membebaskan dirinya dia memerlukan satu tenaga tambahan seperti meminta bantuan rakan. Akhirnya, rakan tadi pula kehilangan tenaga dan keletihan kemudian pengsan kerana membantunya.

Begitu juga dengan Butane tadi, sifat asalnya pada tekanan 1 bar adalah gas, apabila dibawah tekanan 15 bar ia akan bertukar menjadi cecair. Apabila ingin kembali kebentuk asalnya ia mermerlukan tenaga tambahan atau latent heat, sasaran terdekatnya adalah dari udara persekitaran. Apabila tenaga tadi diambil dari udara, wap air yang terdapat didalam udara akan terkondensasi kerana kehilangan latent heat of vaporization nya, maka wap air akan terhasil atau ais akan terbentuk.

Latent heat adalah tenaga yang dibebaskan atau diserap semasa unsur tulen bertukar fasa.
Betul tak kengkawan.

Jumaat, 2 November 2007

jurutera kimia



Ini adalah artikel yang aku ambik dari laman web http://www.fkkksa.utm.my/chem/index dan aku rasa ianya bagus sebagai info kepada sesiapa yang x tahu apa itu kejuruteraan kimia dan masa depannya.
Apakah dia bidang kejuruteraan kimia?

Kejuruteraan kimia adalah satu cabang profession kejuruteraan yang meliputi segala aktiviti serta proses untuk menghasilkan bahan yang berguna dari bahan mentah, atau untuk menambah nilai sesuatu bahan.

Mengapa perlu memilih kejuruteraan kimia?

Bidang kejuruteraan kimia mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan manusia. Ia memainkan peranan utama dalam memenuhi keperluan asas manusia serta memacu tamadun manusia yang kian bergantung kepada industri pemprosesan sebagai sumber kemajuan ekonomi serta tamadun sesebuah negara.

Keperluan asas manusia seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, kosmetik, bahan tekstil dan bahan-bahan binaan dari konkrit, plastik, getah, rayon dan fiber adalah produk yang telah di tambah nilai dari sumber bahan mentah melalui proses penghasilan yang berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan kimia.

Adakah jurutera kimia diperlukan di Malaysia?

Negara memerlukan seramai 29,000 jurutera kimia pada tahun 2010, menurut Datuk Rahmah Abu Kasim, Penasihat National Economic Action council (NEAC). Sehingga tahun 2000, jurutera kimia yang berkerja di Malaysia hanya berjumlah 2900 orang (The STAR, April 9, 2003). Di Malaysia, sebanyak 10 buah universiti menawarkan program kejuruteraan kimia (5 daripadanya berusia kurang dari 5 tahun, oleh itu belum menghasilkan graduan). Sehingga tahun 2006, UTM telah menghasilkan paling ramai graduan kejuruteraan kimia iaitu seramai 3900 orang sejak penubuhan jabatan kejuruteraan kimia UTM pada tahun 1983. Jika dianggarkan bahawa 4 institusi lain dan juga graduan jurutera kimia luar negara telah menghasilkan jumlah jurutera kimia yang sama banyak dengan jumlah yang dihasilkan oleh UTM, dengan anggaran 80% telah mendapat perkerjaan, maka jumlah jurutera kimia di Malaysia hanyalah dalam lingkungan 6000 hingga 7000 orang pada tahun 2007. Jumlah ini kurang dari 25% sasaran keperluan jurutera kimia di Malaysia. Oleh itu, prospek perkerjaan jurutera kimia di Malaysia amatlah luas berdasarkan permintaan semasa.


Rabu, 31 Oktober 2007

Jurutera Proses yang hebat


Aku tertarik dengan satu perbincangan dari Eng-Tip, tentang bagaimana nak jadi seorang jurutera Proses yang baik. Disini aku masukkan satu nasihat yang aku rasa paling bagus:
(aku rasa elok aku kekalkannya dalam bahasa english supaya keasliannya terjamin).

here are some general pointers, no particular order:

- Bone up on the processes you're responsible for; learn as much as you can re process chemistry, op conditions, etc.

- Study the PFD's and P&ID's. Walk the plant/area and notate the difference between design/as-built/existing. You've got to know how your area is laid out.

- Get tight with production engineers and operators; they know the process like the back of their hands. Ask questions; why do they do what they do?

- Crawl around/inspect equipment during turnarounds.

- Spend time in the control room/bone up on the DCS. Learn what's monitored and where. Get proficient at extracting process data.

- Get tight with maintenance/instrument tech folks; you'll need sensors calibrated at some point.

- Get proficient doing mass and energy balances for every unit op in the area; you've got to be able to quantify operations and changes/options, etc.
- Locate/extract performance data/equipment specs for all equipment; you'll need them for the M&E bals.

- Pay close attention to physical property data and models; without good/applicable data your sim runs are fantasy.

- Don't neglect the little things; impurities/byproducts can cause headaches even in small amounts.

- Keep as current as you can with the technical literature. A good start is Chem Eng Progress, Hydrocarbon Processing and AIChE Journal. And of course whatever applies to your specific units.

- A zillion other things (or seems like it), safety,hazard analyses, environmental regs/permits; you'll know it when it hits you in the face.

Hope this helps, at least it's a start. Good luck.

Selasa, 30 Oktober 2007

Penambahan 2

Kadangkala dalam tugasan seharian, aku memerlukan rujukan yang segera dan ada sesetengahnya x ada dalam buku rujukan. Benda2 yang memerlukan pengalaman misalnya, kalau tanya kat member2 biasanya jawapan akan pelbagai, bagi engineer baru yang bakal berhadapan dengan masalah ni....jangan susah ada berlambak2 laman web berguna untuk korang pergi, Wikipedia misalnya dan yang akan aku bubuh kat blog aku ni Engineering ToolBox. Sekarang bandingkan jawapan member2 kita tadi bersama apa pemerhatian kita dan cuba cari yang paling logik.
Jadi internet ni bukan sahaja untuk chatting dan layan benda2 x de faedah.

Khamis, 25 Oktober 2007

Flange dan Bolt


(Sila Double klik kat gambar untuk lebih jelas)
Sewaktu menjalankan Pneumatic test hari ini, aku dapati beberapa End Dummy Flange berada dalam keadaan short bolt (bolt dan nut yang tidak sempurna). Dengan menggunakan sedikit kepakaran (ibu jari, jari telunjuk dan spanar) aku cuba menilai saiz stud bolt yang diperlukan. Kemudian aku kebahagian Stor untuk mengambil stud bolt yang aku nilai tadi iaitu; stud bolt yang nut dia saiz 27 dan panjang dia 4 inci. Hasinya aku terpaksa berulang alik ke Stor sebanyak 2 kali kerana stud bolt tersebut tersalah kecik dan pendek.
Apa yang aku nak kongsi disini ialah bertapa bertuahnya kita yang hidup dipenghujung usia dunia ni kerana orang dulu2 dah alami apa yang aku alami sebentar tadi. Dengan rasa penuh tanggung jawab mereka dah standardize benda ni semua kepada kita, x payah susah susah lagi rujuk sahaja jadual yang telah disediakan spt diatas (http://danloc.com/TableB2.htm) dan bergembiralah.....(terima kasih buat en. Zulfadli atas maklumat berguna ini).

Khamis, 11 Oktober 2007

Selamat Hari Raya


Aku bagai x percaya yang aku mampu mengharungi Ramadhan tahun ini tanpa ponteng seharipun, aktiviti precommissioningnya begitu mencabar keimanan aku. Aku masih ingat, sewaktu ditugaskan untuk memastikan sistem Flare berada dalam keadaan bersedia sebelum kedatangan specialist dari Italy (SAMIA), dimana aku terpaksa memanjat sehingga ketinggian 52 meter disiang hari untuk memastikan paip NG dan udara bersambung dengan sempurna dan betul. Kemudian melakukan Pneumatic test bagi setiap Flange pada keesokan harinya (Terima kasih untuk team en. Kamal), bayangkan bagaimana penatnya memanjat Monkey Ladder sehingga ketinggian 52 meter dibulan puasa.

Aku juga telah diamanahkan untuk melakukan Pneumatic Test bagi satu sistem tangki yang berkapasiti 500 m3, yang kebanyakan Flange nya tidak diikat dengan sempurna oleh kontraktor (terima kasih buat en. Suhaimi dan Subry). Setiap kali jam 12.00 tgh, aku melihat air sabun yang kami gunakan untuk Pneumatic test ini begitu menyelerakan. Alhamdulillah, aku masih mampu bertahan sehingga waktu berbuka puasa setiap hari.

Anda mungkin tertawa kerana melihat senario remeh yang aku ceritakan dan bagaimana ia hampir merosakkan puasa aku. Disini ingin aku nyatakan yang aku pernah lihat sebilangan umat islam yang mengadaikan puasanya untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan, kemudian hasilnya masih tidak memuaskan dan memberikan alasan sedang berpuasa. Ada juga segolongan yang tidur sepanjang hari atau menjadi seperti ibu ayam mengeram telur.

Aku rasa tahun ini hari raya bagi aku begitu bermakna, kerana aku berhak merayakan kejayaan aku mempertahankan puasa dan integriti aku sebagai umat islam. SELAMAT HARI RAYA.....