Bebaru ini aku terbeli 2 buah buku dengan tajuk '21 Kunci Pemimpin Efektif' karya John C. Maxwell dan 'Seni Memimpin Gaya Al-Quran' karya Masnur Hamzah. Seperti tajuknya, keduanya berkisar kepada Kepimpinan. Buku yang pertama habis aku baca dalam masa 2 hari sahaja manakala buku kedua masih pada muka surat kelima belas dan aku sudah tidak bernafsu untuk membacanya. Bagi aku ianya amat mengecewakan kerana sebuah buku yang sepatutnya menjadi satu karya yang hebat kerana menceritakan kehebatan kepimpinan menurut Al-Quran diolah dengan begitu rupa. Membaca helaian pertama telah membuatkan aku terpinga-pinga dan maksudnya bagi aku tidak kesampaian. Memang penulisnya masih baru didalam bidang ini (karya pertama) tetapi sepatutnya karya ini lebih baik setanding dengan kulit hadapannya. Aku merasakan aku membaca satu naskah percubaan (Rev: 0) dan amat berharap terdapat Rev 1 yang lebih baik dan PTS (penerbit) menukarkan Rev 0 ini secara percuma bagi menebus kekhilafannya menerbitkan karya mentah (tanpa kajian). Antara kecacatan utamanya adalah contoh yang diberi tidak begitu selari dengan jalan cerita (Contoh: m/s 15), Flow yang tersekat sekat (kurang jelas dan contoh yang lemah) dari satu topik ketopik seterusnya dan satu cerita yang terdapat no rujukan, bagi satu contoh:
M/S 12: Pada musim kekurangan makanan4 (no rujukan juga gagal dikecilkan) dan apabila melihat rujukan:
4) Pada masa kekurangan makanan.
Macam tak payah rujuk.
Buku '21 Kunci Pemimpin Efektif' karya John C. Maxwell memang amat bagus, sememangnya dia merupakan seorang pakar dalam bidang ini. Dibawah aku kongsikan 21 Kunci yang dimaksudkannya:
M/S 12: Pada musim kekurangan makanan4 (no rujukan juga gagal dikecilkan) dan apabila melihat rujukan:
4) Pada masa kekurangan makanan.
Macam tak payah rujuk.
Buku '21 Kunci Pemimpin Efektif' karya John C. Maxwell memang amat bagus, sememangnya dia merupakan seorang pakar dalam bidang ini. Dibawah aku kongsikan 21 Kunci yang dimaksudkannya:
- Karekter: Anda mesti cekal seperti batu
- Karismatik: Kadangkala pandangan pertama sudah mencukupi
- Komitmen: Membezakan yang melakukan dengan yang hanya berangan2
- Komunikasi: Tanpanya anda hanya bergerak seorang diri
- Kecekapan: Jika anda melakukan, Mereka pasti akan mengikut
- Keberanian: Satu orang yang berani sama seperti sebuah majoriti
- Kebijaksanaan: Tiada lagi misteri yang tidak dapat diselesaikan
- Fokus: Semakin tajam ia semakin tajam kemahiran anda
- bermurah hati: Cahaya lilin anda tidak akan malap apabila menyalakan lilin yang lain
- Anisiatif: Tanpanya anda tidak mungkin keluar dari rumah
- Mendengar: Bagi menyentuh perasaan mereka, gunakan telinga anda
- Keghairahan: Hargai setiap hari dalam hidup anda
- Sikap Positif: Jika anda percaya boleh anda pasti boleh
- Menyelesaikan masalah: Jangan biarkan masalah anda menjadi masalah
- Hubungan yang baik: Jika anda mempunyai hubungan yang baik, mereka akan mengikut anda
- Bertanggungjawab: Jika anda tidak sanggup memikulnya, anda tidak layak memimpin
- Berpendirian teguh: Kecekapan tidak mungkin dapat menggantikan keyakinan
- Disiplin: Orang yang pertama anda harus pimpin adalah diri anda sendiri
- Sedia berkhidmat: Bagi terus maju, dahulukan orang lain
- Kemahuan hendak belajar: Terus belajar supaya terus dapat memimpin
- Visi: Anda tidak dapat kejar apa yang anda tidak dapat lihat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan