Selasa, 31 Januari 2012

Jurutera mesti banyak duit

Dah penat-penat belajar dapat jugak kerja jadi jurutera. Dah namanya jurutera mesti gaji besarkan? dah gaji besar mesti banyak duit kan? jadi:
(Cara bayaran dan kaedah ada kat artikel kat bawah)

Allah SWT. berfirman:
‘’Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.’’
(Al-Baqarah: 110)

Ibnu Abbas r.a. berkata: “Abu Sufyan pernah memberitahukan sesuatu kepadaku dengan menyebutkan hadits Nabi SAW, yang artinya: ‘’Beliau memerintahkan kami mengerjakan shalat, membayar zakat, bersilaturrahmi, dan menjaga kesucian diri.’’(HR. Bukhari)

Dari Ibnu Abbas ia berkata bahwa Nabi pernah mengirim Mu’adz ke Yaman seraya berpesan: ‘’Ajaklah mereka bersaksi, bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan sesungguhnya aku (Muhammad) adalah Rasul-Nya. Jika mereka mentaati hal itu, maka beritahukan kepada mereka bahwa Allah telah mewajibkan kepada mereka lima perintah shalat pada setiap harinya. Jika mereka mentaati hal itu, maka beritahukan kepada mereka bahwa Allah mewajibkan mereka untuk membayar zakat pada harta mereka yang diambil dari harta orang-orang kaya diantara mereka dan diserahkan kepada orang-orang miskin diantara mereka.’’ (HR. Bukhari dan An-Nasa’i)

Imam An-Nawawi mengatakan: ‘’Mengenai sabda Rasulullah: ‘’Zakat adalah bukti’’, artinya bahwa seseorang akan berlindung pada zakat, sebagaimana berlindung pada dalil-dalil yang memperkuatnya, apabila ditanya pada hari kiamat kelak mengenai pembelanjaan hartanya. Demikian menurut Mushannif dari kitab At-Tahrir. Sedangkan yang lainnya berkata: ‘’Artinya, bahwa zakat merupakan hujjah bagi keimanan pelakunya. Karena sesungguhnya orang munafiq itu menolak untuk menunaikan zakat dengan alasan tidak meyakininya. Barang siapa bersedekah (mengeluarkan zakat) maka ia akan menjadi bukti kebenaran imannya.’’

Di dalam kitab An-Nihayah, Imam Nawawi mengatakan: ‘’Burhan itu berarti hujjah dan dalil. Dengan kata lain, bahwa zakat merupakan hujjah bagi pengharap pahala dan bahwa zakat adalah kewajiban yang akan diberikan pahala atasnya. ’’Ada pendapat yang mengatakan: ‘’Zakat merupakan bukti kebenaran iman pelakunya, karena ketulusan hati untuk mengeluarkannya. Yang demikian itu disebabkan karena adanya hubungan antara jiwa dengan harta.’’

Sedangkan Al-Qurthubi mengatakan: ‘’Zakat merupakan bukti kebenaran iman orang yang mengeluarkannya atau dengan kata lain; ia bukan termasuk golongan orang-orang munafiq, sekaligus sebagai bukti kebenaran cintanya kepada Allah SWT, atau kesungguhan harapan mendapatkan pahala atas apa yang telah diberikan Allah kepadanya.’’

Zakat merupakan bukti kebenaran iman yang diakui pelakunya. Sebab tindakan mengeluarkan harta secara tulus karena Allah SWT, tidak mungkin terjadi, kecuali jika ada kesungguhan imannya, demikian menurut Al-Sindi.

Dari Abu Ayyub, ia berkata bahwasanya ada seseorang yang bertanya kepada Nabi: ‘’Beritahukan kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke dalam surga! Nabi menjawab: ‘’Harta. Harta.’’ Selanjutnya beliau bersabda: ‘’Yang terpenting darimu adalah menyembah Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan menyambung tali silaturrahmi.’’ (HR> Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a, ia menceritakan: ‘’Ketika Rasulullah SAW wafat dan yang menjadi khalifah pengganti adalah Abu Bakar Shiddiq, maka orang-orang dari kalangan bangsa arab banyak yang menjadi kafir. Lalu Umar bertanya kepada Abu Bakar: ‘’Bagaimana engkau memerangi orang-rang kafir tersebut, sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda: ‘’Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan syahadat. Barang siapa telah mengucapkannya maka harta dan jiwanya akan terpelihara dari beliau (Rasulullah), kecuali haknya dan hisab atas mereka berada di tangan Allah. Abu Bakar pun berkata: ‘’Demi Allah aku akan memerangi orang yang memisahkan antara shalat dan zakat, karena zakat merupakan hak dari harta. Demi Allah seandainya mereka menghalangiku dari anak kambing yang dulu mereka tunaikan zakatnya kepada Rasulullah, niscaya akan aku perangi mereka karena penolakan itu. Umar pun berkata: ‘’Demi Allah, hal itu tidak lain karena Allah telah membuka dada Abu Bakar untuk memeranginya dan aku tahu bahwa hal itu benar.’’ (HR. Bukhari)

(Diambil dari:http://muslimwamuslimah.blogspot.com)



Kena la bayar zakat kan...tapi berapa yek?



Hukum Zakat Gaji Bulanan

Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi Pengajian Islam)

SOALAN: Saya seorang pegawai kerajaan yang membayar zakat gaji secara
bulanan kepada pihak-pihak yang berhak menerimanya. Saya tunaikannya sebaik
sahaja gaji diterima. Saya tidak mempunyai masalah pada zakat itu, kerana
kadar 2.5 peratus tidak membebankan sara hidup saya dan keluarga. Kalaupun
tidak dikeluarkan zakat, gaji saya dipotong juga atas nama cukai
pendapatan. Saya difahamkan, ulama tidak sepakat menyatakan sama ada gaji
wajib dizakatkan atau sebaliknya.

Soalan saya, apa pendapat ulama dalam mazhab Shafie mengenai zakat gaji?
Apa kesannya terhadap zakat dan ibadat saya jika saya tidak mengambil berat
tentang mazhab yang saya ikuti?Bagaimanapun, saya tidak berminat menukar
mazhab Shafie yang saya ikuti ini kepada lain-lain mazhab. - ABDULLAH, Kota
Bharu, Kelantan.

JAWAPAN:

Saya tidak ingin membuat sebarang ulasan atas sikap saudara yang tidak
berminat dengan mazhab-mazhab selain Shafie kerana mazhab ini juga termasuk
antara mazhab yang diterima pakai oleh sebahagian besar umat Islam di
rantau ini, bahkan di seluruh dunia. Ulama Islam mempercayai Imam Shafie
tidak memfatwakan sesuatu masalah, kecuali beliau mempunyai hujah sama ada
daripada al-Quran, al-sunah, sebagaimana yang diputuskan dalam usul bagi
mazhabnya.

Mazhab-mazhab lain juga boleh dipakai khususnya Hanafi, Maliki dan Hanbali,
kerana mereka semua sepakat menjadikan al-Quran dan hadis sebagai teras
bagi mazhab masing-masing. Kalaupun ada perbezaan pendapat, maka perbezaan
itu hanya pada furu' (cabang-cabang) masalah. Kata sesetengah ulama,
perbezaan pendapat antara imam-imam mazhab itu, bukannya perbezaan antara
benar dan salah, tetapi antara benar dan yang lebih benar, antara afdal dan
yang lebih afdal.

Gaji yang dimaksudkan di sini ialah bayaran yang diterima seseorang sebagai
upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu,
termasuk juga dalam istilah gaji, wang elaun, imbuhan atau bonus hasil sewa
bangunan atau keuntungan pelaburan daripada apa-apa pekerjaan, perkhidmatan
dan perolehan lain. Ulama Islam tidak sepakat dalam menentukan sama ada
pendapatan gaji diwajibkan zakat atau tidak.

Perselisihan pendapat berpunca daripada wujudnya keterangan al-Quran dan
hadis yang dengan jelas menyebutkan harta yang diwajibkan zakat ialah emas,
harta perniagaan, nilai tanaman dan ternakan.Zakat pertanian diperintah
supaya dikeluarkan pada hari ia dituai atau dipetik (lihat surah al-An'am:
ayat 141). Zakat emas dan perak pula dinyatakan, sesiapa yang menyimpannya,
tanpa dikeluarkan zakatnya, nanti akan dibakar dahi dan rusuknya dengan api
neraka (surah al-Taubah: ayat 34 dan 35).

Zakat ternakan pula dinyatakan dalam hadis. Secara umumnya meliputi
ternakan lembu, kambing dan kerbau. Zakat dikira mengikut bilangan binatang
yang dipelihara setelah cukup nisabnya. Keterangan boleh diikuti dalam
kitab-kitab fiqh dan hadis (sebagai contoh, lihat Nail al-Awtar, 4/132).

Gaji atau upah kerja tidak disebut dengan jelas, sama ada di dalam al-Quran
atau hadis sebagai pendapatan yang dikenakan zakat. Bagaimanapun, Dr. Yusuf
al-Qaradawi memasukkan wang gaji dalam kategori al-mal al-mustafad (harta
perolehan/pendapatan) yang dikeluarkan juga zakatnya pada zaman
pemerintahan Muawiyah dan Umar ibn Abdul Aziz.

Justeru tiada nas yang jelas daripada al-Quran dan hadis memperkatakan
hukum zakat gaji atau upah kerja, imam-imam Shafie, Malik dan Ahmad
mengambil kesimpulan tidak wajib zakat pada gaji.

Zakat hanya diwajibkan pada harta-harta hasil pertanian, perniagaan,
penternakan dan nilai-nilai emas perak dan wang iaitu sebaik sahaja cukup
syarat nisab (sukatan nilai) dan haul (tempoh masanya).Imam Abu Hanifah
berpendapat, ayat 267 surah al-Baqarah menunjukkan pendapatan melalui gaji
dan lain-lain juga diwajibkan zakat. Ayat itu membawa terjemahan berikut:

Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari hasil usaha kamu
yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk
kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya untuk
diderma atau dijadikan zakat.

Kebanyakan ulama termasuk Shafie dan lain-lain, menafsirkan ayat ini dengan
infaq (perbelanjaan) am dan sedekah sunat. Suruhan atau perintah di dalam
ayat 267 al-Baqarah itu hanya membawa erti sedekah atau merangsang golongan
berada supaya turut membantu golongan miskin atas dasar ihsan dan belas
kasihan. Dr. Mustafa al-zarqa cenderung kepada pendapat ini kerana gaji,
menurutnya, kalaupun besar kadarnya ia adalah bayaran yang mencukupi sesuai
dengan taraf dan gaya hidup seseorang pekerja.

Tambahan pula, zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Keislaman
seseorang akan terjejas dengan terabainya zakat pada harta yang tidak
ditunaikan zakat. Oleh itu, wajar sekali al-Quran atau hadis membutirkan
dengan jelas semua harta yang wajib zakat termasuklah gaji dan upah kerja.
Dalam keadaan harta itu tidak dinyatakan dengan jelas, maka secara mudahnya
difahami sebagai tidak wajib, sedangkan pada zaman nabi juga ada
pekerja-pekerja yang mengambil upah atau makan gaji menurut istilah
sekarang.

Imam Abu Hanifah pula berpendapat, ayat 267 al-Baqarah itu berkenaan zakat
wajib. Oleh itu beliau berpendapat, semua harta yang diusahakan melalui
jalan-jalan yang halal dan hasil yang dikeluarkan dari bumi hendaklah
dizakatkan.

Ini bermakna gaji, upah kerja, hadiah, bonus dan apa juga hasil yang
dikeluarkan dari bumi termasuk ubi kayu, sayur-sayuran dan buah-buahan
hendaklah dizakatkan semuanya.

Kebanyakan ulama mutakhir, termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi cenderung kepada
pendapat ini. Majlis Fatwa Kebangsaan dan jawatankuasa perunding hukum
syarak negeri-negeri di Malaysia juga setuju dengan pendapat ini
memandangkan banyaknya faedah dan muslihat kepada umat Islam terutama
golongan miskin dan kurang upaya.

Saya berpendapat, mazhab imam Abu Hanifah lebih sesuai diamalkan pada zaman
ini kerana dengan adanya zakat gaji yang diberi kepada fakir miskin,
hubungan kasih sayang dan perpaduan menjadi erat.

Dari aspek yang lain pula, jika zakat gaji itu ditadbir dengan baik oleh
satu badan seperti Pejabat Pungutan Zakat (PPZ), tentu ia akan mengukuhkan
lagi institusi kewangan bagi membantu masyarakat Islam. Pengalaman Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan membuktikan kebaikan zakat ini
dikuatkuasakan melalui sistem dan peraturan.

Setelah keputusan diambil bahawa gaji juga wajib dizakatkan, persoalan
selanjutnya berbangkit, bagaimana dengan syarat nisab dan haulnya? Paling
dekat dengannya ialah nisab dan haul pada zakat harta simpanan, nilai
nisabnya ialah 85 gram (lebih kurang RM3,000 mengikut kadar turun naik
nilai harga emas). Tempoh haulnya ialah 354 hari, menurut kiraan tahun
hijrah. Kadar zakat yang dikenakan ialah 2.5 peratus daripada keseluruhan
harta simpanan, setelah ditolak perbelanjaan asasi untuk diri sendiri,
isteri, anak-anak dan ibu bapa bagi tempoh setahun.

Sesetengah pendapat pula menyatakan, gaji diwajibkan zakat sebaik sahaja
diterima, sekalipun belum cukup haulnya. Pendapat ini dihubungkan kepada
beberapa mazhab seperti Muawiyah, Ibn Hazm, Umar ibn Abdul Aziz dan
lain-lain. Ini bermakna apabila seseorang menzakatkan hartanya sebaik
sahaja gajinya diterima, maka tidak dikenakan zakat lagi pada akhir tahun
(setelah genap haul). Amalan ini dikira lebih adil, terutama jika
dibandingkan dengan petani yang mengeluarkan zakat padinya sebaik sahaja
dituai.

Justeru di Malaysia ini kuasa-kuasa agama berada di negeri, maka difahamkan
juga masih ada beberapa negeri yang belum memfatwakan zakat gaji sebagai
wajib. Ini pun menarik juga kerana kebebasan memilih pendapat dan
mengamalkan mana-mana yang difikir lebih menguntungkan pengetahuan agama,
masyarakat dan negara, maka perbezaan pendapat harus dimanfaatkan
semaksimum yang mungkin.

Sebagai kesimpulan kepada zakat gaji, tuan-tuan punya gaji boleh
dikategorikan kepada tiga bahagian:

1. Tuan-tuan punya gaji yang tidak atau hanya mencukupi keperluan asasi
diri dan keluarganya sahaja. Gaji ini tidak wajib dizakatkan menurut ijma
ulama, kecuali jika gaji disimpan hingga mencukupi kadar nilai 85 gram emas
yang bersamaan RM3,000 dan genap haulnya 354 hari. Pada ketika itu wang
gaji yang disimpan wajib dizakatkan sebanyak 1/40 atau 2.5 peratus.

2. Tuan-tuan punya gaji yang melebihi keperluan asasi iaitu makan, minum,
pakai, kenderaan dan perubatan. Gaji yang lebih itu disimpan hingga cukup
nisab dan haul, maka wajib ke atasnya zakat.

Mereka menyimpan gaji yang lebih daripada keperluan itu. Wang simpanan ini
diwajibkan zakat pada kadar 2.5 peratus.

3. Tuan-tuan punya gaji yang lebih daripada keperluan asasi tetapi habis
dibelanjakan untuk bermewah tanpa tujuan sebenar. Harta yang lebih daripada
keperluan asasi ini wajib dizakatkan. Sebagai contoh, seorang itu mempunyai
pendapatan gaji sebanyak RM10,000 sebulan, sedangkan keperluan asasinya
hanya RM5,000. Dalam setahun akan terkumpul kira-kira RM60,000. Wang ini
wajib dizakatkan, sekalipun tiada lagi dalam simpanannya. Kadar zakatnya
ialah RM1,500 atau RM125 sebulan.

Untuk makluman saudara, saya difahamkan pihak pentadbiran PPZ Wilayah
Persekutuan telah menyelaraskan kutipan cukai pendapatan dengan zakat gaji
bagi pihak orang Islam yang mempunyai gaji yang cukup nisab. Mereka secara
automatik telah mengambil sebanyak 2.5 peratus atas nama zakat, manakala
selebihnya dikekalkan atas nama cukai pendapatan.

Jika maklumat ini benar, maka saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada pihak pentadbiran zakat atas daya usahanya untuk membersihkan gaji
yang diterima umat Islam, sekalipun hukum zakat gaji masih dipertikaikan.
Saya berpendapat, pihak pembayar cukai perlu mewakilkan kepada PPZ sebagai
wakil penerima zakat untuk dimasukkan ke dalam tabung zakat yang nanti akan
diagih-agih kepada pihak-pihak yang berhak mendapat bantuannya.

(Dari blog:http://fatamorganafikir.blogspot.com)

Tiada ulasan: