Isnin, 25 Februari 2008

Steam Ejector



Dalam loji pemprosesan kimia, Suhu dan tekanan akan dimanipulasi sebaik mungkin untuk mendapatkan produk akhir yang berkualiti dan pada masa yang sama menjimatkan masa, tenaga dan kos pengeluaran.
Pengoperasian secara Vacuum adalah antara contoh terbaik yang boleh kita lihat dalam kontek memanipulasi suhu dan tekanan. Apabila tekanan diturunkan secara automatik suhu sesuatu bahan juga akan berkurangan dan ini akan menjimatkan kos utiliti ( steam dan cooling water) dan operasi (biasanya) pengasingan bahan (khususnya cecair) akan berlaku dengan lebih cepat dan pada suhu yang lebih rendah.
Antara kelebihan pengoperasian secara Vacuum:
  1. Meningkatkan kadar tindak balas.
  2. Amat sesuai bagi proses yang melibatkan bahan yang sensitif pada suhu yang tinggi.
  3. Pemindahan haba lebih bagus.
  4. Produk akhir yang lebih tulen.
Antara cara yang popular dalam menyediakan persekitaran Vacuum didalam proses ialah penggunaan Vacuum Pump dan Steam Ejector. Kebanyakan loji yang mempunyai bekalan steam yang mencukupi akan memilih Ejector sebagai pilihan utama ini kerana:
  1. Ianya lebih mudah dioperasikan.
  2. Penyelenggaraan yang mudah.
  3. Lebih berkesan.
Ejector tidak mempunyai bahagian dalaman yang komplek seperti Vacuum Pump dan biasanya tidak memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Oleh kerana sifatnya yang sebegitu, apabila berlaku permasalah yang melibatkan Ejector ianya mengambil masa yang lama untuk dipulihkan kerana rekod penyelenggaraan yang bersih sebelum ini.

Mengikut saranan Mr. Norman Diegnan (Keep Ejector Online; Chemical Engineering Magazine 1992) antara beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa proses Trouble Shooting bagi permasalahan Ejector sebelum keperingkat seterusnya iaitu memeriksa bahagian dalaman sistem, antaranya ialah:
  1. Gauge (Tolok) yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik.
  2. Steam dan Air (cooling) yang digunakan mestilah mengikut apa yang disarankan oleh pengeluar.
  3. Beban proses yang dikendalikan oleh Ejector.
Ejector merupakan alatan yang statik dan sebarang permasalahan yang timbul biasanya disebabkan pengoperasian dibawah nilai yang disarankan oleh pengeluar.

Selasa, 19 Februari 2008

KISS



Akibat:
Feed kereaktor terpaksa dikurangkan kerana discharge pipe produk dari Pump 1 telah tersumbat dengan teruk. Masalah ini menyebabkan simpanan produk berkurangan sedangkan permintaan dari pelanggan sedang meningkat. Masalah ini juga telah menyebabkan 3 syift terpaksa bekerja keras untuk memastikan produk boleh dihantar kembali ke tangki simpanan.

Simptom:
1) 2 hari sebelum kejadian, bacaan PI pada keseluruhan sistem menunjukkan kenaikan yang mendadak dan inlet Scrubber berkemungkinan telah tersumbat.
2) Sehari sebelum kejadian, juruteknik melaporkan keadaan fizikal produk yang berbeza berbanding dengan keadaan normal. Laporan dari makmal QA menunjukkan peningkatan ketara peratusan air didalam produk.
3) Pada hari kejadian, pipe tersumbat dengan teruk dan terus tersumbat biarpun telah dipastikan telah dicuci dengan bersungguh2 apabila pump dihidupkan beberapa minit.
4) LI Scrubber menunjukkan kenaikan meskipun Proses water telah ditutup.

Langkah penyelesaian yang diambil:
1) Suhu Warm water dinaikan supaya pembekuan produk dapat dilambatkan.
2) Terdapat kebocoran pada Gas cooler atau Condenser dan akan ditangani semasa Shut down yang akan datang.

Masalah sebenar:
Hot water yang dibuka pada inlet Scrubber untuk melawaskan aliran gas yang disyaki menyebabkan kenaikan tekanan sistem lupa ditutup dan telah melimpah ke Cyclone.

Komen:
Dalam realiti kilang pemprosesan, masalah sebegini sering berlaku dan kegagalan mencari sumber permasalahan sebenar menyebabkan kelewatan penerimaan produk akhir. Rentetan peristiwa yang kelihatan tidak berkaitan sering diabaikan dalam mencari penyelesaian, seringkali perkara2 yang kritikal dipertanggungjawabkan seperti kebocoran tiub pada condenser.

Perkara diatas dapat diatasi dengan mudah sekiranya beberapa perkara diambil kira:
1) Semasa pertukaran syift laporan aktiviti disampaikan dengan lengkap tanpa menganggap mudah beberapa perkara.
2) Syift yang baru bertugas melakukan pemeriksaan rutin bagi kawasan masing2 dan kawasan yang terdapat aktiviti fizikal semasa syift sebelumnya.
3) Buku log dirujuk semasa Trouble Shooting dilakukan.
4) Cuba petua Keep It Simple Stupid (KISS), biarpun adakalanya saranan atau pemikiran kita agak terkebelakang dan tidak kelihatan bijak.