Sabtu, 6 Jun 2009

Hikayat penuh Ranjau


Tangki A diatas adalah tangki simpanan sementara bahan yang terhasil dari Reaktor. Sudah menjadi kelaziman pada setiap kali selepas start-up, bahan A akan menjadi sedikit likat kerana perubahan komposisinya. Masalah ini menyebabkan aras tangki A turun dengan perlahan dan kadangkala tidak dapat menampung outlet dari Reaktor. Bagi mengelakan masalah ini, injap pengasingan (Isolation Valve) bagi Recycle telah dikecilkan sedikit. Apabila tangki A tidak mampu lagi menampung kemasukan dari reaktor, Isolation Valve telah ditutup sepenuhnya.

Oleh kerana injap kawalan (Control Valve)berada dalam keadaan Auto, apabila aras tangki A telah berada pada tahap yang diingini, Control Valve kemudian tertutup sepenuhnya. Keadaan ini menyebabkan Pump berada dalam keadaan tanpa Outlet/Discharge dan akhirnya menyebabkan kegagalan Seal.

Apabila aras kembali melebihi aras yang diingini, Control Valve terbuka penuh (Control Valve yang digunakan adalah dari jenis Globe). Keadaan kini agak berbeza dari sebelumnya kerana Pump berada dalam keadaan kegagalan seal dan sifat Globe Valve yang mempunyai kejatuhan tekanan yang tinggi apabila merentasinya menyumbang kepada Pocketing (bahagian yang tidak mengalir) didalam paip dan akhirnya berlakulah bahagian yang beku dan paip tersumbat.

Selepas bahagian tersumbat dibersihkan (terutamanya Control Valve) dan Gland Follower dikemaskan, Control Valve telah ditetapkan dalam keadaan Manual dan terbuka 100%. Aras tangki A dikawal secara manual iaitu Isolation Valve dibuka apabila aras yang melebihi had yang diingini (kerana menyangkakan masalah paip tersumbat adalah sumbangan pergerakan Control Valve yang perlahan).

Kawalan secara Manual menimbulkan masalah baru iaitu memerlukan pemerhatian sepenuhnya. Adakalanya Isolation Valve ditutup selepas aras tangki A berada dalam keadaan NPSA lebih rendah dari NPHR sebagai hasilnya Pump telah pun berada dalam keadaan Cavitate. Pump yang telah Cavitate akan menyebabkab gegaran (Vibration) dan akhir sekali Bearing akan gagal dan Pump akan kerap mati dengan sendiri (Trip) kerana mengunakan tenaga elektrik secara berlebihan (Amp tinggi).

Apa yang berlaku seterusnya....HOD Mechanical dan Elektrikal akan saling menyalahkan sesama sendiri akan punca Pump trip dan HOD Proses dan Intrumentasi akan saling membela diri.

Pengajaran bagi cerita diatas adalah: satu masalah boleh menyebabkan pelbagai masalah lain jika tidak ditangani dengan bijak. Pengetahuan tentang alatan yang kita tangani adalah amat penting untuk mengelakan kegagalan besar didalam loji.

2 ulasan:

Struggling Engineer berkata...

Kepada tuan punye blog,
Tajuknye lebih sesuai dgn Hikayat si Luncai dengan labu2nye...alahai Luncai....

Ibnu Ismail_77 berkata...

Bagus juga tajuk yang dicadangkan tu. Agaknya luncai yang suaranya low key tu nak nyanyi lagu Meet Uncle Hussein jugak tak?