Jumaat, 16 Julai 2010

Kenaikan harga barang; Kita kena ubah cara hidup?

Kenaikan harga barang yang diumumkan semalam bakal membawa kesan yang amat ketara buat kita. Kesannya akan kita rasai dengan kenaikan harga sektor makanan dan sektor perkhidmatan. Bagi pekerja swasta macam aku, kegawatan ekonomi dunia turut menjejaskan sumber pendapatan syarikat sekali gus menjejaskan pendapatan marhain macam aku ni. Keadaan ini menjadikan input aku semakin mengecil berbanding output semasa. Langkah yang paling bijak untuk aku mengurangkan defisit ini adalah dengan MENUKAR CARA HIDUP seperti yang disarankan kerajaan (Yang gaji menteri masih belum dipotong kerana gagal mengurangkan bebabanan rakyat).

Bebelanja berhemah? agak mustahil untuk kita berbelanja secara berhemah dengan keadaan sistem ekonomi yang dimonopoli oleh yang berkepentingan dan kegagalan kerajaan (Yang gaji menteri masih belum dipotong kerana gagal mengurangkan bebabanan rakyat) untuk memantau keadaan. Suara kecil macam aku semestinya tidak dapat meruntuhkan gunung (Yang aku bina dengan undi) dan aku macam biasa akan menjunjung langit di bumi bertuah yang aku pijak ini dengan kudrat yang ada. Anak yatim macam aku ni x tahulah kemana nak mengadu. Nak mintak wang ehsan dah x layak pasal x aktif mengampu dan slip gaji menunjukkan aku lebih kaya dari kontraktor yang tiada slip gaji tetapi pergi ambik duit ehsan dengan menaiki Honda City. Keadaan seperti sekarang menjadikan aku seperti Seperti kata M.Nasir:

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Tak tahu kepada siapa nak mengadu.

Nasib aku sebenarnya terlebih baik berbanding mereka yang tiada pekerjaan tetap dan buruh kasar. X tahulah macam mana kehidupan mereka selepas hari ini. Semoga Allah memberikan jalan keluar buat kita semua.

Dibawah aku letak tulisan DRMAZA buat tatapan semua.


Menangisi Kenaikan Harga Barang

..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah..

Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..

Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..

Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..

* Dr. Mohd Asri Zainul Abidin *

Tiada ulasan: