Khamis, 6 September 2012

Apabila hati tak tenteram

Written version of the Basmala


Terdapat banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita yang merupakan diluar jangkaan kita dan tidak menepati kehendak kita. Perkara-perkara sebegini sememangnya membuatkan kita menjadi sedih, kecewa dan stress. Walau apapun kaedah yang digunapakai dan disarankan oleh pakar terhebat didunia, ia tidak lebih dari sekadar kaedah menipu akal untuk sementara. Kerana kaedah yang terbaik adalah:

A028
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Isnin, 20 Ogos 2012

Affinity Law (Pump)

Peraturan ini adalah antara perkara yang patut diketahui dalam proses meremajakan Pump untuk keperluan proses.

Affinity Law menceritakan perkara yang akan mempengaruhi Kapasiti, Head dan Power sesebuah pump itu akan bergantung kepada:

  1. Perubahan kelajuan impeller
  2. Bentuk geometri impeller


1. Kepelbagaian kapasiti bergantung kepada halaju dan diameter impeller.


q1 / q2 = (n1 / n2)(d1 / d2)         (1)
Dimana:
q = volume flow capacity (m3/s, gpm, cfm, ..)
n = wheel velocity - revolution per minute - (rpm)
d = wheel diameter

2. Kepelbagaian Head bergantung kepada kuasa dua halaju dan diameter impeller


dp1 / dp2 = (n1 / n2)2 (d1 / d2)2         (2)
Dimana
dp = head or pressure  (m, ft, Pa, psi, ..)

3. Kepelbagaian kuasa yang digunakan bergantung kepada kuasa tiga halaju dan diameter impeller


P1 / P2 = (n1 / n2)3 (d1 / d2)3         (3)
Dimana
P = power (W, bhp, ..)

Affinity Law bagi keadaan diameter impeller ditetapkan:


kredit: engineeringtoolbox.com

Ahad, 19 Ogos 2012

Energy Saving


Pada kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku dalam menjayakan projek Energy Saving ini. Awal tahun lalu pihak pengurusan telah mengumumkan bahawa aku telah diserapkan kedalam unit baru iaitu unit teknikal yang lebih menjurus kearah pembaikan proses dan penjimatan tenaga. Pada mulanya ianya agak berat bagi aku, maklumlah tugasan aku sebelum ini lebih kearah pengawalan produksi dan dengan jujur aku katakan yang aku Lost dan selalulah menerima teguran MANJA manager aku yang agak bercili mulutnya. Aku agak beruntung kerana dikelilingi oleh expatriate yang rata2 mempunyai pengalaman luas dan bagi aku bodoh tak apa asalkan sanggup belajar dan kutip pengalaman.

Ok,
Banyak kaedah sebenarnya untuk memulakan projek energy saving ini, berikut adalah beberapa kaedah mudah untuk kita lihat dan sebagai permulaan sebelum pergi kepada projek mega:

  1. Vice Presiden aku selalu berkata biarpun RM 1 ianya tetap berbaloi untuk dijimatkan (untuk penjimatatan yang tidak memerlukan modal) seperti memadamkan lampu yang tidak diperlukan, memadamkan atau menghadkan perjalanan Pump, Agitator atau sistem yang tidak diperlukan atau tidak kritikal.
  2. Gantikan pump yang rendah kecekapannya dengan yang lebih cekap.
  3. Lihat kejatuhan tekanan pada Control Valve. Bukaan yang lebih kecil dari 40% menunjukkan ketidak cekapan tenaga pada sistem, ini membuka peluang untuk pemasangan VFD pada pump atau menukar saiz impeller pump sekali gus boleh menjimatkan tenaga elektrik.
  4. Insulation: Sila baiki dan kaji keperluan setiap unit.
  5. Steam trap- mende kecik tetapi antara penyumbang kepada kehilangan tenaga.
  6. Excess air pada boiler-terlalu banyak akan menjadikan boiler tidak efficient (cooling effect) dan akan mebazirkan NG.
  7. Bagi sistem letdown (steam dari tekanan tinggi kepada tekanan rendah) cuba kaji kebarangkalian untuk pemasangan turbine.
  8. Lihat jika berlakunya venting pada sistem steam dan cuba gunakannya pada sesuatu yang lebih berfaedah. 
  9. Lihat pada sistem yang mana berlaku pemanasan dan penyejukkan sebelum digunakan. Kaji sama ada proses pemanasan diperlukan atau tidak (contoh: Bendalir yang keluar dari Distillation Column dalam bentuk gas-disejukkan dan disimpan sebelum disuap pada sistem lain dengan Pump. Ia juga boleh dibuat begini: Bedalir yang keluar dari Distillation Colunm dialirkan terus kesistem downstreamnya).
  10. Pendidikan kepada semua akan kepentingan penjimatan tenaga.
10 cara diatas adalah berdasarkan pengalaman aku. Ada banyak lagi cara ianya bergantung kepada kretivity masing2.


Selamat Hari Raya


Syukur pada Allah dengan kuasa dan kehendaknya dapat lagi kita menyambut 1 Syawal tahun ini meskipun dengan berita kejam diatas. Bulan ramadan tahun ini kita disambut oleh masalah didalam loji yang amat hebat  dan begitu mencabar keimanan serta kekuatan mental kita. Memang pada pandangan semua aku tidak lebih dari seorang tok mandur yang memberikan arahan berat kepada awok2 pada bulan ramadhan. Namun harap semua paham seboleh2 nya aku berusaha supaya tidak menzalimi awok2 dan aku turut membantu demi meringankan tugasan yang berat itu. Kita kena akur kehendak pengurusan yang ingin memastikan periuk nasi kita ini kekal berasap dan kompetitif. Kepada semua, ramadhan kali ini sememangnya satu ujian buat kita dan sewajarnya kita meraikan Aidilfitri atau hari kemenangan ini dengan penuh bermakna kerana kita masih mampu menyempurnakannya meskipun keletihan yang melampau. Moga2 Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda berkat kesabaran kita.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya sekeluarga

Sabtu, 18 Ogos 2012

Pintu taubat sentiasa terbuka

Biarlah seluruh dunia meninggalkan aku...kerana aku masih punyai Allah untuk dikasihi

Rabu, 18 Julai 2012

Rugi

Didalam kitab Hidayatul Salikin dalam bab kelebihan Zikir ada menyatakan: Syaitan akan menunggang  manusia seperti menunggang seekor keldai sehinggalah manusia itu mengingati Allah (berzikir). Ini merupakan janjinya kepada Allah seperti yang terdapat dalam ayat 39 surah Al-Hijr:


A039
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,




Walaubagaimanapun perjanjian ini tidak akan terpakai bagi mereka yang bertakwa:


A040
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


Dalam setiap kejadian anak Adam perjanjian telah dibuat:


A172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".



Kemudian kita diletakkan di dunia untuk membuktikan penyaksian ini dan kemudian akan dipanggil kembali untuk dinilai adakah ia selaras dengan perbuatan kita. Allah yang maha pengasih dan penyayang tidak meninggalkan kita begitu sahaja, diutuskan para Nabi dan Rasul serta diberikan kitab dan Al-Quran agar kita sentiasa fokus pada tujuan kita ini. Segalanya kelihatan begitu mudah.

Keadaan dunia yang makin komplek menjadikan kita amat mudah untuk hilang fokus dalam melaksanakan janji-janji ini. Musuh kita Syaitan yang ingin mengheret seramai mungkin manusia ke neraka, Dajjal yang ingin merajai manusia dan Yahudi yang ingin menjadi tuan kepada manusia lain menjadi satu kumpulan yang lengkap dalam mengalihkan fokus kita ini.

Falsafah Hedonisme diterapkan kedalam minda manusia sejak dari hari pertama dilahirkan. Umpanan hiburan, ketakutan dan harta di iklankan dengan hebat didalam media massa. Ini menjadikan manusia secara keseluruhannya adalah hamba kepada duit bagi mendapatkan umpanan ini. Oleh kerana kebanyakkan masa digunakan untuk mencari duit maka masa untuk mengisi keperluan yang batin diabaikan. Apabila keimanan berkurang, jadilah nafsu sebagai penunjuk kehidupan manusia.

Pelbagai bentuk hiburan baru dicipta dan dinilaikan dengan wang yang tinggi dan diiklan dimedia massa sebagai cara hidup terkini dan moden. Ini membuatkan kita terpaksa bekerja kuat untuk mendapat wang yang senilai dengan hiburan ini bagi memperolehinya.

Bersesuaian dengan Protokol yahudi (dipetik dari buku: Agenda Yahudi menakluk Dunia (Rahsia dibalik rahsia); Sabaruddin Hussein- PTS):

Protokol 6:

  1. Kita perlu mewujudkan monopoli yang meluas dan simpanan kekayaan yang besar. Kesannya, sekaya mana bukan orang bukan yahudi sekalipun, mereka tetap runtuh bersama-sama dengan HUTANG negara sekiranya berlakunya sebarang kekacauan.
  2. Kita adalah ahli ekonomi. Kita boleh menganggar sendiri kepentingan gabungan elemen-elemen yang dinyatakan.
  3. Walau apa cara sekalipun, kita perlu mengukuhkan kepentingan kerajaan agung kita dengan menonjolkan diri seolah-olah sebagai pelindung dan pembantu kepada semua pihak yang menyokong kita.
  4. Kekuatan kumpulan bangsawan dan kaya daripada kalangan bukan yahudi daripada suatu kuasa politik sudah terhapus sama sekali. Kita tidak perlu memperdulkan mereka lagi. Tetapi, sebagai pemilik sesebuah negara, mereka masih mampu mencetuskan bahaya terhadap kita daripada pelbagai sumber yang mereka miliki. Oleh itu, penting kepada kita merampas tanah mereka, walau dengan apa cara sekalipun. Matlamat ini mudah tercapai dengan menggangdakan beban keatas cagaran hutang-hutang mereka. Langkah ini dapat mengawal pemilik tanah dan membolehkan kita berkuasa penuh ke atas mereka tanpa syarat atau tawar menawar.
  5. Oleh kerana biasa bersenang-lenang, golongan atasan bukan yahudi ini tidak mampu mengharungi hidup susah dan ini pasti melemahkan mereka.
  6. Pada masa yang sama, kita perlu mencengkam perdangangan dan industri, tetapi yang utama, spekulasi memainkan peranan sebagai pengimbang industri. Ketiadaan spekulasi dalam industri menggandakan jumlah modal yang dipegang oleh orang persendirian dan mengukuhkan pertanian dengan membebaskan tanah daripada belengu hutang kepada bank tanah. Apa yang kita impikan adalah industri yang dijalankan tanpa modal dan tenaga buruh dijalankan melalui spekulasi yang memindahkan semua kekayaan kedalam genggaman kita. Justeru mengekalkan orang buka yahudi dalam belengu kemiskinan sepanjang hayat mereka. Jika ini berjaya, mereka melutut dihadapan kita merayu untuk hidup.
  7. Bagi menjerumuskan orang bukan yahudi lebih jauh kedalam jurang kemusnahan kita membantu sebahagian kecil dari mereka hidup mewah berasakankan perdagangan spekulasi dan sikap tamak mereka itu menelan segalanya selepas itu. Kita memperjuangkan kenaikan gaji, yang sebalikya tidak membawa kebaikan kepada para pekerja, kerana kita menaikkan harga barang keperluam harian, sambil mempersalahkan atau menjadikan kemerosotan hasil pertanian atau kenaikan sebarang bahan lain yang berkaitan sebagai alasan yang tidak dapat dipertikaikan.

Bersesuaianlah dengan apa yang dinyatakan dalam kitab Hidyatul Salikin tadi. Jadilah kita seekor kaldai yang  yang ditunggangi Syaitan dan dipandu Yahudi maka jadilah kita orang yang rugi melainkan.

A001

Demi Masa!



A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -


A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.




dan dalam surah Al-A'raaf Allah berfirman:
A027
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-A'raaf 7:27)
A028
Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?"
(Al-A'raaf 7:28
A029
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
(Al-A'raaf 7:29)

Maka beruntunglah mereka yang hidup atas jalan amal dan dakwah.
Wallahu a’lam 

Jumaat, 18 Mei 2012

Shut Off Head dan Shut Off Pressure


Bagi pump rotodinamik (centrifugal) Shut of Head merujuk kepada; ketinggian yang maksima dicapai olehnya apabila suatu Pump mengalirkan bendalir pada keadaan paip yang tegak tanpa apa-apa halangan (valve, bend dan orifice).
Seperti yang selalu saya nyatakan didalam Blog, Pressure adalah hasil dari halangan kepada aliran. Oleh kerana itu, Shut Off Pressure merujuk kepada; Petukaran tenaga yang terhasil akibat dari halangan aliran seperti yang disebutkan diatas kepada bentuk tekanan apabila aliran secara sepenuhnya terhalang (Fully close).

Ok, cukup setakat ini dulu...kalau nak lebih lanjut tunggu dalam buku Pengenalan kepada Loji kimia edisi diperbaharui.