Sudah ditakdirkan Islam itu kepada bangsa Melayu, satu bangsa yang penuh dengan kelemahan. Seperti juga ia merahmati bangsa Arab Jahilliyah yang mundur disebuah padang pasir sehinggakan tiada kuasa besar yang ‘berselera’ menjajahnya kerana kejahilan mereka. Bangsa Melayu tidak sejahil bangsa arab jahilliyah tetapi kerana berada dalam persekitaran yang makmur dan dilimpahi rezeki secara semula jadi menjadikan mereka ‘seolah-olah’ tidak mempunyai daya saing dan anisiatif untuk memajukan diri. Maka benarlah ungkapan “Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang” buat bangsa Melayu. Bersesuaian dengan sifatnya sebagai agama fitrah dan membawa kesejahteraan, segala kelemahan yang ada pada bangsa Melayu dapat dibaiki dan menjadikan bangsa Melayu satu bangsa yang hebat suatu masa dahulu.
Seperti penganut-penganut agama Islam yang lain diserata dunia, bangsa Melayu juga telah hanyut dan dijangkiti penyakit al-wahan kerana telah meninggalkan dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Sunnah. Persoalan tentang agama hanya berkisar kepada Politik semata-mata dan meninggalkan kemahiran Ekonomi (Mua'malat), Perkahwinan (Munakahat), Jenayat, Adab, Ibadat, Kebersihan dan Ketenteraan. Tidak hairanlah bangsa Melayu amat mahir membahaskan persoalan Hudud dan perihal sekular tetapi amat tertinggal dari segi ekonomi dan pembelajaran.
Dari segi ekonomi misalnya, Ketika membahaskan usul 'Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak, berkata masyarakat Cina terus mencapai peningkatan dari segi hak milik sektor korporat, iaitu kepada 42.4 peratus dan hak milik premis sebanyak 76.1 peratus, manakala Bumiputera mempunyai pemilikan ekuiti dalam sektor korporat 19.4 peratus dan hak milik premis sebanyak 15 peratus.
Dari segi adab dan munakahat pula bangsa Melayu juga kekal terkebelakang berbanding bangsa lain. Sebagai contoh,mengikut perangkaan Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Manakala satu fakta yang menyedihkan dimana Lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah daripada kalangan umat Islam, kata Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Zaman Khan.
Amat malang bagi agama Islam kerana imejnya tercemar kerana penganut mereka. Memang cakap-cakap politik akan mempertikaikan masalah bangsa dan agama ini. Mengikut banci tahun 2000, penganut agama Islam dari kalangan bangsa melayu merangkumi 55% dari 60.4% jumlah penganut agama Islam diMalaysia. Angka ini menjadikan agama Islam begitu dominan dengan orang melayu sehinggakan bagi yang baru memeluk agama suci ini dikatakan ‘masuk Melayu’. Bagi penulis, amat baik jika bangsa Melayu lebih menonjol sebagai Melayu berbanding mendabik dada dengan status Islam mereka. Jika berlaku perubahan kepada seseorang Melayu itu, pasti semua akan tahu ini kerana agamanya Islam yang dianutinya sekaligus menjadi dakwah kepada bangsa lain. Kecuali jika mereka bersedia kembali kepada Islam sepenuhnya bukan sekadar cakap-cakap Politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan