Antara faktor yang menjadikan ramalan ini seakan-akan benar adalah wujud satu nama besar yang sesat lagi menyesatkan iaitu, Nostradamus. Bagi aku manusia ini tidak meramalkan apa2 pun kerana tiada satupun dari ramalannya membuat manusia dapat menghalang sesuatu musibah melainkan selepas segalanya berlaku yang kemudiannya terdapat cerdik pandai mengaitkan kejadian itu dengan tulisannya. Jadi apa yang hebat sangat dengan mamat ni? tiada faedah sedikitpun tulisannya untuk kita jika setakat apa yang telah berlaku sahaja menjadikan tulisannya membawa manfaat kepada kita maka lebih baik tulisannya tak wujud. Aku merasakan tulisan Nostradamus telah dimanipulasi oleh oleh pihak berkepentingan untuk meracun fikiran manusia sejagat seperti kes 11 Sept dan Hitler. Menonton dokumentari 2012 dalam siaran ASTRO History meyakinkan aku lagi kepada kenyataan aku ini tentang Nostradamus.
Berkenaan dengan ramalan kaum Mayan. Disini aku nak lontarkan satu persoalan, apa hebatnya bangsa ini berbanding dengan tamadun Mesir, Hindus dan China? kenapa tamadun lain yang lebih kehadapan dari segi berpakaian dan peradaban tidak dapat meramal kejadian ini? jadi apa yang hebatnya tentang tamadun ini. Ianya tak lebih dari tamadun barat sekarang yang hebat dari segi kebendaan tetapi kosong dari segi keagamaan.
Memang bumi telah berada dipenghujung hayatnya hasil tangan2 manusia yang berdosa kerana gagal menjalankan amanah Allah sebagai Khalifah. Namun persoalan tentang hari kiamat adalah menjadi rahsia mutlak Allah. Bagi orang islam perkara ini melibatkan akidah mereka. Sebenarnya dalam kita masih sangsi akan nasib umat manusia pada penghujung 2012 kita tidak sedar yang kiamat itu urusan Allah dan telah dinyatakan yang hanya Allah yang mengatahui bila tarikh kiamat itu. Apa yang ada dalam ilmu kita adalah beberapa tanda kecil dan besarnya sahaja, sekarang yakinlah tiada apa yang yang hendak di takutkan pada 2012 nanti. Demi akidah kita.
3 ulasan:
- sila buat kajian tentang kaum madyan, al quran pun ada menyebut tentang kaum ini, cuba lihat youtube tentang kalendar madyan. mereka memang memiliki kelebihan dari segi mengukur dan timbangan, tetapi sayang, apabila seorang nabi disampaikan kepada mereka disebabkan mereka menipu dalam menakar, maka Allah turunkan bala untuk mereka. Mungkin juga mereka berjaya mengukur tahun hari kiamat, mungkin juga mereka tersilap, atau mereka masih menipu dalam mengukur.
Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan saudara mereka, Syuaib. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman".
- Tetapi yang pasti! bila tentang kiamat itu, hanya di sisi Allah. Ertinya. Madyan ni samada mereka menipu atau mereka tersalah.
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
ayat kedua : 7:187
ayat pertama : 7:85.
Catat Ulasan