Tanggungjawab aku sebagai Jurutera tidak seberat tanggungjawab aku sebagai Melayu. Tanggungjawab aku sebagai Melayu tidak seberat tanggungjawab aku sebagai Muslim.
Ahad, 12 Disember 2010
Isnin, 6 Disember 2010
Bunuh Ular itu!
Sebenarnya terdapat banyak contoh akan kehebatan bangsa melayu ni, hari ini aku nak kongsi salah satu darinya. Kalau korang perasan masa zaman bebudak kita sering mendengar lagu Bangau Oh Bangau. Satu lagu yang pernah pada satu masa disalah ertikan sebagai mengajar bebudak untuk lepas tangan. Bagi aku lagu ini sebenarnya bagus untuk Trouble Shooting kat Loji, kita tengok balik lirik dia:
Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus Ikan tak mahu timbul!
Ikan oh ikan kenapa kau tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat!
Rumput oh rumput kenapa kau panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku!
Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit!
Perut oh perut kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah!
Nasi oh nasi kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah!
Kayu oh kayu kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku!
Hujan oh hujan kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku!
Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku!
Ular oh ular kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, memang makanan aku!
(Jawapan Ular agak anggkuh bukan?)
korang perasan tak yang GURINDAM ini mengajar kita akan kaedah Root Cause Analysis dengan cara Why-Why.
Katakan produk kita adalah seekor burung Bangau yang gemuk dan katak adalah Pemula bagi Process Flow kita.
Tetiba produk kita Off-Spec dengan menjadi kurus. Perkara yang paling hampir dengan keadaan ini adalah faktor makanannya yang tidak mencukupi atau masalah pada bahagian Up-Stream. Kita boleh menangani masalah ini dengan membekalkan ikan dari pasar dengan menyediakan bekas ditepi Bangau, tetapi harus kita ingat yang Bangau yang kita janjikan kepada pelanggan adalah yang mempunyai ciri ciri yang semulajadi yang bermula dari katak. Dengan menyediakan ikan dari pasar kita sebenarnya tidak menyelesaikan masalah tetapi mencipta masalah baru. Langkah yang paling bijak adalah dengan mencari dimana bermulanya masalah didalam Process Flow dengan kaedah analisa melalui kenapa. Tanya kenapa sehingga ianya memuaskan persoalan kita (berdasarkan kaedah kejuruteraan dan pengalaman) jadi cara yang betul untuk menangai masalah ini adalah dengan membunuh Ular itu.
Disini aku nak kongsi satu cerita:
Terdapat satu Screw Conveyor yang membawa debu bahan kimia ke Hopper melalui discharge 50NB. Suatu hari Screw conveyor ini menghadapi masalah kerana lubang dischargenya tersumbat dan memaksa sistem ini dihentikan untuk proses Dechoking dimana penutup conveyor terpaksa dibuka. Kemudian keadaan ini semakin kerap berlaku, dan penyelesaiannya adalah dengan kaedah dechoking ini. Oleh kerana pihak Mekanikal sudah penat membuka dan menutup penutup Conveyor ini akhirnya penutupnya tidak lagi dipasang. Jalan penyelesaian yang dibuat adalah dengan mencipta satu Rod khas untuk proses Dechoking dan satu Inspection Door yang diikat dengan Fly Nut. Ini menjadi rutin terbaru Loji ini sehinggalah mereka mendapat aduan dari pelanggan yang produk mereka terdapat peratusan air yang tinggi. Apabila siasatan dilakukan, didapati peluh juruteknik yang melakukan operasi Dechoking telah menitik masuk kedalam sistem Conveyor. Bagi menyelesaikan masalah ini, satu SOP baru dibuat bagi operasi Dechoking dimana setiap juruteknik dipaksa memakai baju khas untuknya.
Nampak tak? bagaimana jika punca Discharge tersumbat dicari dan diselesaikan?
Anda pikir lah sendiri.

Khamis, 2 Disember 2010
Clit
Siang tadi GM baru Loji aku telah bermurah hati untuk berkongsi pengalamannya berkenaan 'Autonomous Maintenence' iaitu salah satu topik dari '8 Tiang TPM'. Antara petua yang diberikan dalam memastikan jangka hayat sesebuah alatan dapat dipanjangkan adalah 'CLIT'.
Jadi untuk selepas waktu kerja aku melakukan 'Google Search' bagi topik ini. Aku taip 'Clit' dan klik 'search' dan kat atas adalah beberapa gambar yang aku dapat.
CLIT yang GM aku ajar hari ini adalah singkatan bagi perkataan 'Cleaning, Lubricating, Inspection dan Tightening'. Keempat unsur ini merupakan perkara asas yang harus dilakukan atau diperiksa pada alatan didalam loji dan ianya amat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa kepakaran sekalipun.

- Cleaning: Alatan seharusnya berada dalam keadaan bersih dan ini amat perlu untuk memastikan alatan itu berfungsi secara sempurna. Habuk, debu dan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berada disamping alatan hendaklah dibersihkan. Jika kotoran masih berulang setiap kali sesi pembersihan dijalankan ini bererti terdapat ketidak normalan kepadanya dan punca kepada kekotoran hendaklah dihapuskan, spt Pump Seal yang bocor.
- Inspection: Selepas alatan berada dalam keadaan bersih atau semasa proses pembersihan dengan menggunakan Penglihatan, Pendengaran, Bau dan Rasa kita akan dapat mengetahui yang alatan itu tidak berfungsi dengan baik. Spt bau hangit dan gegaran yang melampau
- Lubricating: Bagi alatan yang bergerak atau bergesel, pelincir adalah nadi utama mereka untuk bertahan.
- Tightening: Mengetatkan bahagian2 yang mana perlu diketatkan supaya ianya tidak mengakibatkan alatan tersebut beroperasi dengan keadaan tidak sempurna yang akhirnya menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.
Langgan:
Catatan (Atom)