Dalam siri katun SpongeBoob, watak en. Crab selalu menyebut "masa itu duit". Bagi orang yang kerja makan gaji istilah itu kurang memberi makna kepada mereka kerana setiap cukup bulan gaji akan masuk. Bagi yang bekerja disektor swasta dan loji pemprosesan khasnya, istilah ini memainkan peranan yang amat besar buat mereka. Tidak hairanlah terdapat pelbagai peraturan atau perkara yang dilakukan untuk memastikan pekerja bekerja dengan sempurna untuk setiap jam yang dibayar. Aku pernah mendengar yang ada sesetengah loji memasang CCTV disetiap lokasi strategik untuk memastikan pekerjanya tidak curi tulang. Bagi loji pemprosesan, hidup dan mati mereka bergantung kepada permintaan pasaran. Selagi terdapat permintaan selagi itu alatan akan beroperasi untuk mencapai target permintaan walau apa pun yang berlaku.
Apa yang nak aku ceritakan kali ini adalah berkenaan bagaimana untuk menghadapi situasi kerosakan alatan atau satu unit opersi ketika loji sedang beroperasi. Seperti apa yang aku nyatakan kat atas, kita kena ingat dan tahu yang masa itu duit setiap masa yang dibazirkan oleh alatan atau unit operasi yang diberhentikan akan menyebabkan kerugian kepada syarikat. Oleh itu perangcangan yang teliti amat perlu untuk memastikan kerugian dapat diminimakan.

- Perhatikan kerosakan jika boleh dibaiki 'online' atau semasa alatan sedang beroperasi, sila lakukan secara 'online' (selepas mengambil kira keselamatan dan resiko).
- Jika tidak boleh dilakukan secara 'online' rangcang pemberhentian dengan teliti bagi kerosakan tidak kritikal. Sebolehnya cuba ambil kepastian dari pihak Maintenance tentang masa yang diperlukan untuk membaik pulih. Pastikan unit dibahagian Upstream dan Downstream tidak terganggu. Bina aras tangki bahagian Downstream semaksima yang mungkin dan rendahkan tangki bahagian Upstream seminima mungkin.
- Pastikan pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan telah berada 'ditempat kejadian' bersama alatan yang diperlukan (pihak maintenance telah bersedia sepenuhnya) barulah alatan diberhentikan.
- Jika kerosakan terlalu kritikal? nak buat macam mana lagi, terimalah segala kemungkinan dah sah lah preventative maintenance kurang berkesan. Biasanya kerosakan dibaiki dengan kadar minima sekadar cukup untuk bertahan sehingga permintaan pasaran telah dipenuhi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan