Ianya seupama meminum air laut...kita kan sentiasa mengejarnya sehinggalah:
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
(At-Taakathur ayat 1 dan 2)
Kita akan menempuhi alam barzah (klik sini) kemudian akan dibangkitkan di padang mahsyar untuk dihisab amal baik dan buruk. Ketahuilah kedua alam ini lebih lama tempohnya dari alam kehidupan dunia. Amat berbaloikah kita untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan yang pendek diatas muka bumi untuk mengejar kejayaan yang sekejap.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي اْلأَمْوَالِ وَاْلأَوْلاَدِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيْجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُوْنُ حُطَامًا وَفِي اْلآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيْدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُوْرِ
“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan- Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al- Hadid: 20)
Beranikah kita untuk membawa pahala yang hebat hasil dari ibadah kita dalam kerjaya dan membiarkan amalan Solat kita sekadar cukup2 makan?
Atau kita yakin selepas beberapa lama berada dalam Neraka akhirnya kita akan dimasukkan kedalam Syurga.
"Tidak dinafikan orang yang memiliki ijazah adalah orang yang bijak, tetapi tidak pula bererti orang yang tidak memiliki ijazah itu tidak bijak, kerana jika ditinjau dari kacamata Islam bahawa orang yang beriman itu lebih bijak dari orang yang tidak beriman. Orang yang beriman dianggap bijak oleh Islam kerana mereka mengetahui tentang Allah yang Maha Esa, mengetahui rahsia disebalik alam barzakh. dan seterusnya mengetahui alam akhirat."
(Tuan Guru Nik Aziz)
2 ulasan:
hidup lagi rupanya blog picisan ni...tahniah...aku tlg promosi skit...
tq
Catat Ulasan