Selasa, 13 Disember 2011

Menghargai atau menghukum

Cuba perhatikan 2 petikan dibawah:
  1. ...Pihak pengurusan dengan ini bersetuju memberikan saguhati sebanyak 22 hari gaji. Bagi pekerja yang mempunyai rekod kesalahan disiplin saguhati yang akan diberikan adalah sebanyak 20 hari gaji.
  2. ...Pihak pengurusan dengan ini bersetuju memberikan saguhati sebanyak 20 hari gaji. Bagi pekerja yang mempunyai rekod disiplin yang baik saguhati yang akan diberikan adalah sebanyak 22 hari gaji.

Keduanya adalah sama maksud tetapi penerimaan yang akan diperolehi oleh semua adalah berbeza. Petikan pertama lebih bersikap menghukum dan menyalahkan manakala yang kedua bersifat menghargai, tidak menghukum tetapi memotivasikan mereka yang tidak berdisiplin.



3 ulasan:

struggling engineer berkata...

Bukankah kesalahan disiplin telah pun ada hukuman sewajarnya,knp perlu berkait dgn bonus.Kedua2 pernyataan bersifat menghukum membabi buta..

Tanpa Nama berkata...

Tetapi lebih lembut. Seperti bodoh dan tidak bijak. -Tuan punye blog-

Tanpa Nama berkata...

Tuan nyer blog dpt 20 ke?kes disiplin tdo surau ke