Jumaat, 21 Ogos 2015

Komunikasi

 
Assalamualaikum
Bertemu kembali kita. Agak lama Blog aku ni terabai, maklumlah aku ni terlalu sibuk, sibuk tahap Dewa sehinggakan kegemaran utama aku (membaca buku) pun telah banyak aku tinggalkan. Telah tersusun buku-buku baru kat rak buku yang menunggu giliran untuk diambil dan dicumbui. Setiap awal bulan, acara wajib adalah melawat kedai buku dan wajib membawa balik satu buku, tetapi masa pula agak ketat.
Aku juga meminta maaf pada semua yang meninggalkan komen dan aku tidak sempat jawab kerana masalah ini. Jadi sesiapa yang tolong jawab tu TERIMA KASIH.

Berbalik pada pos kali ini, KOMUNIKASI. Bagi sesiapa yang bekerja dalam Industri ni tak kira apa latarnya Besi keluli ke, Oil and Gas ke, Biochemical ke, apa ke, komunikasi ni amat penting. Ia bukan terhad pada komunikasi melalui Walkie Talkie, ia meliputi semuanya. Kerana manusia ni makhluk yang perlu berkomunikasi kerana bukan semua berkebolehan membaca fikiran dan tahu apa yang akan orang lain lakukan. Pada pos kali ini aku akan berkongsi beberapa pengalaman aku berkenaan isi ini.

Kisah 1:

Satu malam berlaku tumpahan bahan kimia dari satu tangki didalam takungan (bundwall). Tumpahan ini tidak begitu kritikal dan aku telah mengarahkan agar tumpahan ini dihantar ke tangki sementara sebelum dihantar ke Effluent Treatment Plant (ETP). Fungsi tangki ini adalah untuk merawat suapan ke ETP isupaya ia sesuai dengan designnya. Jadi semasa report kepada Manager pada sebelah pagi aku melaporkan perkara ini kepadanya. Pada sebelah paginya operator ETP dapat bersedia sepenuhnya menerima suapan extra ini. Segalanya berakhir dengan baik. Apabila Manager bertanya kenapa aku melaporkan perkara ini padahal ia akan menyebabkan reputasi aku tercemar dan bukan ada orang tahu pun, jawab aku ringkas "Allah tahu!"
Tapi cerita kat atas adalah cerita yang sepatutnya berlaku. Yang sebenarnya berlaku, aku tidak melaporkan kepada Manager kerana bagi aku perkara itu sudah selesai. Pada sebelah paginya berlaku kekecohan kerana Bakteria kat ETP semua mati kerana PH yang terlalu rendah dan outlet spec dah jatuh. Satu shift dapat Warning Letter.

Kisah 2.

Satu Steam Drum baru mengalami proses start-up. Setelah beberapa ketika baru disedari aras air tiada didalamnya kerana isolation valve (I/V) masih tertutup. Suhu semasa telah melebihi 200 degree C. Injap kawalan (Control Valve)berada dalam keadaan auto dan telah terbuka 100% kerana tiada aliran. Untuk dijadikan cerita, operator yang bertugas adalah 2 orang, sorang pergi smayang dan yang bagi arahan suruh bukak I/V standby kat bilik kawalan. Lepas bagi arahan elok2 je operator yang pergi smayang tu balik dan yang standby nak pergi smayang pulak. Jadi yang pergi smayang tu lupa nak bagi tahu dan operator lapangan (Field Operator) plak pergi bukak tanpa memaklumkan pada Control Room. Hasilnya satu letupan kuat terhasil kerana proses pengembangan dan pengecutan besi. Syukurnya ia cuma melibatkan bahagian yang lemah didalam sistem iaitu sambungan flange yang terpisah dan tiada kemalangan jiwa.

Kisah 3.

Vacuum Belt Filter mempunyai sistem Cleaning In Place (CIP) menggunakan air. Ia bertujuan membasuh unsur - unsur pepejal yang terlekat pada filter elementnya. Oleh kerana tidak terdapat satu waktu yang khusus berapa kekerapan basuhan yang perlu maka timbul idea untuk mengurangkan kadar basuhan untuk melihat berapa penjimatan boleh dilakukan. Oleh kerana operator tidak diterangkan dengan jelas asbab ujikaji maka ia seringkali gagal sehinggalah satu arahan supaya I/V ditutup sementara dan dibuka bila dirasakan perlu tanpa berkomunikasi dengan semua pekerja. Oleh kerana fungsinya adalah secara Auto dan selama ini ia tidak memberikan masalah, maka tiada operator memperdulikan operasi ini sehinggalah VBF ini trip dengan sendiri dan mengambil masa yang lama untuk dibersihkan menyebabkan kehilangan masa proses yang panjang.

Ada beberapa contoh lagi, tapi aku malas nak tulis pasal dah lewat. Ini adalah beberapa contoh perkara yang berlaku dan syukurnya ianya tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kerosakkan yang besar. Kadang2 perkara2 bergini diceritakan dengan gelak ketawa kerana ia seolah2 satu cerita lucu dan menghiburkan. Bagi yang berakal jadikan satu pengajaran sebelum ia melibatkan nyawa.







Jumaat, 11 Julai 2014

Scheduled Waste -3

Segala puji bagi Allah dengan kehendak dan kekuasaannya dapat lagi kita berada dibulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, semoga kita merupakan hamba-hamba yang beruntung apabila ramadhan kali ini meninggalkan kita. 

Kepada anak-anak buah aku yang mengikuti/membaca/terbaca coretan aku kali ini....Cuti raya semuanya aku x layan, jadual kerja macam biasa dan klu aku mampu hanya pada pagi hari raya pertama sahaja aku akan pastikan semua orang islam (tu pun kat C/Room sahaja) dapat bercuti. Kalau korang rasa kejam terpulanglah, kecuali kalau loji dalam keadaan S/Down.

Okey, bahagian ketiga dari trilogi Scheduled Waste aku.

Sepanjang tahun ini aku telah menghadiri beberapa seminar anjuran DOE dan terdapat beberapa persoalan yang diajukan oleh para peserta. Disini aku nak berkongsi beberapa pandangan aku berdasarkan soalan yang diajukan oleh peserta2 tersebut:

  1.  SW terlalu sedikit dan sukar dilupuskan kerana tiada transporter yang nak angkut - Langkah yang paling afdal bagi aku dalam menangani masalah ini adalah:
    • Buat perjanjian dengan pembekal untuk mengambil balik barang tersebut apabila pembelian barang yang baru.
    • Jangan istiharkan sebagai SW (bagi sisa berbentuk pepejal atau yang tidak berubah mengikut masa) simpan saja dalam stor dan berusaha cari transporter yang nak ambik SW ini, bila dah dapat baru istiharkan-langkah ini dapat mengelakkan faktor masa yang 180 hari tu.
    • Berbuat baiklah dengan jiran2, tanya bila mereka nak melupuskan SW mereka dan selitkan SW anda sekali dalam consigment tersebut (bukan guna nama syarikat mereka tetapi nama syarikat anda cuma dalam keadaan ini transporter tak akan keberatan untuk mengambil SW anda, alang2 dah ada kat situ apa salahnya ambik SW anda sekali).
  2. SW yang telah diistiharkan kemudiannya digunakan semula: Ini antara aktiviti gatal tangan yang aku rasa berlakukat semua loji atau tempat, terlalu suka nak istihar sesuatu bahan kimia sebagai SW. Untuk masalah ini kita kembali kepada makna sisa itu sendiri; SESUATU YANG KITA INGIN LUPUSKAN, sebagai contoh mudah: Kita beli satu tin Milo - bila milo dah habis adakah kita secara automatik nak lupus tin Milo tersebut? tak semestinya kan, kita mungkin boleh gunakan Tin tersebut untuk letak Milo paket ataupun letak biskut ataupun buat timba atau buat bekas ubat nyamuk. Jadi selagi ianya berguna kepada kita kita tak akan panggil dia sampah dan lupuskannya. Begitu juga setiap bahan kmia merbahaya yang kita gunakan, pada asalnya ia tertakluk pada undang2 OSH (dibawah bidang kuasa DOSH) jadi selagi ianya masih ada kegunaanya jangan sesekali istiharkannya SW. Bila kita istihar SW kita tertakluk pada EQSW 2005 dan tempoh 180 hari. Bila dah istiharkan dan ambik semula kita boleh dikenakan denda kerana pelupusan haram.
  3. SW yang disuapkan ke Incinerator melebihi 20 mt (dalam tangki sementara) - masalah ini juga memerlukan kita kembali kepada makna sisa itu sendiri - pada pandangan aku, bahan kimia ini tidak layak digelar SW kerana ianya masih digunakan didalam loji, paling busuk pun sebagai bahan bakar Incinerator atau sebagai ejenpenghasilan stim. Langkah selamat adalah jangan istiharkan ia sebagai SW dan jika terdapat sisa dari pembakaran dan ingin dilupuskan barulah diistiharkan sebagai SW ataupun kalau Incinerator telah didaftarkan kepada DOE sebagai Penunu Sisa Terjadual, Istiharkan sahaja jumlah yang kita bakar sebagai SW bukan bahan kimia yang menunggu untuk dibakar. Pada tangki yang menanggung bahan kimia terbabit kita tampal sticker bahan Kimia merbahaya bawah undang OSH bukan SW.
Okey sekian.

Ahad, 2 Mac 2014

Bagaimana seorang Jurutera boleh bertukar menjadi hamba?

(Lama tak Update pasal lupa Password)
Ini adalah sebahagian dari pengalaman dan pemerhatian yang aku perolehi sepanjang  12 tahun aku bekerja sebagai Jurutera. Ianya bukan sahaja terpakai untuk level Jurutera juga sesuai untuk Juruteknik.

Tahniah! anda baru sahaja mendapat kerja sebagai seorang jurutera pelatih dengan basic gaji 4 angka. Nampaknya penat lelah anda belajar selama ini terbalas, kini tiba masanya untuk membalas dendam kepada alam kemiskinan sewaktu bergelar Student. 
  1. Ok, anda berjalan2 dipusat membeli belah kemudian seorang awek menahan anda "Abang dah ada Kad Kredit dari bank kami?" kemudian dia akan menceritakan kelebihan kad plastik tersebut dan yang paling akhir "Abang TT disini"-kini anda boleh berbelanja dan membeli apa sahaja yang anda mahukan.
  2. Kereta, sudah lama anda mengimpikan kereta jenama ini. Mahal? Tidak mengapa selepas membuat bayaran bulanan, masih berbaki untuk makan dan minum ala kadar anda (masa belajar dulu anda boleh mengikat perut). Ini kereta impian anda lagipun sekarang terdapat promosi tanpa bayaran muka.
  3. Buah hati atau bakal bapa mentua anda mendesak anda "Now or Never!" Belanja mesti besar kerana status anda sebagai seorang jurutera. Usah khuatir pinjaman peribadi sehingga 10 kali gaji dalam tempoh 10 tahun. 
  4. Bosan membayar sewa rumah? wang keluar tetapi bukan menjadi aset anda. Sebuah rumah yang sepadan dengan status anda sebagai jurutera harus dimiliki.
Perkara diatas adalah antara jerat-jerat kewangan yang bakal anda tempohi. Oleh kerana kita tidak diajar di Universiti dalam pengurusan kewangan, kita biasanya akan terjerat. Keghairahan kita berbelanja biasanya kan terhenti selepas kita dapati baki bulanan gaji sudah tidak seperti yang sepatutnya.

Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengatasi masalah ini:
  1. Bertukar tempat kerja - kenaikkan gaji tahunan biasanya kurang dari 10% dan ianya bergantung kepada prestasi anda dan juga prestasi syarikat. Untuk kenaikkan yang besar biasanya akan berlaku dengan bertukar tempat kerja. Malangnya tujuan anda bertukar tempat kerja adalah kerana masalah kewangan dan anda biasanya kurang bersedia dengan cabaran baru. Anda harus faham, anda dibayar gaji yang tinggi adalah untuk pengalaman anda dan biasanya hirarki anda ditempat baru adalah lebih tinggi dari tempat lama anda dan TEKANANNYA JUGA TINGGI. Anda akan menderita dan bertukar-tukar tempat kerja seperti orang dikejar hantu.
  2. Jika masih terdapat kemungkinan untuk membuat pinjaman peribadi sila lakukan. Tetapi anda harus faham pinjaman peribadi merupakan satu bebanan jangka panjang. Anda tidak tahu apa yang bakal berlaku didalam tempoh itu dan kaedah ini biasanya akan menjadi jerutan yang kuat jika anda masih tidak berubah.
Setelah anda melalui semua perkara diatas anda kini menjadi seorang Jurutera yang tidak merdeka. Tiada lagi semangat untuk memajukan diri. Kini anda akan lakukan apa sahaja untuk wang, anda mula takut untuk mengambil resiko, membuat keputusan yang bebas dan mempertahankan prinsip anda. Yang paling malang anda bakal menjadi HAMBA kepada dunia dan melupakan akhirat.




Rabu, 19 Jun 2013

Khasiat buah epal

Antara kelebihan epal adalah:
1.Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.
2.Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
3.Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4.Melindungi sendi tulang.
5.Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
6.Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
7.Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
8.Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
9.Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.


Sumber : http://hafizamri.com/khasiat-buah-epal/

Rabu, 5 Jun 2013

Persepsi


Persepsi pertama anda menentukan siapa anda

Berniaga 2

Jadi lebih elok sekiranya kita buat semua ini untuk diri sendiri

Isnin, 11 Mac 2013

Berniaga

Aku Melayu,
Kedua ibu bapa aku Melayu,
Datuk dan nenek aku Melayu,
Dan boleh jadi Moyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang aku juga Melayu.

Aku tidak pasti apakah kerana faktor ini aku tidak begitu berbakat berniaga.

Minat aku berniaga ni sebenarnya timbul untuk menyahut cabaran idola aku Tun Dr Mahathir. Ianya diperkuatkan lagi dengan membaca kisah-kisah kejayaan orang yang telah bergelar jutawan. Disamping rasa meluat aku pada bos aku yang macam best padahal dia kuli macam aku jugak. Juga apabila terkejut dengan (aku baca dimana aku tak ingat) fakta 70% keuntungan diambil oleh tokey selepas 30% ditolak untuk modal dan gaji pekerja. Kerana faktor-faktor ini aku menanam tekat untuk menceburi bidang perniagaan.

Aku tanpa rasa segan silu ingin memberi tahu aku melangkah ke alam perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual CD lagu dan cerita (berdasarkan pesanan rakan sekerja) yang aku download dari internet. Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar dan masa yang banyak. Kemudian seiring dengan usia dan ilmu, perniagaan ini aku tinggalkan. 

Apabila meninggalkan perniagaan jijik ini aku mula tercari-cari apa yang ingin aku buat seterusnya. Sebagai langkah persediaan aku mula mendekatkan diri dengan buku-buku Motivasi dan kisah kejayaan ahli perniagaan yang popular. Dari sini aku belajar sesuatu, buat apa yang kita minat

Oleh kerana minat aku adalah pada buku, aku mengambil keputusan untuk mengarang buku. Maka lahirlah 'Pengenalan kepada Loji Kimia'. Pada perancangan awalnya aku ingin menghantar buku ini kepada mana-mana syarikat penerbitan (aku telah menghantar satu naskah berbentuk PDF kepada PTS untuk dipertimbangkan malangnya tiada apa2 jawapan). Tetapi selepas naskah ini berjaya disiapkan dan menerima pelbagai pandangan dari rakan-rakan, hasrat itu aku lupakan. Tetapi aku kini bukan aku yang dahulu lagi, aku kini seorang perniaga yang berilmu. Kegagalan untuk dihantar kepada syarikat penerbitan tidak mematahkan semangat aku. Aku sudah mempunyai strategi yang ampuh. Aku bertekat untuk memasarnya sendiri. Aku meletakkan naskah ini di kedai-kedai buku (alhamdulilLAH permintaan amat menggalakkan dan habis dalam masa seminggu). Aku juga membuat iklan-iklan dan ditampal disekitar Chukai dan Kerteh dan juga menempah iklan dalam Harian Metro. Tetapi selepas hanya 100 naskah terjual aku mula memperlahankan penjualannya. Apa yang aku dapati iklan tidak memberi apa-apa kesan berbanding diletakkan terus dikedai (membenarkan pelanggan membeleknya dahulu dan merasai kehebatannya; ini membenarkan teori Jangan menilai buku dari kulitnya). Masalah yang aku hadapi dalam meletakkan dikedai-kedai adalah kejahilan strategi meletak harga. Oleh kerana harga yang aku tetapkan adalah RM 10 dan turut dijual RM 10, selepas diambil keuntungan oleh pihak kedai keuntungan aku adalah amat minima. (tidak berbaloi untuk teknik penerbitan DIY kecil-kecilan macam aku). Aku pernah didindir oleh seorang mamak "meniaga tak untung, jangan meniaga la" apabila aku meminta bayaran yang lebih sedikit. Ada juga kedai yang menolak buku aku mentah-mentah (malu muka masa tu). Aku mula merasakan ianya tidak berbaloi.

 Kemudian meyertai MLM (HPA). Masih berjalan secara amaaaaat perlahan (bonus yang paling tinggi yang pernah dapat RM 150)

Kemudian aku menjual Burger secara kecil-kecilan. Perniagaan ini bungkus kerana faktor masa yang amat menyemburui aku.

Puas aku kaji kenapa aku sentiasa gagal. sehinggalah aku bertemu dengan buku Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda. Didalam buku itu ada menyatakan bagi tarikh lahir aku pekerjaan yang bersesuaian adalah berkaitan dengan perubatan tradisional. Lantas aku mula menyertai kelas-kelas perubatan tradisional sehinggalah aku kini merupakan seorang Jurubekam, Diagnosis melalui angota tubuh dan urutan refleksi/tubuh yang bertauliah (dapat sijil selepas menghadiri kursus selama 1 hari).

Kini bermulalah episod baru aku sebagai pengamal perubatan tradisional. Aku membuat strategi pemasaran dari rumah kerumah. Ianya berjalan dengan lancar (aku pernah mendapat RM 250 semalam) sehinggalah aku dinaikkan pangkat dan bekerja waktu biasa (0830 - 1730 hrs). Hari cuti yang terhad memusnahkan karier aku sebagai jurubekam yang profesional. Pada mulanya aku masih membuatnya pada malam hari dan hari cuti mingguan aku. Kemudian ianya menjadi amat meletihkan aku untuk berkhidmat membekam dan mengurut refleksi dari lepas Isyak sehingga pukul 12 mlm. Aktiviti ini kini diperlahankan.

Orang yang bermotivasi tinggi macam aku ini mana boleh duduk diam. Aku mula merancang untuk membuka gerai Bekam dan Urutan refleksi dipasar tani setiap hari jumaat. Lesen perniagaan telah aku buat, pendaftaran sebagai ahli perniagaan kecil telah aku buat...sayangnya perasaan malu pulak menjadi penghalang. Aku seorang jurutera senior...nanti apa kata orang?

Sewaktu aku sedang berkemas didalam bilik bacaan aku, aku terbelek kembali buku 'Berani Gagal'. Dan aku mengerti kenapa aku selalu gagal. Kerana aku takut untuk gagal dan pekerjaan aku sekarang telah menjamin kehidupan aku seharian. Kenapa aku mesti bersusah payah untuk mendapat keuntungan yang sedikit dengan menebal muka? pada pandangan aku selagi aku bekerja makan gaji selagi itu aku tidak akan berjaya dalam perniagaan. 

Walaupun aku selalu tidak bernasib baik (kerana sick-up (sikap) 2m; Malu dan Malas) aku masih menanam tekad untuk membuka perniagaan suatu hari nanti dan berjaya. Kini aku sedang menghabiskan naskah 'Aku tak mahu miskin' yang menceritakan kenapa orang melayu selalu gagal.

InsyaAllah suatu hari nanti aku akan menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan menolak mitos jahat "melayu tak pandai berniaga".

Kawan-kawan, Doa kan untuk aku supaya aku berjaya dalam jihad ini.




Isnin, 31 Disember 2012

Aku yang mencari Cinta

Dibawah aku letak beberapa lirik lagu yang berunsurkan Cinta. Ianya bergantung kepada apa yang ada dalam jantung hati kita untuk menyerahkan Cinta itu. Hayati dan fahami maksudnya.


Sang Pencinta

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi tiada bererti
Pada Mu jua tertuju segala jalan
Pada Mu jua cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat dia
Yang melihatnya hanya dia kekasihnya
Sang Pencinta
Hanya dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta
Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang dia cinta yang dipuja
Mengenang dia cinta yang diredha
Hanya dia mengenang dia hanya dia
Oleh: M. Nasir

Hijab Kekasih

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi 'kan kukirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun kutahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih kukenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang kupuja
 
Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu
Oleh: M. Nasir

Raikan Cinta

Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku

Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua...
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?

Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail

Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi

Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi
Oleh: M. Nasir

KepadaMu Kekasih

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini
Oleh: M. Nasir

Larut

Mungkin aku pernah juga.. 
Merasakan cinta.. 
Tapi tak pernah..seindah ini.. 
Mungkin aku juga pernah 
Merasakan rindu.. 
Tapi tak pernahSedalam ini
Mungkin kamu takkan pernah..percaya.. 
Bahwa sesungguhnya..aku telah terjatuh. 
Kuakui aku telah larut 
Larut ke dalam 
Kamu yang kucintai
Oleh: Dewa 19

Hadapi dengan Senyuman

Hadapi dengan senyuman 
Semua yang terjadi biar terjadi 
Hadapi dengan tenang jiwa 
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan 
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah 
Tak ada yang bisa merubah
 Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini 
Bahwa semua yang terbaik 
Terbaik untuk kita semua 
 Menyerahlah untuk menang
Oleh: Dewa 19

Pengeran Cinta

Detik-detik berganti dengan detik
 Menit pun silih berganti 
Hari-hari pun terus berganti 
Bulan-bulan juga terus berganti 
Jaman-jaman pun terus berubah
 Hidup ini juga pasti mati
Semua ini pasti akan musnah 
Tetapi tidak cintaku padamu 
Karena aku sang pangeran cinta
Malam malam diganti dengan pagi 
Pagi pun jadi siang 
Tahun-tahun pun berganti abad 
Yang muda pun pasti menjadi tua
Musim-musim pun terus berganti 
Hidup ini juga pasti mati 
Tak akan ada yang abadi 
Tak akan ada yang kekal
Oleh: Dewa 19

Satu

Aku ini adalah dirimu 
Cinta ini adalah cintamu 
Aku ini adalah dirimu 
Jiwa ini adalah jiwamuRindu ini adalah rindumu 
Darah ini adalah darahmu
Chorus:Tak ada yang lain selain dirimuYang selalu ku puja 
Ku sebut namamu di setiap hembusan nafasku 
Ku sebut namamu, ku sebut namamu
Dengan tanganmu aku menyentuh 
Dengan kakimu aku berjalan
 Dengan matamu aku memandang 
Dengan telingamu aku mendengar 
Dengan lidahmu aku bicara 
Dengan hatimu aku merasa
Oleh: Dewa 19

Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Oleh: Opick

Khamis, 6 September 2012

Apabila hati tak tenteram

Written version of the Basmala


Terdapat banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita yang merupakan diluar jangkaan kita dan tidak menepati kehendak kita. Perkara-perkara sebegini sememangnya membuatkan kita menjadi sedih, kecewa dan stress. Walau apapun kaedah yang digunapakai dan disarankan oleh pakar terhebat didunia, ia tidak lebih dari sekadar kaedah menipu akal untuk sementara. Kerana kaedah yang terbaik adalah:

A028
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Isnin, 20 Ogos 2012

Affinity Law (Pump)

Peraturan ini adalah antara perkara yang patut diketahui dalam proses meremajakan Pump untuk keperluan proses.

Affinity Law menceritakan perkara yang akan mempengaruhi Kapasiti, Head dan Power sesebuah pump itu akan bergantung kepada:

  1. Perubahan kelajuan impeller
  2. Bentuk geometri impeller


1. Kepelbagaian kapasiti bergantung kepada halaju dan diameter impeller.


q1 / q2 = (n1 / n2)(d1 / d2)         (1)
Dimana:
q = volume flow capacity (m3/s, gpm, cfm, ..)
n = wheel velocity - revolution per minute - (rpm)
d = wheel diameter

2. Kepelbagaian Head bergantung kepada kuasa dua halaju dan diameter impeller


dp1 / dp2 = (n1 / n2)2 (d1 / d2)2         (2)
Dimana
dp = head or pressure  (m, ft, Pa, psi, ..)

3. Kepelbagaian kuasa yang digunakan bergantung kepada kuasa tiga halaju dan diameter impeller


P1 / P2 = (n1 / n2)3 (d1 / d2)3         (3)
Dimana
P = power (W, bhp, ..)

Affinity Law bagi keadaan diameter impeller ditetapkan:


kredit: engineeringtoolbox.com

Ahad, 19 Ogos 2012

Energy Saving


Pada kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku dalam menjayakan projek Energy Saving ini. Awal tahun lalu pihak pengurusan telah mengumumkan bahawa aku telah diserapkan kedalam unit baru iaitu unit teknikal yang lebih menjurus kearah pembaikan proses dan penjimatan tenaga. Pada mulanya ianya agak berat bagi aku, maklumlah tugasan aku sebelum ini lebih kearah pengawalan produksi dan dengan jujur aku katakan yang aku Lost dan selalulah menerima teguran MANJA manager aku yang agak bercili mulutnya. Aku agak beruntung kerana dikelilingi oleh expatriate yang rata2 mempunyai pengalaman luas dan bagi aku bodoh tak apa asalkan sanggup belajar dan kutip pengalaman.

Ok,
Banyak kaedah sebenarnya untuk memulakan projek energy saving ini, berikut adalah beberapa kaedah mudah untuk kita lihat dan sebagai permulaan sebelum pergi kepada projek mega:

  1. Vice Presiden aku selalu berkata biarpun RM 1 ianya tetap berbaloi untuk dijimatkan (untuk penjimatatan yang tidak memerlukan modal) seperti memadamkan lampu yang tidak diperlukan, memadamkan atau menghadkan perjalanan Pump, Agitator atau sistem yang tidak diperlukan atau tidak kritikal.
  2. Gantikan pump yang rendah kecekapannya dengan yang lebih cekap.
  3. Lihat kejatuhan tekanan pada Control Valve. Bukaan yang lebih kecil dari 40% menunjukkan ketidak cekapan tenaga pada sistem, ini membuka peluang untuk pemasangan VFD pada pump atau menukar saiz impeller pump sekali gus boleh menjimatkan tenaga elektrik.
  4. Insulation: Sila baiki dan kaji keperluan setiap unit.
  5. Steam trap- mende kecik tetapi antara penyumbang kepada kehilangan tenaga.
  6. Excess air pada boiler-terlalu banyak akan menjadikan boiler tidak efficient (cooling effect) dan akan mebazirkan NG.
  7. Bagi sistem letdown (steam dari tekanan tinggi kepada tekanan rendah) cuba kaji kebarangkalian untuk pemasangan turbine.
  8. Lihat jika berlakunya venting pada sistem steam dan cuba gunakannya pada sesuatu yang lebih berfaedah. 
  9. Lihat pada sistem yang mana berlaku pemanasan dan penyejukkan sebelum digunakan. Kaji sama ada proses pemanasan diperlukan atau tidak (contoh: Bendalir yang keluar dari Distillation Column dalam bentuk gas-disejukkan dan disimpan sebelum disuap pada sistem lain dengan Pump. Ia juga boleh dibuat begini: Bedalir yang keluar dari Distillation Colunm dialirkan terus kesistem downstreamnya).
  10. Pendidikan kepada semua akan kepentingan penjimatan tenaga.
10 cara diatas adalah berdasarkan pengalaman aku. Ada banyak lagi cara ianya bergantung kepada kretivity masing2.