Khamis, 26 Februari 2009

Keep It Simple Stupid3



Assalamualaikum, apakhabar semua? Kali ini aku akan kongsi satu persamaan yang mudah dan amat berguna didalam loji pemprosesan:
P = ρgh
P = Tekanan (Pressure) (N/m2)
ρ = Ketumpatan (Density) (Kg/m3)
g = Halaju Graviti (9.81 m/s)
h = ketinggian (meter)
persamaan amat berguna untuk korang mencari penyelesaian kepada masalah yang akan aku kemukakan dibawah.
(Rujuk Rajah Diatas)
1. Pam yang tidak berfungsi dengan baik karana aras column turun dengan perlahan Pelbagai cara telah digunakan seperti mencuci paip suction dan discharge untuk memastikan ianya tidak tersumbat. Tanda2 yang pam cavitate juga tidak kelihatan seperti bunyi bising dan Amp pula agak stabil biarpun rendah. Macam mana ya?
ü Pengiraan Level (Aras)
PI2-Pi1 = 40 mmHg
Density Hg 13600 (buku aku m/s 7)
Guna formula diatas = 5336.640N/m2 @ 0.0534 bar (rujuk buku aku m/s 5).
Jadi tekanan bendalir pada bahagian bawah Column adalah 5336.64N/m2. Kemudian kita cari ketinggian bendalir ini.
Lagi sekali guna formula diatas:
5336.640/(9.81 x 1200)
=0.45 meter
Jadi bagi level gauge yang HP ke LP leg dengan jumlah 0.5 Meter,
0.5m = 100%
Jika 0.45 m,
0.45/0.5 x 100%
= 90.7%
Macam mana pula dengan Pam?
NPSHR
Guna formula diatas
= 0.6 x 9.81 x 1200 (bendalir yang ditangani)
= 7063.2 N/m2 @ 0.07bar
NPSHA
= 1 x 9.81 x 1200
= 11772 N/m2 @ 0.12 bar

ü Kemungkinan:
PI1 dan 2 tersumbat
Katakan, PI 1 = 80 dan PI 2 = 95mmHg
= 95 – 80
= 15 mmHg
= 9.81 x 0.015 x 13600
= 2001.24 N/m2
Cari ketinggian,
= 2001.24/(9.81 x 1200)
=0.17 meter
Cari peratusan,
= 0.17/0.5 x 100%
= 34%
Katakanlah pada peratusan diatas NPSHR
lebih rendah dari NPSHA, tapi pam x cavitate.
ü Katakan komposisi bendalir berubah kerana proses Upstream yang terganggu; (Density = 1000)
= 5336.64 /(9.81 x 1000)
= 0.6 meter
Jika kita tukar kepada peratusan, ia menunjukan yang arasnya terlalu tinggi. Kemungkinan ke-2 lebih logik.
Pam,
NPSHA katakana h terkini = 1.3 meter
= 1.3 x 9.81 x 1000
= 0.13 bar (NPSHA > NPSHR) oleh sebab itu pam x cavitate cuma kerja kurang.

Ahad, 22 Februari 2009

Kecerdasan

Pada masa ini aku sedang menghabisan naskah bertajuk "Revolusi IQ.EQ.SQ, Karangan Taufik Pasiak". Sebenarnya buku ini agak berat untuk pemahaman aku pada kali pertama aku membacanya. Topik berkenaan otak dan kelebihannya terutama nama saintifik dan fungsinya begitu mencabar minda aku.
Melalui buku ini aku faham perbezaan antara Chuck Liddell (ahli sukan tempur), Eddie Vedder (pearl jam) dan Albert Einstein (ahli fizik) dan kenapa Asia Carrera yang IQ tinggi memilih kerjaya yang mencabar fizikalnya.Rerupanya setiap manusia mempunyai 7 kecerdasan yang digelar kecerdasan majmuk iaitu:
  1. Linguistik
  2. Matematik
  3. Visual
  4. Kinestatik
  5. Muzik
  6. Interpersonal
  7. Intrapersonal
Setiap dari kita mempunyai kelebihan salah satu dari tujuh unsur ini. Jika kita dapat kenal pasti yang mana satu kelebihan kita cuba manipulasi dan pertajamkan sepenuhnya. Oleh kerana itu nama2 yang aku sebutkan diatas berjaya dalam bidang masing2. Kita kadang2 keliru kerana pandangan masyarakat yang mengiktiraf kebijaksanaan itu melalui Matematik semata2, sehinggakan kecerdasan lain diabaikan dan akhirnya kita membiarkan bakat sebenar kita kerana mengejar kemahiran yang bukan menjadi kecerdasan kita.
Satu lagi, jika kecerdasan itu terlalu berlebihan ia sebenarnya menunjukan ketidak seimbangan didalam otak kita, oleh itu kesederhanaan adalah perkara utama kerana ke-7 kecerdasan itu adalah satu yang berada pada otak kita.
Jadi jika kita x power main badminton atau suara x sedap nak berkaraoke, masih ada 5 kecerdasan untuk kita terokai. Lagi satu kalau kita bijak Matematik jangan hina yang lemah kerana kecerdasan lain mereka lebih super dari kita.

Sabtu, 31 Januari 2009

Api!

Kat Loji aku Butane dan Hidrogen adalah dua bahan kimia baru. Sewaktu Loji Butamer dalam proses pembinaan aku adalah antara pekerja yang terlibat dalam program pengkajian HAZOP nya. Dibawah bimbingan Mr Sankaran Narayanan dari UOP, pelbagai pengalaman yang dikongsi kepada kami berkenaan dengan kedua bahan kimia ini seperti kejadian 5 orang pakar yang terbakar hangus kerana bahana kebakaran halimunan H2 dan kejadian kebakaran kerana KO drum Flare yang Overflow kat Texas yang nyata kesemuanya mengerikan. Kini Loji baru ini telah 2 tahun beroperasi, sepanjang tempoh itu tidak terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini (berkat pengkajian HAZOP yang penuh ikhlas barang kali).
Bebaru ini terdapat dua kejadian yang menguji aku secara praktikal, kebocoran H2 dan n-Butane. Kedua kejadian ini berlaku dalam syift aku pada waktu malam dan antaranya ketika kebanyakan staf berada pada majlis makan malam syarikat.
Kejadian pertama berlaku pada pukul 2 pagi apabila pemandu trailer H2 melaporkan ada kebocoran kecil pada tiub yang menyambungkan trailer dan paip utama. Sebagai peneraju syift pada malam itu aku kena bertindak cepat dan keselamatan Loji, pekerja dan alam sekitar mesti menjadi keutamaan (gila bagus!). Tindakan utama yang perlu aku ambil adalah bergegas ketempat kejadian untuk melihat kebocoran. Sampai je kat pagar aku dah mula ketakutan, teringat cerita kematian 5 orang pakar yang terkena bahana api H2 ini. Jadi aku sekadar berada diluar pagar dan meneliti papan tanda yang diletakan oleh pembekal untuk mencari nombor kecemasan kemudian dengan penuh ketakutan bergegas ke Bilik Kawalan untuk menghubungi pembekal. Beberapa minit kemudian skuad kecemsan dari kuantan datang dan dengan selamba bergegas ketempat kejadian dan menggunakan handset berdekatan tempat kejadian. Kejadian kedua berlaku bulan lepas, kegagalan Gasket pada flange Control Valve DIB Overhead Condenser, juga berlaku pada malam hari. Ketakutan kerana berhadapan dengan resiko kebakaran menjadikan aku agak sukar membuat keputusan tambahan pulak Sparkless Tool berada dalam stor yang berkunci dan pemegang kunci pulak berada dipesta keramaian yang agak jauh dari Loji. Sebagai langkah sementara stim disembur pada kebocoran dan sempatlah aku memikirkan cara nak mengatasi masalah ini.
Sebagai langkah keselamatan dan untuk memenangkan jiwa2 yang bakal menghadapi perkara seperti diatas, aku sertakan satu azimat untuk korang dan aku supaya lebih bertenang dan fokus:

Ingat jika salah satu dari 3 atau 4 unsur ini tak ada, jangan takut x de apinya.
Teringat aku peristiwa sewaktu berlaku kebocoran besar semasa memula Pam kat n-Butane storage. Awan butane yang besar terhasil, seorang jurutera Intrumentasi berlari dengan kencang dan melaporkan melalui Walkie Talkie supaya semua pekerja mengosongkan kilang kerana bencana bakal menimpa...hakikatnya, hey itu hanya butane dan Oxigen haba x de lagi..x terbakarnya.

Rabu, 7 Januari 2009

Al Wahan

Bebaru ini ada persoalan ditimbulkan oleh rakan sekerja "dimana perginya doa semua orang Islam buat rakyat Palestin?"

Aku rasa jawapannya ada pada lirik lagu ini.

Ababil

Artist: Raihan
Album: Allahu
Song Category: Nasyid
Bagai gempa bumi yang menggegarkan
Tentera bergajah Abrahah
Ingin memusnahkan Kota Mekah
Kerana dengki benci terhadap rumah Allah

Tiada yang mampu untuk membantu
Mukmin hanya berserah kepada yang empunya Kaabah
Yakin dan berdoa
Allah sendiri yang akan menjaganya

Ababil kisah benar dari Al-Quran
Ababil bukan hanya kisah dongengan
Ababil satu bukti bantuan Tuhan
Jika kita bertakwa dan bertawakal kepada-Nya

Burung-burung Ababil dikirim Allah
Melemparkan batu yang panas, batu dari neraka
Menghancurkan bala tentera Abrahah, tanda pembelaanya

Persoalannya mengapakah kita di zaman ini
Dipermainkan sesuka hati oleh musuh kita
Tiada pembelaan dari Tuhan untuk umat ini
Kerna cinta dunia dan takut mati
(al-wahan)
Cubalah kita koreksi diri

Sabtu, 27 Disember 2008

Vacuum Pump (Pam Hampagas)


Liq. Ring Vacuum Pump Impeller
Pada pos aku yang lepas aku pernah menulis perihal Steam Ejector, alat yang digunakan untuk mewujudkan persekitaran hampagas (Vacuum). Bagi loji yang tidak mempunyai bekalan Steam yang mencukupi, biasanya Vacuum Pump digunakan untuk mewujudkan keadaan ini. Diatas adalah gambarajah Liquid Ring Vacuum Pump.
Ada Engineer baru bertekak dengan aku dengan mengatakan benda alah ni sebenarnya Compressor. Hujah ini diberikan dengan alasan secara prinsip Pump untuk cecair dan compressor untuk gas. Seorang Jurutera pakar dari India pernah berkata pada aku apabila aku mengutarakan persoalan ini "Saya boleh mewujudkan persekitaran Hampagas jika dibekalkan Centrifugal Pump dan cecair yang boleh mampat".
Jika korang perasan apabila nak menghidupkan Pump jenis ini, injap bagi cecair dibuka dahulu, kenapa? ada seorang jurutera yang kini berkhidmat dengan loji petro kimia dikertih menjawab untuk seal, benar kah?
Korang perasan x dengan nama Pump ni, nama tu bukan sesaja dia bagi tetapi berkenaan dengan fungsi cecair itu sendiri. Secara ringkas:
Impeller Pump ini bukan berada ditengah2 Casing tetapi sedikit keatas untuk memberikan ruang yang luas pada bahagian bawah dan sempit pada bahagian atas. Cecair digunakan untuk menarik gas dgn prinsip centrifugal dan kemudiannya memampatkan gas untuk menghambat gas keluar dari sistem dan mewujudkan tekanan negatif bagi gas dan memaksanya memasuki Pump. Oleh sebab itu aras cecair dikawal bagi memastikan keberkesanan Pump ini lebih baik, keadaan cecair yang berlebihan menyebabkan Pump menjadi kurang berkesan sama seperti keadaan dimana suhu cecair yang tinggi.



Isnin, 22 Disember 2008

Rachun

Kali ini aku akan mempersembahkan sketsa khas buat pembaca blog aku, tajuknya Rachun. Sketsa ni tiada nilai2 moral ataupun berunsur nasihat kerana bagi pengkritik filem Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, keperibadian sesuatu filem itu menyampaikan maksud bukannya nak mengajar orang.
Terimalah.....Rachun

Lokasi: tumpahan Kimia didalam Loji
Masa: Awal Shift (0700 hrs)
Watak Utama: Romli
Watak Pembantu: Penyelia (Che' Hussein)
Watak sampingan: Kengkawan Romli

Che' Hussein: "Rom, ada tumpahan kimia kat lokasi T-222"
Romli: "Tumpahan Kimia..teruk ke?"
Che' Hussein: "Tak la berapa teruk Rom, tapi kalau dibiarkan nanti melimpah keluar Loji, bahaya untuk alam sekitar tu!"
Romli: "Ah.. tok sah nak temberang lah Sein...dah 10 tahun aku kerja kat sini dah biasa memde tu tumpah kat situ. Dulu Bos suruh tanam kat belakang kilang je, pasal tak nak hantar ke Bukit Nenas" (Majikan mereka adalah warga asing yang amat pentingkan kebersihan di Negara mereka)
Che' Hussein:"Banyak lah kau punya alasan, cepat datang sini"
Romli: "Rilek la Sein, aku nak mencekik dulu ni"
Che' Hussein: " Okey lah, yang lain mana?"
Kengkawan Romli: "kami pun tengah mencekik"

Selepas 15 minit...
Romli: "Gila kau Sein...nak suruh aku buat kerja ni tanpa Full Face mask, kau nak suruh racun2 ni masuk dalam peparu aku?"
Che' Hussein: " Okey..Okey aku gi amik FFM"
Romli: "Sementara kau nak amik memde tu aku nak isap rokok sekejap"

Selepas 1 jam bekerja...
Romli: Sein...setahu aku, kerja2 macam ni x boleh dilakukan secara berterusan, nanti rosak peparu aku...aku nak berehat sekejap. Jom kengkawan kita gi Isap Rokok"

1 jam sebelum habis Syift...
Romli: "Sein, aku nak pergi mandi dulu...biar orang syift malam sambung. Aku tak nak balik dengan racun kat badan aku...bahaya kat keluarga aku. Kalau mereka sakit bukan kau yang susah"
Kengkawan:"betul tu...!"

Lokasi: Rumah Romli
Isteri Romli: "Abang...kalau nak merokok tu boleh tak kat luar rumah, busuk lah bau asap ni"
Romli: "Bukan boleh mati pun hidu asap rokok ni!"

Tammat.........

Ahad, 14 Disember 2008

Puncanya

Selamat hari raya haji buat semua...!
Sebenarnya aku masih dalam mood nak mencari keghairahan, banyak kata2 atau petikan artikel yang nak aku kongsikan bersama. Biar la dulu, nanti takut ada pulak kata aku nak bersyarah.
Loji aku dalam proses start-up selepas sekian lama ( 2 bulan) berhenti kerana tempias kegawatan ekonomi dunia. Oleh kerana tempoh shut-down yang panjang, banyak kerja2 penyelenggaraan yang dilakukan. Antara perkara yang sering dilakukan untuk menjayakan penyelenggaraan ini adalah menutup sumber pemanas paip atau vessel seperti steam tracing dan coil heating. Bebudak baru yang ditugaskan untuk bukak balik benda ni sering menghadapi masalah.
Disini aku nak turunkan petua yang berguna buat korang:
  1. Bagi sistem pemanas steam, sumber (supply) biasanya datang dari atas dan kembali ke bawah (return). Ini kerana nak elakan Hammering dan memaksimakan pemindahan habanya. Lagi satu line return mesti ada steam trap.
  2. Jika guna air panas, Supply dari bawah dan return kat atas. Ini nak elakan daya graviti yang akan mengurangkan pemindahan haba.
Okey selamat mencuba.