Ahad, 28 Mac 2010

Confined Spaces




Pakai PPE yang sepatutnya

Tajuk kali ini berkenaan dengan Confined Spaces (CS), aku buat khas bersempena kejadian enam warga Filipina maut didalam Tangki bebaru ini. Sebelum aku pergi lebih jauh, baik kita berkenalan dulu dengan CS ini supaya senang untuk kita berurusan dengannya. CS (Ruang terkurung) adalah ruang yang mempunya kreteria seperti berikut:
  1. Bukaan terhad untuk masuk atau keluar.
  2. Pengudaraan (ventilation) yang terhad.
  3. Ruang yang bukannya sesuai untuk melakukan kerja berterusan.
Keadaan diatas berlaku kerana alatan yang berkenaan bukan dicipta untuk bekerja didalamnya tetapi untuk simpanan bahan kimia atau hasil pemprosesan atau alatan yang mesti dipastikan tidak terdedah dengan persekitaran luar (seal). Terdapat keadaan dimana kita terpaksa memasuki ruang berkenaan samada untuk pemeriksaan, pembersihan dan kerja-kerja pembaikian.
Bagi sesiapa yang bekerja di Loji Kimia mereka pasti akan berhadapan dengan tugasan berkenaan dengan CS ini samada secara langsung atau tidak langsung. Bagi keadaan terancang dan faktor masa yang mengizinkan, kerja yang berkaitan dengan CS ini biasanya memberikan resiko yang rendah kerana persediaan yang sewajarnya telah dibuat. Realiti persaingan industri Kimia yang semakin mencabar dan kemunculan China sebagai kuasa baru Industri yang menawarkan kos buruh yang ramai dan murah. Sebarang keadaan yang memaksa pemberhentian Loji pada jangka masa yang lama bermakna bakal berhadapan dengan kehilangan pelanggan. Pada kebanyakan masa, faktor masa tidak menyebelahi kita. Pembaikian dilakukan dalam keadaan kilang masih beroperasi dan tekanan yang amat tinggi. Memang benar walau bagaimana terhad masa sekalipun keselamatan adalah perkara yang diutamakan oleh pihak pengurusan. Namun adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan diri kita yang terlibat dengan kerja CS ini, kerana dalam keadaan tekanan kerja yang tinggi mungkin pihak pengurusan terlepas pandang beberapa perkara. Sila pastikan perkara dibawah dilakukan sebelum memberi kebenaran atau anda sendiri bekerja di CS ini.
  1. Pemeriksaan kandungan udara persekitaran tempat kerja tersebut. Kandungan Oksigen mesti lebih tinggi dari 19.5% dan LEL yang selamat. (Kandungan oksigen yang berlebihan (enrich; >21%) juga merbahaya kerana ia akan mencetuskan kebakaran yang besar (apabila mematuhi segi tiga api)
  2. Pengudaraan (Ventilation) yang sewajarnya dengan meletakkan kipas atau Blower bagi memastikan pengudaraan yang sesuai dan selamat untuk bekerja.
  3. CS tersebut telah diasingkan dari sistem (Blind/Disconnect) dan alatan yang bergerak telah dikunci (Lockout) oleh jabatan Elektrik (Membuang fius)
  4. Pakailah PPE yang sewajarnya. Biar tidak selesa sedikit asalkan kesan jangka panjang terjamin.
  5. Terdapat orang yang akan berada diluar untuk mengawasi dan menyelamat jika keadaan memerlukan. Pengawas ini juga bersedia dengan PPE yang sesuai (untuk mengelakan kejadian 6 warga Filipina tidak berulang) dan jika kita dan pengawas berada pada jarak yang tidak memungkinkan untuk pengawas melihat dengan mata kasar, tali keselamatan digunakan (Lifeline; untuk mengesan pergerakan dengan menggunakan tali)

Life Line

4 ulasan:

Struggling Engineer berkata...

artikel menarik...tetapi byk info yang tidak lengkap dan mengelirukan...cthnye definisi confined space dimana ia perlu ada ciri2 tambahan selain yang disebut tuan punya blog, cthnye ruang tersebut berpotensi mengandungi atmosfera berbahaya. Kandungan oksigen melebihi 19.5% tetapi tidak boleh melebihi 23.5% kerana ia membantu letupan.

Ibnu Ismail_77 berkata...

Terima kasih diatas maklumat anda. Sebenarnya enrich oxygen berada pada paras melebihi 21% (NIOSH USA 1987) dimana kesannya adalah mengakibatkan kebakaran berlaku dengan GANAS keatas bahan yang mudah terbakar dengan kehadiran Ignition (Cucuhan).

Tanpa Nama berkata...

Hai Encik, apa yang dipertikai oleh encik adalah benar, saya adalah salah 1 students SSS, topic yang dapat ada confined space, encik ada tak JSA utk kerja confined space? kalau ada boleh buat rujukan untuk presentation saya...tq...no : 0166361125

Tanpa Nama berkata...

Hai Encik, apa yang dipertikai oleh encik adalah benar, saya adalah salah 1 students SSS, topic yang dapat ada confined space, encik ada tak JSA utk kerja confined space? kalau ada boleh buat rujukan untuk presentation saya...tq...no : 0166361125