Macam mana untuk kita asingkan 2 orang yang berlainan berat dan tahap kecergasannya (Dua cecair yang berlainan takat didihnya)? Rasanya antara cara terbaik adalah dengan memaksa mereka menaiki tangga ke tempat yang tinggi (Distillation Column). Keduanya dibekalkan minuman Kopi Radix yang berkhasiat 7 herba terpilih dan pemberi tenaga segera secara berterusan.
Jadi pada pendapat anda semua siapa yang akan sampai paling atas sekali? pasti yang paling ringan dan paling cergaskan (light). Bagi orang yang paling ringan dan paling cergas dengan mengambil sedikit sahaja tenaga mereka sudah mampu untuk menaiki tangga dan berada diatas. Bagi yang paling berat (heavy), tenaga yang tidak mencukupi menyebabkan mereka semput dipertengahan dan jatuh tergolek kembali kebawah.
Awas! jika orang yang paling berat berterusan mengambil Kopi Radix yang berkhasiat dari 7 herba terpilih tadi. Lambat laun mereka akan mampu naik keatas dan menjadikan tujuan pengasingan kita terganggu. Untuk mengelakkan mereka sampai keatas sejumlah penghuni yang paling ringan dihantar kembali (reflux) untuk mengsabotaj mereka yang berat supaya semput dan tergolek kembali kebawah dan mengekalkan dominasi mereka pada bahagian atas. Supaya proses sabotaj lebih berkesan, teknik satu lawan satu diperlukan. Jadi pintu-pintu (Trays) yang memuatkan hanya seorang dibuat pada setiap aras.
Pengambilan ahli yang baru (berat dan ringan) hendaklah diadakan berdasarkan keadaan semasa bagi mengganti mereka yang cedera dari pihak atas (Draw) dan bawah (drain).
Sekian.