Selasa, 3 Jun 2008

Flooding dan Dumping

Kadang2 sesuatu yang melucukan apabila jurutera2 baru kat tempat aku menggunakan istilah sewenang2nya tanpa sokongan fakta yang kukuh. Apa yang amat aku kesalkan budaya membeli buku rujukan pulak macam nak beli emas sekilo. Sesapa yang rajin beli pulak kena sindir "buku banyak, x power jugak!" dan kalu diberi percuma untuk difotokopi ramai pulak yang sanggup tampil untuk meminjamnya. Bagi aku setiap peluang menambahkan ilmu mesti diambil, jika ada sumber rujukan yang dirasakan perlu beli aje. InsyaAllah akan berguna dimasa hadapan, jangan terhantuk baru nak pakai topi keselamatan.

Okeylah...kembali kepada topik kali ini (aku kadang2 emosional jugak):
Dalam Distillation Column Cecair dan Wap akan bergerak bertentangan. Bagi Cecair pergerakkan akan berlaku dengan kehadiran Graviti (P= Density x Gravity x h) dan bagi wap perbezaan tekanan akan membolehkan ia mengatasi halangan cecair diantara Trays (tempat dimana permindahan jisim berlaku).
Tujuan Weir adalah untuk memastikan cecair berada pada jangka masa yang ditetapkan diatas Tray supaya wap dan cecair dapat berhubung dengan sempurna. Bagi memastikan pemindahan jisim dapat berlaku dengan sempurna kedua daya yang bertentangan semestinya tidak melebihi antara satu sama lain.
Apabila tekanan terlalu tinggi bagi wap menghalang pergerakkan cecair secara graviti akan berlaku sesuatu yang diistilahkan sebagai Flooding bagi Column. Keadaan dimana cecair yang tidak dapat mengalir kebawah kemudian terkumpul dan memenuhi bahagian yang tersekat. Antara tanda2 Flooding adalah:
  1. Level Column yang akan berkurangan (Pump amp)
  2. Peningkatan tekanan pada bahagian bawah Tray yang Flooding.
  3. Suhu column seperti piramid.
  4. Level Condenser Receiver yang naik mendadak.
Pada ketika ini penambahan refluk bagi mengurangkan suhu bahagian bawah Column akan memburukkan keadaan.
Antara sebab2 lain Flooding adalah:
  • Tray yang rosak dan tersumbat.
  • Jarak antara hujung Downcomer dan Tray yang seterusnya yang tidak memadai.
Pengurangan Feeding dan sumber pemanasan (steam) dapat membantu mengatasi masalah ini jika ianya tidak melibatkan masalah mekanikal.

Manakala Dumping pula keadaan dimana tekanan cecair mengatasi tekanan wap. cecair akan mengalir secara bebas dan mengurang kan masa pertemuan sekali gus pemindahan jisim akan berkurang.
Antara faktor yang menyebabkan Dumping:
  • Tray yang senget.
  • Weir yang terlalu rendah.
  • Tray yang rosak.
Dumping juga dikenali sebagai Weeping kerana cecair yang menitis dari lubang tray.
Antara tanda2 Dumping adalah:
  1. Aras Condenser Receiver yang berkurangan.
  2. Aras bawah Column yang naik mendadak.
  3. Suhu bahagian bawah Column yang menurun.
  4. Tekanan Head cecair yang meningkat.
Apabila sumber pemanasan ditambah bagi memastikan tekanan wap meningkat kemungkinan Jet Flood berlaku pula tinggi.
Walau apapun istilahnya keduanya menyebabkan pemindahan jisim menjadi kurang sempurna.

Antara sumber rujukan yang menarik untuk topik ini adalah Working Guide to Process Equipment; hasil penulisan dan pengalaman Norman p & Elizebeth T Lieberman

2 ulasan:

imzadhom berkata...

jangan jadi macam pak pandir yg tinggal dalam perpustakaan sudah!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Secara positif, Pak Pandir didalam perpustakaan adalah satu kemajuan bagi orang melayu.