Selasa, 27 September 2011

Asasnya sudah betul




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[191]

Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?

[192]
Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka, dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri.
[193]
Dan jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru benda-benda itu untuk memperoleh petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat menurut (menyampaikan hajat) kamu; sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyerunya atau mendiamkan diri.
[194]
Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.
()


Jika kita lihat tafsiran ayat 191 hingga 194 surah Al-A'raf ini kita akan dapati secara asasnya orang islam ni sudah cerdik. Sudah dapat membezakan perkara penting dalam mencari tuhan. Mereka yang menyembah berhala yang tidak bernyawa dan tidak pula mampu melakukan apa-apa kebaikan atau membawa keburukan ini seharusnya dari segi asasnya adalah 'Kurang Cerdik'. Ironinya dalam realiti kehidupan ini kebanyakkan umat Islam berada jauh dibelakang dalam segala hal dan umat yang kurang cerdik ini pula menjadi peneraju. Jadi dimana silapnya kita? kenapa kita yang tidak tertipu dengan menyembah sesuatu yang tidak bernyawa dan dibuat sendiri ini tidak mampu menakluki dunia? Sedangkan kita telah mendengar "Apabila kebesaran Allah ada dalam diri kita, dunia yang kecil akan mudah kita takluki"
Kerana kita cuma secara teori mangatakan Allah itu esa tetapi secara praktikal masih menyekutukannya dengan tuhan-tuhan yang lebih hina dari berhala tadi.
Satu peringatan pada diri aku sendiri

Isnin, 8 Ogos 2011

Pengurusan cara melayu?

Isu Dawama cukup memalukan. Ini memperlihatkan kegagalan sebuah syarikat Melayu yang diberi kontrak oleh kerajaan dan TIDAK BERSAING dengan syarikat lain, TETAPI AKHIRNYA GAGAL (Utusan Malaysia, Ahad 7 Ogos).

Sabtu, 23 Julai 2011

Sisa Terjadual (Scheduled Waste) bhg 1

Assalamualaikum,
Rasanya agak lama aku x update blog aku ni. Dulu semasa aku menjadi pembaca blog orang aku selalu bersangka buruk kepada penulis blog yang x update blognya. Kini aku faham kenapa ada sesetengah blog lama x update atau ditinggalkan begitu sahaja...banyak lagi bende penting lain nak buatkan?

Ok lah disini aku nak kongsi sikit pasal tajuk kat atas:

Kenapa ia dipanggil Sisa TERjadual?
  1. Adakah kerana ia secara tidak sengaja dijadualkan?
  2. Atau ianya kesalahan ejaan?
  3. Atau ia tidak memberi apa2 makna?
Sebenarnya ia degelar sebegitu kerana 'Ia merupakan apa-apa buangan yang termasuk didalam kategori buangan yang disenaraikan dalam jadual pertama Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)2005'

Ia mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2005.

Jadi pada sebelum tu pihak-pihak industri dengan sewenang-wenangnya membuang sisa2 industri yang merbahaya kedalam sungai ataupun ditempat pembuangan sampah biasa.

Sisa Terjadual diketegori kepada 4 kumpulan:
  1. SW 1 Metal and Metal-Bearing wastes
  2. SW 2 Waste containing principally inorganic constituents which may contain metals and organic materials
  3. SW 3 Waste containing principally organic constituents which may contain metals and inorganic materials
  4. SW 4 Waste contain either inorganic or organic constituents
  5. SW 5 Other waste
Sisa2 ini diambil kira selepas menilai SW yang dijadualkan dinegara lain dan yang telah dinyatakan oleh Basel Convension on the Transboundary Movements of Hazardous Wastes and their Disposal 1989.

Ahad, 23 Januari 2011

Kalau dah mintak bantuan

Antara sebab kenapa manusia dijadikan serba kekurangan adalah supaya mereka saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain. Tiada manusia yang sempurna atau boleh melakukan semua perkara. Pihak pengurusan loji biasanya tahu akan hal ini, oleh itu setiap masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh pihak dalaman akan dipanjangkan kepada mereka yang lebih tahu diluar. Ianya biasanya dikenali sebagai kontraktor atau konsultan.
Pengalaman aku kerja dalam bidang Petrochemical ni ada satu sifat buruk yang aku perhatikan yang aku rasakan 'Lebih sudu dari kuah'. Apabila ada sesuatu masalah yang timbul dan telah gagal diselesaikan dalam masa yang diingini kemudian bantuan kontraktor atau konsultan luar diminta (dengan bayaran). Yang meminta bantuan berlagak sebagai yang lebih tahu pulak. Memberikan arahan tentang bagaimana seharusnya perkara itu diselesaikan, menjadikan yang sedang membantu seolah2 kuli-kuli yang menurut perintah. Yang lebih teruk lagi, membantah saranan konsultan dengan memberikan pandangan sendiri yang kurang bernas dan kemudiannya diguna pakai untuk mengurangkan bayaran konsultan tersebut. Bila timbul masalah dikemudian hari tak boleh nak klaim waranti dan terpaksalah panggil balik kontraktor atau konsultan dengan bayaran baru.
Perkara begini biasanya berlaku pada level-level Engineer yang mempunyai sifat tidak mahu kalah yang tinggi dalam diri. Nasihat aku buat diri sendiri; kalau dah mintak bantuan, belajar dari yang membantu. Bila masalah yang dihadapi dapat diselesaikan jadikan ia rujukan untuk menghadapi kemungkinan yang sama apabila berulang.

Sabtu, 15 Januari 2011

Lam Alif 2

Seperti pos aku yang terdahulu, La (لا )( Lam Alif) merupakan rumusan atau inti pati bagi kalimah La Ilaha ilAllah ( لا إله إلا الله). Ini kerana kita telah menafikan segala yang wujud di alam ini dengan mengakui kewujudan (yang Qidam dan Baqa') hanya Allah ta'ala sahaja. Kalimah ini juga kadang kala digelar membinasakan kewujudan diri (dan alam ini) sekali gus menjadikan sekelian wujud ini wujud Majazi (sandaran) untuk membuktikan kewujudan Allah Ta'ala.

Agak susah bukan?

Bagaimana dengan yang ini:

Segala kewujudan zahir ini terdiri dari unit-unit kecil atom2. Ernest Rutherford melakukan sebuah eksperimen luar biasa yang kemudiannya berhasil mengunkapkan bahagian dalam dari isi atom. Para Saintis amat terkejut ketika mendapati bahawa bahagian dalam atom terdiri dari ruang kosong. Jadi bagai mana atom yang kosong itu membentuk tembok padat yang berada disekeliling kita?

Agaknya apa yang diisi oleh ruang kosong itu? adakah ia sebenarnya kosong atau ianya adalah bukti kewujudan tuhan yang kita kenali dengan 99 nama dan 20 sifatnya?



Isnin, 6 Disember 2010

Bunuh Ular itu!

Sebenarnya terdapat banyak contoh akan kehebatan bangsa melayu ni, hari ini aku nak kongsi salah satu darinya. Kalau korang perasan masa zaman bebudak kita sering mendengar lagu Bangau Oh Bangau. Satu lagu yang pernah pada satu masa disalah ertikan sebagai mengajar bebudak untuk lepas tangan. Bagi aku lagu ini sebenarnya bagus untuk Trouble Shooting kat Loji, kita tengok balik lirik dia:

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus Ikan tak mahu timbul!

Ikan oh ikan kenapa kau tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat!

Rumput oh rumput kenapa kau panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku!

Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit!

Perut oh perut kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah!

Nasi oh nasi kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah!

Kayu oh kayu kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku!

Hujan oh hujan kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku!

Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku!

Ular oh ular kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, memang makanan aku!

(Jawapan Ular agak anggkuh bukan?)

korang perasan tak yang GURINDAM ini mengajar kita akan kaedah Root Cause Analysis dengan cara Why-Why.

Katakan produk kita adalah seekor burung Bangau yang gemuk dan katak adalah Pemula bagi Process Flow kita.

Tetiba produk kita Off-Spec dengan menjadi kurus. Perkara yang paling hampir dengan keadaan ini adalah faktor makanannya yang tidak mencukupi atau masalah pada bahagian Up-Stream. Kita boleh menangani masalah ini dengan membekalkan ikan dari pasar dengan menyediakan bekas ditepi Bangau, tetapi harus kita ingat yang Bangau yang kita janjikan kepada pelanggan adalah yang mempunyai ciri ciri yang semulajadi yang bermula dari katak. Dengan menyediakan ikan dari pasar kita sebenarnya tidak menyelesaikan masalah tetapi mencipta masalah baru. Langkah yang paling bijak adalah dengan mencari dimana bermulanya masalah didalam Process Flow dengan kaedah analisa melalui kenapa. Tanya kenapa sehingga ianya memuaskan persoalan kita (berdasarkan kaedah kejuruteraan dan pengalaman) jadi cara yang betul untuk menangai masalah ini adalah dengan membunuh Ular itu.

Disini aku nak kongsi satu cerita:

Terdapat satu Screw Conveyor yang membawa debu bahan kimia ke Hopper melalui discharge 50NB. Suatu hari Screw conveyor ini menghadapi masalah kerana lubang dischargenya tersumbat dan memaksa sistem ini dihentikan untuk proses Dechoking dimana penutup conveyor terpaksa dibuka. Kemudian keadaan ini semakin kerap berlaku, dan penyelesaiannya adalah dengan kaedah dechoking ini. Oleh kerana pihak Mekanikal sudah penat membuka dan menutup penutup Conveyor ini akhirnya penutupnya tidak lagi dipasang. Jalan penyelesaian yang dibuat adalah dengan mencipta satu Rod khas untuk proses Dechoking dan satu Inspection Door yang diikat dengan Fly Nut. Ini menjadi rutin terbaru Loji ini sehinggalah mereka mendapat aduan dari pelanggan yang produk mereka terdapat peratusan air yang tinggi. Apabila siasatan dilakukan, didapati peluh juruteknik yang melakukan operasi Dechoking telah menitik masuk kedalam sistem Conveyor. Bagi menyelesaikan masalah ini, satu SOP baru dibuat bagi operasi Dechoking dimana setiap juruteknik dipaksa memakai baju khas untuknya.

Nampak tak? bagaimana jika punca Discharge tersumbat dicari dan diselesaikan?
Anda pikir lah sendiri.