Syukur pada Allah dengan kuasa dan kehendaknya dapat lagi kita menyambut 1 Syawal tahun ini meskipun dengan berita kejam diatas. Bulan ramadan tahun ini kita disambut oleh masalah didalam loji yang amat hebat dan begitu mencabar keimanan serta kekuatan mental kita. Memang pada pandangan semua aku tidak lebih dari seorang tok mandur yang memberikan arahan berat kepada awok2 pada bulan ramadhan. Namun harap semua paham seboleh2 nya aku berusaha supaya tidak menzalimi awok2 dan aku turut membantu demi meringankan tugasan yang berat itu. Kita kena akur kehendak pengurusan yang ingin memastikan periuk nasi kita ini kekal berasap dan kompetitif. Kepada semua, ramadhan kali ini sememangnya satu ujian buat kita dan sewajarnya kita meraikan Aidilfitri atau hari kemenangan ini dengan penuh bermakna kerana kita masih mampu menyempurnakannya meskipun keletihan yang melampau. Moga2 Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda berkat kesabaran kita.
Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya sekeluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan