Sabtu, 28 November 2009

Masa itu Duit

Dalam siri katun SpongeBoob, watak en. Crab selalu menyebut "masa itu duit". Bagi orang yang kerja makan gaji istilah itu kurang memberi makna kepada mereka kerana setiap cukup bulan gaji akan masuk. Bagi yang bekerja disektor swasta dan loji pemprosesan khasnya, istilah ini memainkan peranan yang amat besar buat mereka. Tidak hairanlah terdapat pelbagai peraturan atau perkara yang dilakukan untuk memastikan pekerja bekerja dengan sempurna untuk setiap jam yang dibayar. Aku pernah mendengar yang ada sesetengah loji memasang CCTV disetiap lokasi strategik untuk memastikan pekerjanya tidak curi tulang. Bagi loji pemprosesan, hidup dan mati mereka bergantung kepada permintaan pasaran. Selagi terdapat permintaan selagi itu alatan akan beroperasi untuk mencapai target permintaan walau apa pun yang berlaku.
Apa yang nak aku ceritakan kali ini adalah berkenaan bagaimana untuk menghadapi situasi kerosakan alatan atau satu unit opersi ketika loji sedang beroperasi. Seperti apa yang aku nyatakan kat atas, kita kena ingat dan tahu yang masa itu duit setiap masa yang dibazirkan oleh alatan atau unit operasi yang diberhentikan akan menyebabkan kerugian kepada syarikat. Oleh itu perangcangan yang teliti amat perlu untuk memastikan kerugian dapat diminimakan.
  1. Perhatikan kerosakan jika boleh dibaiki 'online' atau semasa alatan sedang beroperasi, sila lakukan secara 'online' (selepas mengambil kira keselamatan dan resiko).
  2. Jika tidak boleh dilakukan secara 'online' rangcang pemberhentian dengan teliti bagi kerosakan tidak kritikal. Sebolehnya cuba ambil kepastian dari pihak Maintenance tentang masa yang diperlukan untuk membaik pulih. Pastikan unit dibahagian Upstream dan Downstream tidak terganggu. Bina aras tangki bahagian Downstream semaksima yang mungkin dan rendahkan tangki bahagian Upstream seminima mungkin.
  3. Pastikan pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan telah berada 'ditempat kejadian' bersama alatan yang diperlukan (pihak maintenance telah bersedia sepenuhnya) barulah alatan diberhentikan.
  4. Jika kerosakan terlalu kritikal? nak buat macam mana lagi, terimalah segala kemungkinan dah sah lah preventative maintenance kurang berkesan. Biasanya kerosakan dibaiki dengan kadar minima sekadar cukup untuk bertahan sehingga permintaan pasaran telah dipenuhi.
Itulah serba sedikit petua dari pengalaman aku, ianya berbeza2 bergantung kepada cara pengurusan loji masing-masing. Apa yang penting "Masa itu duit"

Jumaat, 27 November 2009

Kiamat pada 2012? Siapa Mayan dan Nostradamus?



Semenjak dua menjak ni tarikh 2012 agak popular. Tarikh ramalan bangsa Mayan dan turut dikatakan diramalkan oleh Nostradamus menjadi kegilaan baru umat manusia. Apatah lagi disertakan dengan momokan hebat dari barat didalam wayang pecah panggung terbaru dengan tajuk yang sama.
Antara faktor yang menjadikan ramalan ini seakan-akan benar adalah wujud satu nama besar yang sesat lagi menyesatkan iaitu, Nostradamus. Bagi aku manusia ini tidak meramalkan apa2 pun kerana tiada satupun dari ramalannya membuat manusia dapat menghalang sesuatu musibah melainkan selepas segalanya berlaku yang kemudiannya terdapat cerdik pandai mengaitkan kejadian itu dengan tulisannya. Jadi apa yang hebat sangat dengan mamat ni? tiada faedah sedikitpun tulisannya untuk kita jika setakat apa yang telah berlaku sahaja menjadikan tulisannya membawa manfaat kepada kita maka lebih baik tulisannya tak wujud. Aku merasakan tulisan Nostradamus telah dimanipulasi oleh oleh pihak berkepentingan untuk meracun fikiran manusia sejagat seperti kes 11 Sept dan Hitler. Menonton dokumentari 2012 dalam siaran ASTRO History meyakinkan aku lagi kepada kenyataan aku ini tentang Nostradamus.
Berkenaan dengan ramalan kaum Mayan. Disini aku nak lontarkan satu persoalan, apa hebatnya bangsa ini berbanding dengan tamadun Mesir, Hindus dan China? kenapa tamadun lain yang lebih kehadapan dari segi berpakaian dan peradaban tidak dapat meramal kejadian ini? jadi apa yang hebatnya tentang tamadun ini. Ianya tak lebih dari tamadun barat sekarang yang hebat dari segi kebendaan tetapi kosong dari segi keagamaan.
Memang bumi telah berada dipenghujung hayatnya hasil tangan2 manusia yang berdosa kerana gagal menjalankan amanah Allah sebagai Khalifah. Namun persoalan tentang hari kiamat adalah menjadi rahsia mutlak Allah. Bagi orang islam perkara ini melibatkan akidah mereka. Sebenarnya dalam kita masih sangsi akan nasib umat manusia pada penghujung 2012 kita tidak sedar yang kiamat itu urusan Allah dan telah dinyatakan yang hanya Allah yang mengatahui bila tarikh kiamat itu. Apa yang ada dalam ilmu kita adalah beberapa tanda kecil dan besarnya sahaja, sekarang yakinlah tiada apa yang yang hendak di takutkan pada 2012 nanti. Demi akidah kita.

Ahad, 22 November 2009

Bahaya Ahbash

Dr Yusuf al-Qaradawi mengulas tentang puak ini dengan katanya:

“Semenjak beberapa tahun yang lalu aku ada mendengar tentang satu jamaah yang zahir di Lebanon, ia menimbulkan masalah kepada umat Islam di sana dengan pandapat-pendapat yang pelik, menyeleweng dan pandangan-pandangan yang merbahaya dalam persoalan aqidah, fekah dan akhlak…dan yang lebih dahsyat bahayanya apabila mereka mengkafirkan setiap orang yang berbeza dengan mereka dalam kalangan umat Islam hari ini atau yang terdahulu. Mereka mengkafirkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, anak muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim, dan sesiapa yang mengikut dua orang tokoh ini seperti tokoh tajdid tauhid di al-Jazirah al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Demikian juga mereka mengkafirkan ramai dari ulama semasa seperti al-’Allamah al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz, Pemikir Islam Syed Qutb, dan selainnya… Golongan Ahbash yang pelampau dan menyeleweng ini mendakwa mereka adalah dari mazhab al-Imam Abu al-Hasan al-’Asy’ariy segi aqidah, mazhab al-Imam al-Syafi’i segi Fekah, dan mengikut Tarikat al-Rifa’iyyah dalam berakhlak. Akan tetapi hakikatnya mereka amat jauh dari manhaj kesemua para imam itu samada dalam pemikiran, adab dan akhlak.. Kumpulan ini yang mulanya timbul di Lebanon, dinamakan sebagai al-Ahbash, kerana tuan milik dakwah dan pemegang bendera mereka adalah seorang lelaki dari Habashah (Ethopia) berasal dari Harara, dia mendakwa dakwahnya ini adalah dakwah yang baharu, yang hasrat utamanya ialah memecah belahkan kesatuan umat Islam, mengucar-kacirkan mereka dan menyalakan api fitnah antara barisan umat Islam dan menghalang setiap usaha untuk membantu perkembangan agama ini. (Dr Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Muasarah 3/685-686, Dar al-Qalam).

Al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut:

“Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.

Selanjutnya sila baca: Bahaya Hujah Dibayar Darah

Lagi berkenaan Ahbash:

  1. Bank Ahbash
  2. Bahaya Al Ahbash

Selasa, 17 November 2009

Keselamatan didalam loji

Memang benar pihak pengurusan telah menyediakan pelbagai peraturan dan alatan keselamatan untuk menjamin keselamatan didalam loji. Namun asas kepada keselamatan adalah bermula dari kita sendiri. Memakai PPE adakalanya agak merimaskan dan merumitkan kerja, seperti memakai kaca mata keselamatan sewaktu tugas kimpalan atau Full Face Mask pada keadaan panas dan berwap. Kita mesti menerima hakikat perkara yang merimaskan kita itu 99% akan menghindarkan kita dari bahaya kekal kepada diri sendiri. Apabila sesuatu perkara yang berlaku kepada diri kita, percayalah! tak akan ada seorang pun yang akan menanggungnya melainkan diri kita sendiri. Jadi memang tak salah jika kita memakai selipar sewaktu didalam loji kerana jika terpijak paku atau Spanar terjatuh diatas jari kelingking kaki kita bukan orang lain peduli pun. Itu masalah kita.

Kadang-kadang kita terpengaruh dengan orang yang lebih senior dari kita, mengambil mudah pelbagai perkara. Memang mereka telah sepuluh atau lima belas tahun melakukan perkara yang sama tanpa mengalami sebarang kecederaan. Tetapi apa yang berlaku didalam tubuh badan mereka tiada siapa yang tahu melainkan diri mereka sahaja. Kita mungkin pernah mendengar rintihan kecil mereka akan masalah kesihatan yang seolah-olah tiada kena mengena dengan himpunan bahan kimia didalam tubuh mereka ataupun kesan keengganan memakai PPE. Pada kebiasaannya makhluk halus atau buatan orang sering dipersalahkan.

Untuk pengatahuan semua, kebanyakan masalah keselamatan ditempat kerja tidak akan menunjukkan kesannya dalam masa terdekat. Seperti keengganan memakai Ears Plug sewaktu melakukan kerja baik pulih Compressor disebelah Compressor yang sedang beroperasi. Hari ini mungkin tiada apa2 yang berlaku, tunggulah bila hari tua menjelang nanti. Orang masih boleh mendengar lagu2 dangdut kita telah terkenal dengan gelaran pekak.

Pada pendapat aku, bagi hal2 berkaitan keselamatan biar tersalah berlebihan berbanding tersalah berkurang. Misalnya pemeriksaan LEL pada kawasan yang kita rasakan tak merbahaya didalam loji bagi kerja kimpalan. Memang bagi sesetengah juruteknik (orang lama khasnya) ianya kelihatan sebagai kerja bodoh. Jika berlaku sebarang kemalangan, adakah berbaloi untuk kita tidak mahu kelihatan bodoh dengan akibat yang terpaksa ditanggung oleh orang yang terlibat?

Ingat! kita tidak boleh mengharapkan Peraturan, Safety Officer ataupun Penyelia untuk menjaga keselamatan kita. Sebagai manusia kita telah dikurniakan akal (aku tak rasa orang kurang siuman dibenarkan bekerja diloji) untuk menilai dan menjaga keselamatan diri kita sendiri. Kemudian, apabila setiap individu pandai menjaga keselamatan diri mereka, aku percaya secara automatik keselamatan organisasi akan lebih terjamin.

Sebelum aku menamatkan post aku pada kali ini aku ingin menceritakan pengalaman aku pada satu benda mistik dalam hal keselamatan ini:

Dua tahun lepas kat loji aku tersebar kehebatan cincin teras Munggal atau Kilo mengikut bahasa luar. Teras Kilo ini terkenal dengan khasiat menjadikan pemiliknya kebal. Apatah lagi seorang pemakai cincin ini pernah membuat demo mencurahkan asid keatas tangannya tanpa memberikan apa2 kesan mudarat. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari salah seorang juruteknik elektrik telah mengalami kemalangan kecil dengan terhiris jarinya sewaktu menggunakan gergaji. Memang ianya kemalangan kecil tapi lukanya agak besar. Apa yang menghairankan aku adalah dia merupakan salah seorang pemakai cincin teras kilo yang akan menjadikan pemiliknya kebal.
Kesimpulannya: Gunakan PPE yang sesuai dengan kerja anda.




Sabtu, 14 November 2009

Kepala Otak kau!

Sebenarnya kita kurang mengambil tahu bahagian tubuh yang dinamakan otak didalam kepala kita ini. Tambahan pula bagi orang melayu (lelaki) kepala bawah sering diambil berat dan menjadi lambang kehebatannya, beristeri lebih dari satu, anak ramai dan sebagainya digambarkan sebagai sesuatu yang hebat. Maka lahirlah pelbagai ubat kuat untuk menguatkan kepala bawah ini. Sayangnya bagi orang melayu, perlumbaan untuk menguatkan kepala atas dan otak khasnya amat kurang diambil berat. Tidak hairanlah ramai golongan burung kakak tua dikalangan kita yang malas membaca tetapi lebih suka mengambil fakta dari gosip dan TV. Apabila timbul sesatu isu, fakta kurang dititik beratkan tetapi kefanatikan dan apa 'orang kata' sering menjadi hujah. Apa yang lebih malang Pak Pandir dan Lebai Malang sering disalahkan tanpa bercermin akan keupayaan diri yang lebih jahil dari kedua watak sindiran ini.

Buat masa sekarang, negara barat sedang giat mengkaji bahagian otak ini. Berdasarkan kata2 ahli fizik terkenal, Fritjof Capra, dalam bukunya 'The Tao of Physic' "Seharusnya ada peralihan daripada ilmu2 fizik yang mengkaji objek mati di alam semesta kepada usaha memahami diri manusia. Ini kerana pengatahuan itu tidak lengkap hingga kehari ini" Tahun 1990 sehingga 2000 telah di istiharkan sebagai era otak oleh pemerintah Amerika dan secara tidak langsung menghasilkan banyak maklumat baru mengenai otak.

Sebenarnya bagi umat islam perkara ini bukanlah perkara yang baru. Agama islam telah memberi saranan untuk mengenal diri terlebih dahulu bagi mengenal Allah. selain itu fungsi akal amat dititik beratkan dalam setiap hukum dan kerana itu perkara yang mengkhayalkan adalah haram hukumnya didalam islam.

Kejahilan dalam ilmu tentang Otak menyebabkan kita gagal memaksimakan fungsi otak (Akal). akal adalah anugerah Allah kepada manusia yang diamanahkan menjadi Khalifah. Kegagalan ini akhirnya menyebabkan kita gagal menjadi Khalifah dengan baik dan berkesan.


Jumaat, 13 November 2009

Kelemahan Otak


Antara kehebatan otak yang tidak dapat ditandingi oleh komputer ialah dapat melakukan pelbagai kerja tanpa memerlukan satu sistem yang besar dan terkini. Apabila kita dapat melakukan pelbagai tugas dalam satu masa ini tidak bererti otak bertindak sekali gus pada satu masa. Kelemahan otak manusia ialah ia tidak dapat melakukan lebih dari satu kerja dalam satu2 masa. Apa yang kelihatan pelbagai out put dalam satu masa adalah hasil kecekapan otak bertindak berdasarkan pengalaman.
Kelebihan berlatih tentang sesuatu perkara bukan menjadikan otak kita Multi task cuma lebih cekap dan cepat.
(Scientific American Mind Vol 20 n0.6)

Isnin, 9 November 2009

Kenapa memusuhi Dr Asri?


Aku tidak tahu dimana silapnya Dr Asri sehingga begitu ditakuti oleh tokoh agama aliran perdana negara. Bagi aku Dr Asri tidak membawa apa2 ajaran yang songsang tetapi mengajar umat Islam Malaysia supaya lebih terbuka. Seperti tulisannya didalam buku Mengemudi bahtera perubahan minda m/s 1

" Islam adalah agama yang dibina di atas hujah dan dalil. Sumber ajaran agung Islam adalah al-quran dan as-Sunnah. Tiada Islam tanpa hujah dan dalil. Segala cakap kosong tanpa alasan tidak layak untuk dikaitkan dengan agama yang suci ini.

Islam adalah agama Allah yang maha Mencipta lagi Maha Mengatahui. Justeru mustahil terdapat dalam ajaran Islam sesuatu yang menyanggahi fakta"

Adakah keterbukaan ini satu kesalahan didalam agama Islam? sepanjang mengikuti tulisannya tidak terdapat sebarang perkara yang berkaitan Akidah yang dimudah2kan oleh beliau seperti tulisannya "Tegas berakidah, Luas dalam Fekah" adalah amat malang buat umat Islam yang terlalu taksud dalam perkara Fekah tetapi mengabaikan Akidah yang sebenarnya menjadi tunjang Islam itu sendiri seperti tulisan beliau

" Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.

Saya pernah melihat kumpulan yang berjubah dan berserban sakan, namun pergi memohon hajat di kubur Pulau Besar Melaka. Pengaruh tarekat yang berlebihan, atau kesufian yang melampau sering menjadikan sesetengah pihak gagal untuk membezakan antara batasan iman dan syirik.

Guru, atau bomoh sering diangkat melebihi kadar yang patut. Walaupun dalam masa yang sama, kita lihat mereka ini begitu menjaga sesetengah amalan fekah, sehingga kelihatan sempit dan beku. Maka tidak pelik di negara kita jika ada imam masjid yang masih kuat pegang dengan bomoh, atau terikut dengan tarikat yang bukan-bukan.

Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik. Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun ramai orang masih takut dengannya."   

Pemahaman umat Islam yang terlalu takut untuk menyanggah kata2  guru2 Agama yang selama ini kebal disebalik kopiah dan jubah mereka turut ditegur oleh beliau

"Apa saja pandangan tentang Islam yang menyanggahi Al-Quran atau as-Sunnah atau asas-asas kemaslahatan yang digariskan oleh syariat adalah tertolak tanpa mengira siapa pun tokohnya. Maka pendapat setiap orang sekalipun dia mufti, atau tuk guru atau ustaz, boleh diterima atau ditolak kecuali Al-Quran dan Sunnah"




Sebelum Dr Asri, tiada tokoh agama yang berani dan lantang mengkritik dalam menyampaikan dakwah Islam ini, seperti tulisan beliau "Agama bukan candu untuk mengkhayalkan orang miskin" antara petikan artikel ini

" Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah"

Didalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini  pada m/s 8 dibawah tajuk "Memahami isu penangkapan Dr Asri" hasil tulisan Yusri Mohamad naib Presiden MAIM, menyatakan bertapa merbahayanya Dr Asri buat umat Islam Malaysia yang selama ini hidup dalam penuh keharmonian  hasil usaha tokoh agama arus perdana. Beberapa alasan yang kurang kuat hujahnya diberikan dan banyak kedangkalan fakta yang aku rasa tidak merujuk pada penulisan Dr Asri tetapi hanya berdasarkan sangkaan buruk semata2. Maaf! jika tidak kerana tulisannya didalam Mingguan Malaysia pada hari ini aku tidak pernah menyedari atau  terbaca artikel beliau dalam membangunkan minda umat Islam Malaysia. (mungkin beliau pernah menulis artikel pasal sejadah berdiri atau mengulas isu bunyi pekikan dari perut bumi tanpa aku sedari). 
Memang aku bukan orang yang layak untuk mengulas isu Dr. Asri tetapi bagi aku agama Islam bukan sepatutnya berada pada keadaan seperti hari ini. Sering disalah ertikan dihina dan tidak membawa kepada kemajuan minda. Aku sudah bosan dengan Ustaz2 yang berceramah menceritakan keburukan orang lain atau kurang memberikan hujah atau fakta yang membina pemikiran umat.


Bagi aku kehadiran Dr Asri amat dialu2kan dalam mengembangkan minda umat islam Malaysia yang telah lama berada dalam ketaksuban dan kekeliruan.

Rabu, 4 November 2009

Otak Tercekik



Pernah tak kejadian ini terjadi pada anda:
  1. Hilang punca semasa berucap padahal semalam dah berlatih bersungguh2.
  2. Gagal mengingati ayat lazim apabila ditepuk member untuk berjemaah sewaktu Maghrib,Isyak dan Subuh.
  3. Lupa pesanan apabila hilang tumpuan untuk seketika.
Menurut pakar kaji otak, kejadian seperti diatas berlaku kerana keadaan otak yang tercekik. Iaitu kita cuba memaksa bahagian Cerebellum yang berfungsi secara automatik melakukan kerja manual, ini menjadikan system otak 'hang' seketika. Apabila kita mempelajari sesuatu yang baru, bahagian yang banyak terlibat adalah Cerebral Cortex dan apabila kita telah mahir tugasan diambil oleh Cerebellum.
Berdasarkan kajian kemungkinan otak untuk tercekik lebih tinggi berlaku bila disertai oleh tekanan (contohnya pak iman yang tepuk belakang kita untuk kes no 2). Bagi mengelakan kejadian ini sifat tenang amat digalakan atau berlatih dengan disertai tekanan.

(Diulas dari artikel 'Avoiding the big Choke' Dari majalah Scientific American Mind Vol 20 n01)