Isnin, 27 Julai 2009

Melayu?

Sajak “Melayu” Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Membaca komen2 kepada pos Che Det bawah tajuk "Kaki Dalam Kasut" memberikan satu impak yang agak besar buat emosi aku. Komen yang diberikan oleh kaum lain agak pedas dan emosional meskipun apa yang dikatakan oleh Tun adalah satu kebenaran.
Antara komen yang ada kat situ:

Kepada saudara ArifRusli dan pembaca-pembaca lain:

'1. Kebanyakan komentar bukan Melayu atau hampir 99% komentar bukan Melayu tidak setuju dengan artikel Tun kali ini.
2. Sudah tentulah mereka tidak bersetuju. Tak ada bangsa yang akan mengaku silap mereka dengan begitu mudah. Apatah lagi bangsa yang dikenali bukan dengan budi bahasa dan sikap ramah.'

Itu adalah lebih baik daripada bangsa yang dikenali sebagai bangsa yang malas, jahil, dan suka meminta bantuan. Bangsa yang kamu katakan itu TIDAK AKAN mengaku silap mereka kerana mereka tidak membuat salah. Apa salahnya bekerja keras untuk mencari keuntungan?

Pernahkah anda terfikir akan salah-salah kamu?

a) Kamu ada diskaun 5% semasa membeli rumah.
b) Kamu dapat masuk universiti dengan prestasi kurang baik.
c) Kamu ada DEB
d) Kamu ada MARA dan lain-lain.

Dan kamu masih bising-bising dengan kemunduran. Kita tidak ada diskaun, terpaksa masuk universiti swasta/luar negara, tiada DEB, tiada MARA. Malah didiskriminasi di bumi sendiri.


"3. Bagi saya, tidak benar jika katakan orang Melayu telah bertoleransi begitu banyak. Ia merupakan kesilapan dan kesalahan orang Melayu terdahulu. Ini suatu realiti. Semua harus mengakuinya. Kesilapan ini yang telah membentuk situasi demikian ini.
4. Begitu banyak yang diberikan kepada bukan Melayu. Inilah satu kesilapan orang Melayu sendiri. Justeru itu, adalah salah untuk menyalahkan kaum-kaum lain. Sekiranya kita tidak memberikannya kepada mereka, apa yang mereka boleh buat? Ia serupa dengan sekiranya kita menarik semula kelebihan yang diberi kepada mereka, apa yang mereka boleh buat?"

Toleransi yang banyak konon. Jangan lupa kemerdekaan bukan hasil usaha orang Melayu sahaja. Jangan kata ini satu kesilapan. Negara-negara barat, walaupun di bawah orang kulit putih, TIDAK PERNAH berkata tentang HAK-HAK KAUM ORANG PUTIH kerana mereka ADIL dan SAKSAMA, WALAUPUN NEGARA ITU NEGARA MEREKA. Kalau kamu berpindah ke sana pun, tiada 5% diskaun untuk orang putih. Sedarkah kamu akan kejahilan kamu? Kita, orang non-Bumi sudah lama bersabar dengan sikap kamu ini yang hanya tahu menuding jari apabila kamu tak dapat BERSAING dengan kita WALAUPUN dengan semua polisi diskriminatori ini.

"5. Negara ini negara kita dan hanya kita berhak mencorakkannya mengikut acuan sendiri. Tiada yang layak bercakap melainkan Bumiputera. Penjelasan ini perlu diberikan oleh UMNO kepada rakyat. Suka atau tidak mereka perlu menerimanya. Jika tidak dijelaskan, maka akan timbul pulalah permintaan2 kaduk naik junjung."

Memang, orang Bumiputera adalah ORANG ASLI dan ORANG SABAH dan SARAWAK. Orang Melayu ini datangnya dari INDONESIA dan TAK LAYAK bercakap. Jadi, pergilah belajar Sejarah dan tutup mulut.

"6. Walaubagaimanapun, terdapat segilintir Melayu yang tidak tahu bersyukur. Setelah mereka berjaya, mereka pula yang berusaha menghapuskan pelbagai keistimewaan Melayu yang hanya tinggal seciput. Ini sangat menyedihkan. Melayu ini telah lupa sejarah bangsanya. Kurangnya sikap tolong menolong antara Melayu kaya dan miskin memburukkan keadaan."

Inilah orang Melayu yang moden dan berdaya saing. Mereka tahu jika suapan-suapan sebegini berterusan, orang Melayu akan terus mundur, dan menjadi seperti bayi yang hendak susu setiap hari. Ingatlah akan teori Darwin, yang mengatakan bahawa hanya orang yang kuat dan berdaya saing akan terus kekal di muka bumi ini.

"8. Akhir kata, saya rasa kaum lagi perlu berfikiran terbuka dan menerima hakikat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Mereka perlu ingat, sekiranya Kerajaan menetapkan apa-apa keputusan yang mereka tidak sukai, mahu atau tidak, mereka harus akur. Walaupun akan bergema ayat "Kita tunggu PRU 13"... Janganlah risau, Melayu akan bersatu menentang sesiapa yang cuba menentang Melayu."

Ini adalah statement dan bodoh. Jika kerajaan itu terdiri daripada orang seperti kamu, Malaysia pasti tenggelam. Kerajaan itu hanya pemerintah yang diberi kuasa oleh KITA, rakyatnya. Kita memberi cukai untuk kegunaan mereka. Kita harus MEMPERSOAL tindakan mereka supaya mereka tidak boleh MALAS. Kuasa itu di tangan rakyat, bukan di tangan pemerintah.

Sekian, terima kasih.

Walaupun intonasi komen ini berbaur kemarahan, saya harap anda semua dapat mencungkil kebenaran daripada komen ini.

Saya orang Cina, boleh cakap bahasa Cina, Inggeris, dan Malaysia (bukan bahasa Melayu). Saya bangga tetapi amat marah dengan orang Melayu yang ingat mereka ini MANGSA kejadian. Kita, bukan Melayu adalah MANGSA, tapi kita berusaha kuat untuk mencari sesuap nasi. Yang tidak bekerja keras itu TIDAK LAYAK komen akan kekayaan kita.

Bagi kita orang melayu, nak melenting pun x guna. Seperti lirik lagu Malique, Layu :

Lirik Layu - Malique

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya… tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai


Kesalahan utamanya ada pada kita bangsa melayu, malas berfikir dan hanyut dalam khayal. Adat2 yang tidak mengembangkan minda masih dipegang dan kemodenan yang merosakkan sering di adaptasi dalam kehidupan.

Berikut adalah komen aku:

Tun,
Terima Kasih.
Kenyataan Tun nampaknya telah disalah ertikan. Biarlah, kebenaran itu sebenarnya amat pahit.
Seperti kata Tun, Melayu terpaksa bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang telah maju pemikirannya hasil didikan tamadun yang lama. Orang melayu bukannya kurang bekerja keras tetapi masih 'bertoleransi' dengan falsafah "tarik rambut dalam tepung" dalam membina tamadun bangsanya. Akhirnya Melayu ketinggalan kerana persaingan yang tidak seimbang.
Dalam persaingan tidak 'sameteri' ini hanya pendekatan agama yang sebenar sahaja (bukan slogan) membolehkan Melayu kembali bersaing. Untuk 'membina' tamadun yang kuat dan gagah bagi bangsa melayu pada era dunia tanpa sempadan ini sebenarnya sudah agak mustahil. Namun kita masih ada tinggalan tamadun Islam yang kuat dan hebat satu masa dahulu untuk kita 'kembalikan'.

Sudah agak terlewat buat kita orang melayu untuk bermula dari awal tetapi kita ada Islam untuk kita sambung perjuangannya..

Bangsa Arab sebelum kedatangan Islam adalah bangsa yang teruk dan hina sehinggakan Rom dan Parsi tidak mahu menjajah wilayah ini. Tetapi selepas kedatangan Islam 1/3 dari muka bumi bersatu bersamanya.
Bukan Islam pada slogan (Kata ikut Al-quran dan Sunnah; kerja malas) tetapi pada cara hidup (kerana itu sembahyang mesti ada niat, Perbuatan dan perkataan). Islam itu memang cantik dan indah dan mari kita buktikan dengan perbuatan. Buku bertajuk 'mengemudi bahtera perubahan minda' karangan DRMAZA adalah bacaan yang aku sarankan buat semua.
Dan bersama2 kita renung maksud Al-quran ini:

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(untuk melihat 3gp melayu sila klip dibawah tajuk cuci mata)

4 ulasan:

Struggling engineer berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Struggling engineer berkata...

"pergi jahanamlah UMNO"...melayu oh melayu...macam ni ka melayu????

Tanpa Nama berkata...

Ni blog ngarut

ramulu berkata...

blog pelik bangat