Rajah 1 dan 2
Alatan instrumentasi yang paling kerap digunakan adalah dari jenis DP kerana sifatnya yang serba boleh. Ianya digunakan dalam pengukuran Aras (Level), Tekanan (Pressure) dan Aliran (Flowmeter). Pengukur dari jenis ini hanya dapat mengukur perubahan tekanan (Differential Pressure; DP) tanpa mengambil kira saiz paip ataupun jenis dan sifat bendalir yang ditanganinya.
Secara asasnya alat pengukuran jenis ini terdiri dari Plat Orifis (penghasil perubahan/Differential Producer), Impules Line (yang menyambungkan dari Process Interface Valve (PIV) kepada Manifold, dalam bulatan merah rajah 2) dan Tranmitter (menukarkan tekanan kepada arus). PIV berfungsi sebagai pemisah antara DP dan paip apabila pembaikan ingin dilakukan (Isolation). Manifold yang terdiri dari 3 Needle Valve berfungsi sebagai alat memastikan DP benar benar berfungsi (Zero Calibration).
Persamaan yang digunakan untuk mencari Aliran Jisim (Mass Flowrate):
C - Pekali
A2 - Saiz liang orifis (biasanya dinyatakan pada Tab (Rajah 1)
Rho -Ketumpatan
dan DP mewakili P1-P2, (Rujuk rajah 1) P1 mewakili bahagian tekanan tinggi (HP; High Pressure) mewakili sebelah kiri proses dan P2 tekanan rendah (LP; LowPressure) sebelah kanan proses.
OK, tajuk pos aku kali ini adalah aku dan Meter aliran DP iaitu antara pengalaman aku dengan bende ni.
Kisah 1;
Sebuah Pam empar telah mati dengan sendirinya kerana beban kerja yang tinggi (Over Current Trip: Amp tinggi). Setelah mendapat kebenaran pihak elektrikal, Pam dihidupkan kembali tiada sebarang masalah fizikal dikesan (secara pandangan mata) yang anehnya masalah sama berulang. Kemudian didapati Injap Kawalan pada bahagian Discharge Pam terbuka pada bukaan yang luar biasa besarnya kerana masalah aliran yang sedikit (injap berkedudukan Auto bagi kawalan aliran/Flow indication Controller). Oleh kerana masalah dikatakan berpunca dari Pam, Pam ganti (Standby?) telah dihidupkan. Pam berada dalam keadaan Amp yang agak tinggi (lebih baik berbanding Pam sebelumnya) dan Injap kawalan tertutup sedikit meskipun lebih besar dari keadaan normal, keadaan ini diterima dengan anggapan keadaan Pam yang kurang memuaskan. Keesokannya aliran Discharge menjadi bertambah buruk dan akhirnya kosong, kedaan berlaku selepas Pam diservis oleh pihak mekanikal. Setelah pemeriksaan menyeluruh didapati Meter aliran DP tersumbat pada bahagian HPnya (sila rujuk Formula). Ini menerangkan kenapa Pam mempunyai beban yang tinggi dan Aliran yang sedikit.
Kisah 2:
Suhu dan tindakbalas Reaktor tidak terkawal meskipun nisbah suapan (Feed) antara Hidrokarbon dan Udara berada pada nilai yang diingini. Selepas pemeriksaan menyeluruh didapati ketumpatan Hidrokarbon dinilai pada suhu yang salah (rujuk Formula).
Kisah 3:
Aliran bendalir penukar haba (Heat Transfer Fluid) yang mengalir kedalam sistem Thermal Oxidizer menurun selepas Zero Calibration dilakukan oleh pihak Instrument. Hasil pemeriksaan didapati injap pintasan (bypass) manifold (rujuk rajah 2) tidak tertutup dengan kemas menjadikan P1 - P2 terlalu kecil (lihat formula).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan