Ahad, 2 Mac 2014

Bagaimana seorang Jurutera boleh bertukar menjadi hamba?

(Lama tak Update pasal lupa Password)
Ini adalah sebahagian dari pengalaman dan pemerhatian yang aku perolehi sepanjang  12 tahun aku bekerja sebagai Jurutera. Ianya bukan sahaja terpakai untuk level Jurutera juga sesuai untuk Juruteknik.

Tahniah! anda baru sahaja mendapat kerja sebagai seorang jurutera pelatih dengan basic gaji 4 angka. Nampaknya penat lelah anda belajar selama ini terbalas, kini tiba masanya untuk membalas dendam kepada alam kemiskinan sewaktu bergelar Student. 
  1. Ok, anda berjalan2 dipusat membeli belah kemudian seorang awek menahan anda "Abang dah ada Kad Kredit dari bank kami?" kemudian dia akan menceritakan kelebihan kad plastik tersebut dan yang paling akhir "Abang TT disini"-kini anda boleh berbelanja dan membeli apa sahaja yang anda mahukan.
  2. Kereta, sudah lama anda mengimpikan kereta jenama ini. Mahal? Tidak mengapa selepas membuat bayaran bulanan, masih berbaki untuk makan dan minum ala kadar anda (masa belajar dulu anda boleh mengikat perut). Ini kereta impian anda lagipun sekarang terdapat promosi tanpa bayaran muka.
  3. Buah hati atau bakal bapa mentua anda mendesak anda "Now or Never!" Belanja mesti besar kerana status anda sebagai seorang jurutera. Usah khuatir pinjaman peribadi sehingga 10 kali gaji dalam tempoh 10 tahun. 
  4. Bosan membayar sewa rumah? wang keluar tetapi bukan menjadi aset anda. Sebuah rumah yang sepadan dengan status anda sebagai jurutera harus dimiliki.
Perkara diatas adalah antara jerat-jerat kewangan yang bakal anda tempohi. Oleh kerana kita tidak diajar di Universiti dalam pengurusan kewangan, kita biasanya akan terjerat. Keghairahan kita berbelanja biasanya kan terhenti selepas kita dapati baki bulanan gaji sudah tidak seperti yang sepatutnya.

Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah ini:
  1. Bertukar tempat kerja - kenaikkan gaji tahunan biasanya kurang dari 10% dan ianya bergantung kepada prestasi anda dan juga prestasi syarikat. Untuk kenaikkan yang besar biasanya akan berlaku dengan bertukar tempat kerja. Malangnya tujuan anda bertukar tempat kerja adalah kerana masalah kewangan dan anda biasanya kurang bersedia dengan cabaran baru. Anda harus faham, anda dibayar gaji yang tinggi adalah untuk pengalaman anda dan biasanya hirarki anda ditempat baru adalah lebih tinggi dari tempat lama anda dan TEKANANNYA JUGA TINGGI. Anda akan menderita dan bertukar-tukar tempat kerja seperti orang dikejar hantu.
  2. Jika masih terdapat kemungkinan untuk membuat pinjaman peribadi sila lakukan. Tetapi anda harus faham pinjaman peribadi merupakan satu bebanan jangka panjang. Anda tidak tahu apa yang bakal berlaku didalam tempoh itu dan kaedah ini biasanya akan menjadi jerutan yang kuat jika anda masih tidak berubah.
Setelah anda melalui semua perkara diatas anda kini menjadi seorang Jurutera yang tidak merdeka. Tiada lagi semangat untuk memajukan diri. Kini anda akan lakukan apa sahaja untuk wang, anda mula takut untuk mengambil resiko, membuat keputusan yang bebas dan mempertahankan prinsip anda. Yang paling malang anda bakal menjadi HAMBA kepada dunia dan melupakan akhirat.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teruskan berblog tuan